Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's

Order untuk novel ketiga saya yang di terbitkan oleh Syarikat Lovenovel Publication dibuka secara rasmi sekarang. Berikut detail yang perlu anda ketahui :

Pesanan online ke alamat : lnp.langganan@gmail.com

Selepas pembayaran, sila emailkan slip pembayaran anda ke alamat email tersebut dan nyatakan :

1. Tajuk Buku
2. Nama penuh
3. Alamat penghantaran
4. No telefon.

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun :
CIMB 12230012770052 Lovenovel

Untuk bayaran melalui interbank transfer [ dari bank lain ke akaun cimb ],sila masukkan nama anda di bahagian ref untuk tujuan semakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian berikut :
013-9338095/019-4226431/03-87509626/03-87509625

----------------------------------------------------------------------------

SESAAT CUKUP BAGIKU ~ LAILA HANNI
HARGA : SM RM25.00 / SS RM28.00

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

SINOPSIS :

Tujuh tahun perkahwinan Maizatul Hafizah (Mai) dengan suaminya Muhammad Irfan, mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga membuatkan Mai hidup dalam kemurungan. Pergolakan rumahtangga yang dibina dikuatkan lagi dengan perselisihan faham dan keegoan sehingga akhirnya Mai diceraikan dengan talak tiga. Namun tika penyesalan tiba, segala-galanya sudah terlambat. Kata perpisahan sudah dilafaz dan mereka hanya boleh bersama dengan cara mencari ‘cina buta’.

Dalam kebuntuan mencari seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk mengahwini Mai, Irfan diperkenalkan dengan Syamsul Hasni, seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan kekecewaan dan sanggup menerima syarat-syarat yang ditetapkan olehnya. Kerana terdesak untuk bersatu semula, Mai dan Irfan bersetuju menetapkan tempoh tiga bulan untuk bersuamikan Syamsul bagi mengelakkan syak wasangka dari masyarakat sekeliling.

Akhirnya Mai dan Syamsul bersatu dalam sebuah perkahwinan tanpa sekelumit rasa kasih dan sayang. Namun kehidupan yang dilalui oleh Mai sebagai isteri kepada Syamsul memberi pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama Irfan. Walaupun mula disentuh rasa bahagia, perasaan cintanya kepada Irfan masih kukuh sehingga dia nekad mahu meninggalkan Syamsul apabila tiba masanya. Namun apabila tempoh tiga bulan menghampiri penghujungnya, hati kian berat mahu melangkah pergi.

Kerana timbul perasaan halus kepada Syamsul, Mai sedaya upaya membantu suaminya membina kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan. Tidak mampu dinafi hati, kehadiran Syamsul dan keluarganya memberi berjuta rasa yang tidak pernah dia duga.

Namun kebahagiaan tidak datang dengan mudah. Bagaimana keindahan itu mampu kekal sekiranya Irfan tanpa jemu memujuk dan merayu?

Dan cinta yang mana perlu dia pilih? Bekas suami yang pernah dikasihi sepenuh jiwa, atau juga si suami yang melekat tanpa syarat di hatinya?

18 comments:

has_1309 said...

Wah, akhirnya dah kuar pun novel ni. Tak sabar-sabar nk dapatkannya. Tahniah Laila diatas kemunculan novel ketiga saudari.

laila said...

thanks Has... :)

laila said...

Bagi sesiapa yang ingin order terus dari saya, boleh pm saya di fb... thanks

has_1309 said...

PM kat FB, susahlah. Kalu email boleh?

Email detail sy : has_1309@yahoo.com

green said...

Tahniah!!!

Kak Yang said...

Tahniah. Lama menunggu akhirnya dah keluar. Saya dah order.
Congrats again Laila.

rhuzzanna@gmail.com said...

Wahh nampak.cam best nie nak order laa nti. .rasanya hari isnin laa slps buat byran kat airport klia ada cimb kebetulan nak gi sana nti once dah banking i adv k. .

Anonymous said...

Tahniah, jualan ada kat kedai buku @ memang kena beli online?

laila hanni said...

thanks green... :)

laila hanni said...

Anon.... insyaallah kat kedai buku akan ada nanti. mungkin ambil masa sikit... bergantung kepada pengedar.

laila hanni said...

Thanks Kak Yang... laila ingat lagi nama tu masa sign nvl kak Yang hari tu... :)

laila said...

thanks rhuzzanna. nanti boleh order dengan LN. tapi kalau nak yang ada signature saya, boleh juga order terus dengan saya..

Seorg wanita... said...

Akak!!! Tahniah, novel SCB dah keluar...

Kat PBAKL 2013, ada tak novel ni?

laila said...

Ada... cari kat booth Cresent News dan Booth Al Hidayah kat tingkat tiga...:)

Seorg Wanita said...

Terima kasih, Kak Laila... saya dah beli di Booth Al Hidayah, belum sempat bacer... :-)

Jana Ruslan said...

Tahniah!. Dekat MPH ada jual tak??

laila said...

Jana, Insyaallah akan ada di MPH... tapi yang pastinya di Popular dah ada...

siti nurliyana said...

Sya nak novel nix . Tpi cam mn mw order ya ???

Post a Comment

Popular Posts