Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu, meskipun aku bukan cinta pertamamu...."
~~~


Dia memandangku sambil menghela nafas panjang. Dengan perlahan dia bangun dan duduk di sebelahku. Dia mengangkat wajahku supaya mata kami kembali bertatapan. Dan saat bibirnya menyentuh dahiku, kedua kelopak mataku dan akhirnya bibirku, tiada kata yang mampu aku ucapkan bagi menggambarkan perasaan itu. Aku cinta dia.... aku cinta dia.... hatiku menjerit.

“Jangan sekali-kali fikir macam tu. Antara kita dah ditakdirkan bersama. Allah berikan ruang ini untuk kita menikmati cinta yang sejati. Abang mungkin bukan yang pertama buat Unie, tapi abang mahu jadi yang terakhir dalam hati Unie. Abang mahu kasih kita berkekalan, biar sampai ke syurga,” katanya dengan nada yang lembut merayu saat kami sama-sama kembali berjejak di bumi nyata setelah melayang ke angkasa nan indah sebentar tadi.

~~~~




~~~ SINOPSIS~~~

Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.

Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.

Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.

Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.

Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki?


23 comments:

Eijan said...

Tahniah Laila, dah baca semula dari awal sampai akhir walaupun dah pernah baca dlm blog sebelum ni. Jalan cerita menarik dan sgt suka dgn watak Umar Rafiki. Akhirnya Unie temui kebahagian setelah lama terluka....
Saya akui karya Laila mmg tak rugi dan sangat berbaloi untuk dimiliki...Teruskan menulis...

Kak Yang said...

Assalam. Saya baru selesai membaca Semalam Yang Ku Tinggalkan. Tahniah di atas cerita yang menarik dan penggunaan bahasa yang sangat kreatif. Novel ini lebih baik daripada Syurga di Wajahmu. Suka sangat2 dengan watak Umar Rafiki. Harap2 Sesaat Cukup Bagiku akan segera dinovelkan. Semoga Allah mempermudahkan urusan Laila untuk berkarya.

izzah said...

Tahniah..dah baca SYKT best sangat...Membaca SDWM dulu Buat saya sentiasa ternanti2 Novel terbaru dari Laila, Dan akhirnya terbit SYKT,antara SYKT dan SDWM dua2 saya suka..dua2 boleh buat saya tak sabar nak terus membaca coretan2 Laila yang lain..harap jgn pernah jemu atau berputus asa untuk terus berkarya,doa saya SCBK juga cepat dibukukan...penantian SCBK kat blog amat menyakitkan, keterujaan untuk menunggu sambungan SCBK diBlog Laila membuatkan setiap saat rasa terlalu panjang...untuk tahniah sekali lagi...

has_1309 said...

Salam Laila,

Sy dh memiliki novel ini sejak hari pertama dia dipasarkan. Mmg terbaek dan sy suka dgn plot ceritanya. Umar Rafiki lelaki yg telah lama menyimpan perasaan terhadap Unie akhirnya dapat memiliki wanita itu selepas dia diceraikan oleh suaminya kerana fitnah. Sy kagum dgn Unie yg memperjuangkan hak keatas anaknya yg dirampas oleh bekas suaminya, dan kehadiran Umar Rafiki tepat pada masanya ketika dia benar-2 memerlukan seseorang utk melindungi dan juga membantunya untuk mendapatkan kembali anaknya.

Selepas ini, harap-2 'Sesaat Cukup Bagiku' akan cepat-2 diterbitkan. Sy dh x sababr nk tggu buku ke-3 awak Cik Laila. Apa-2pun All The Best. Sy sokong setiap karya yang saudari buat.

Anonymous said...

Akhirnya dah baca SYKT... best tahniah tengah tgg Sesaat cukup bagiku dgn penuh kesabaran

laila said...

tq Eijan..:)

laila said...

TQ Kak Yang... insyaalah SCB on the way... tgh siapkan bab2 akhir ni...:)

laila said...

hehe... sabar je Izzah... SCB is on the way... thanks for the support..:)

laila said...

thanks Has.... ...insyaallah SCB is on the way... Laila baru shj discover blog Has... :)

laila said...

tq anon,

sabar menunggu ye..:)

misza said...

Masih sabar menanti SYKT dari Laila.
SCB ada sambungan lagi kat blog tak?

laila said...

kejap lagi Laila poskan.. dah siap packing semuanya.... SCB mungkin akan sambung dalam 2 atau 3 bab lagi...

misza said...

Terima kasih Laila.
dah buka FB n dapat mesej.

kak long said...

Kak dah lama khatam... hikhikhi
I'm alwayssss your fan...

Next project SCBK bila kak ?
Nak start menabung nih.. hehehe

Seri Ayu said...

Salam, saya sudah memiliki kedua-dua novel tersebut. Amat suka dan teruja dengan keunikan penulisan Laila, teruskan mencurahkan idea dan menunggu SCBK dalam versi cetak...

laila said...

tq kak long, scb tak pasti lagi bila terbitnya. insyaallah bila nak terbit nanti kak laila war-warkan...:)

laila said...

tq Seri Ayu... :)

AniLufias said...

tahniah kak Laila

suka n jatuh cinta dgn Umar Rafiki...huahuahuahua

laila said...

Annniiiiiii.... tq....

lama tak chat ngan Ani... apa khabar ye? :)

Sri Handayani Ningsih said...

novel semalam yang kutinggalkan sangat menarik kisahnya...! kak laila hanni, bagaimana cara memiliki novelnya sedangkan saya tinggal di indonesia

Sri Handayani Ningsih said...

novel semalam yang kutinggalkan sangat menarik kisahnya...! kak laila hanni, bagaimana cara memiliki novelnya sedangkan saya tinggal di indonesia

laila said...

Sri Handayani, maaf.. baru saja membaca komenmu ini. Saya juga tak pasti. Mungkin ada teman yang tinggal di sini? mungkin boleh minta dia belikan dan hantarkan kepada Sri?

Dunia Jilbab said...

Semoga bisa selalu menjadi panduan kebaikan bagi kita semua :) Berani Hijrah Aamiin.

Post a Comment

Popular Posts