Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


Bab 2

Fauzi mengeluh perlahan sambil matanya buntang memandang ke skrin telefon. Memang cukup susah berurusan dengan gadis ini. Terlalu banyak tindakan Fazila yang dia tidak dapat jangkakan. Baru dua hari lepas dia telah berpesan supaya Fazila memberitahunya sebelum gadis itu balik ke kampung. Dia ingin keluar dengan gadis manis itu. “For the sake off friendship” katanya pada Fazila. Dalam  diam gadis itu senyum bagaikan bersetuju. Sangkanya itulah yang akan berlaku, walaupun ada sedikit ragu dengan sikap Fazila waktu itu. Namun  hatinya tetap  berlagu dan dia cukup teruja menanti saat-saat itu tiba. Malah dia sudah merancang untuk membawa Fazila ke satu tempat istimewa. Manalah tau kalau-kalau Fazila berubah fikiran tentang hubungan mereka. Mungkin sedikit dari ruang itu masih ada buatnya. Dia masih tidak mahu kalah dalam mengatur harapan.
Tapi lain pula jadinya. Malam ini Fazila pulang ke kampung tanpa sedikit pun memberitahunya. Kalau bukan Nadia yang SMS memberitahunya tentang perkara ini sebentar tadi, tentu dia terus tidak akan tahu. Bila dia mengubungi Fazila, temannya itu sudah pun berada di perhentian bas untuk pulang ke kampung. Kalaupun dia datang, pasti tidak sempat untuk menemui Fazila.  Selepas berbual seketika, Fazila minta untuk memutuskan talian. Tak selesa katanya kerana terpaksa bercakap dalam nada berbisik. “Macam  kekasihla pulak pakai bisik-bisik gini,  Kalau cakap kuat-kuat nanti satu stesen bas ni dapat dengar suara saya...,” itu kata Fazila dalam gurauannya sebentar tadi. Tapi memang dia akui, suara Fazila yang bernada perlahan begitu bagaikan berbisik menyapa hati. Manja dan lembut sekali. Dia tahu bukan Fazila sengaja bersuara lunak sebegitu. Sememangnya Fazila sopan bila berbicara malah dalam setiap tingkah lakunya. Walaupun dia tahu adakalanya Fazila cuba untuk berpura-pura  supaya perwatakan kelihatan kasar terutamanya apabila berada di kalangan teman-teman yang majoritinya lelaki. Namun Fazila tidak mampu menyembunyikan kelembutan yang ada dalam dirinya itu.
Sikap itulah yang begitu memikat hati lelakinya. Berada dalam dunia lelaki dia tahu Fazila cuba mengelak dari mempergunakan sifat kewanitaannya untuk mengambil kesempatan. Dia sanggup melakukan sendiri semua kerja-kerja kasar yang diarahkan oleh pensyarah mereka. Malah seringkali dia menolak bila ada yang sangup untuk menawarkan diri untuk menyiapkan projek-projek yang perlu mereka hantar. Dia tidak seperti teman-teman perempuan lain yang selalunya akan mengayat kawan-kawan lelaki mereka untuk menyiapkan projek di bengkel kejuruteraan. Ada sesetengahnya pula sanggup keluar bersama juruteknik-juruteknik bengkel yang kesemuanya lelaki  sebagai balasan dalam kerja-kerja mengayat mereka.
 Sejak dia mengenali Fazila apabila bersama dalam kelas Thermodinamik di tahun kedua pengajian mereka, hatinya sudah terpikat. Namun telah puas dia berusaha untuk memenangi hati gadis manis itu. Kini, bagai sudah malas untuk dia terus berusaha lagi. Fazila dengan tegas telah mengisyaratkan ‘NO’ kepadanya. Maka dia perlu menghormati keputusan itu walaupun hatinya pernah sakit seketika dulu. Nasib baik Fazila menjelaskan tentang pendiriannya dalam sebuah perhubungan. Hanya itu yang buat dia dapat menerima kenyataan.
“Bila kau balik kampung kau Pudji..,” tanya temannya Tojo yang sejak dari tadi memerhatikannya. Risau melihatkan teman yang sejak mematikan talian telefonnya sebentar tadi diam melayan perasaan sehinggakan suasana bingar di warung tempat mereka makan itu sedikit pun tidak Fauzi hiraukan.
“Esok kut... ,” jawab Fauzi. Bagaikan baru tersedar di mana dia berada saat itu. Tempat yang memang tidak sesuai untuk melayan perasaan.
“Huh.. aku pelik la dengan kau ni. Kan dah lama kau submit report project kau tu? Tunggu apa lagi...?”
“Tak adalah... lepas ni mana ada nak datang ke sini lagi. Jadi aku nak nikmati hari-hari terakhir aku kat sini. Bila dah start kerja nanti mana boleh lepak gini lagi...,”
“Kau dah contact Texas ke beritahu kau dah habis ni?”
“Belum... malas lagi. Aku nak rehat dulu seminggu dua.. Dia orang pun mana ada set tarikh bila aku kena mula kerja. Cuma dia orang pesan, kalau dah clear semua subject,  baru contact dia orang. So, relexla bro...,”
“Dah puasla lepak ni ye? Itu yang nak balik dah tu..., entah-entah Fazila pun balik esok kut?” Tojo meneka. Dia tahu perasaan Fauzi terhadap teman sekuliah mereka yang jinak-jinak merpati itu.
Fauzi diam. Malas hendak bertekak dengan Tojo yang  seringkali mengusiknya bila saja nama Fazila disebut. Bukan hanya Tojo yang tahu tentang perasaannya terhadap Fazila , malah mungkin semua teman-teman lain pun tahu. Tapi itu semua tidak menjadi masalah buat dirinya. Mungkin ada yang mengutuknya, mengatakan dia bertepuk sebelah tangan. Namun bukankah ramai lagi yang sebegitu dengan Fazila, seorang gadis manis yang terlalu menjaga maruah dan peradabannya.
“Dia dah nak balik pun....  sekejap lagi naik bas...,”
“Huh.... kau tak pergi hantar ke?”
“Tak... dia naik bas kat Kulai sebab dia hantar barang-barang dia tumpangkan kat rumah Yaya. Sikitpun dia tak call aku, cakap nak balik malam ni,” rungut Fauzi.
Tiba-tiba Tojo ketawa kuat sekali sehinggakan beberapa orang pelanggan yang turut menjamu selera di warung tempat mereka melepak itu memandang mereka penuh minat.
“Ehhh... apasal kau gelak...?” tanya Fauzi.
“Aku dah agak dah.... hahaha... mesti bercakap dengan dia tadi kan? Sampaikan macam ayam berak kapur kau tenung handset kau tu...,” kata Tojo dalam tawa yang masih terus bersisa. “Tak serik-serik lagi ke... kan dah kena reject...,”
“Engkau jangan mengutuk aku lebih-lebih. Reject-reject ni tak mainla... We are friends okay..... and will always be friend... ,”
BFF la ye...,” Tojo ketawa lagi.....
“Kau tengok sini... apa tentang that girl yang boleh buat engkau benci dia....? She’s too perfect... well for her looks... yes... dia tak la cantik macam Taylor Swift engkau tu.... Tapi  quite ok kan....,” Fauzi cuba mempertahankan gadis yang dia minati itu.
“Iyalah.... tapi takkan lah kau sampai gila bayang macam ni...,”
“Hei... mana ada aku gila bayang ok... dah dia kata dia tak suka couple dengan yang sebaya... aku terima ajelah. Aku hormat pendirian dia. And for that we’re still friends.. dan aku hormati dia as a friend,”
Tojo ketawa lagi. Fauzi diam, mengetap bibirnya geram. Sakit hati rasanya dengan sikap Tojo yang memperli dirinya. Bukan dia tidak tahu Tojo juga pernah cuba mendekati Fazila di awal persahabatan mereka dulu. Dan bukan dia tidak tahu bahawa Fazila pernah buat tidak tahu pada Tojo. Cemburulah tu. Sekurang-kurangnya  Fazila masih tetap mahu  berkawan dengannya sedangkan dengan Tojo, Fazila hanya buat layan tak layan sahaja. Itulah kalau kerjanya asyik mengutuk dan memperli orang sahaja. Tentunya orang tidak suka.
“Alah.... kalau dia tak suka yang sebaya.... engkau pulak sayang sangat kat dia.... kenapa kau tak rekomenkan dia pada abang kau tu...,”
Terdiam Fauzi mendengarkan kata-kata Tojo.
****
“Bila dapat tau pasal permohonan master Ila tu?”
Fazila tersenyum gembira mendengarkan pertanyaan emaknya itu. Jari-jemarinya pantas menyusun pinggan-pinggan yang telah di basuh di atas rak pinggan. Dia kembali semula ke sinki untuk mengambil pinggan-pinggan lain yang telah siap dicuci. Berada dalam keluarga yang ramai, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu setiap kali pulang bercuti.
“Dah ada dah mak... semalam Ila cek kat web UTM.  Ni nak bagitau mak la ni.... Sebenarnya dah tau Ila dapat... lecturer Ila dah bagitau hari tu. Tapi kenala tunggu tawaran rasminya. Itu yang nak pergi rumah kak Rini ni, nak tumpang print surat tawaran tu lah...,”
“Bila daftarnya Ila?
“Empat sampai enam haribulan September ni. Dua minggu lagi tu mak..,”
“Sekejap aje rasanya kan? Dah dekat dua bulan Ila dok kat rumah ni. Sekarang dah nak pergi lagi...,” rungut Puan Norhayati.
“Ala mak... janganla sedih gitu. Ila kan pergi belajar. Insyaalah kalau berjaya nanti, Ila kerja. Nak jadi engineer, Ila rasa macam tak mampu je... siang malam nak kena hadap masalah kat kilang... hee tak laratla rasanya. Kalau berjaya dan boleh terus sampai buat PhD, Ila boleh jadi lecturer,” kata Ila untuk mengukuhkan alasannya supaya emaknya tidak sedih dengan pemergiannya kali ini.
“Mak faham Ila .... saja je cakap gitu... sebab sedih Ila nak pergi lagi. Jauh pulak tu...,”
“Bukannya lama mak... setahun je...,” pujuk Fazila sambil memeluk tubuh Puan Norhayati dari belakang.
Puan Norhayati mengeluh perlahan. Walaupun sedih dia tetap menyokong cita-cita anak gadisnya itu. Sekurang-kurangnya jika Fazila menjadi pensyarah, beban kerja tidaklah seberat kerja sebagai jurutera di kilang. Dia pernah dengar bagaimana beratnya kerja di kilang yang tidak mengenal waktu siang dan malam dari anak saudaranya yang bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Shah Alam. Kalau lelaki, mungkin tidak mengapa. Tetapi bagi perempuan, tentunya kurang sesuai kerja sebegitu sedangkan mereka nanti akan punya tangungjawab lain yang lebih besar setelah berkahwin dan berkeluarga nanti.
“Bila nak pergi nanti... Ila taukan...? Mak dengan ayah tak boleh nak hantarkan..,” katanya setelah lama diam.
“La... tak apa mak... Ila kan dah biasa kat sana. Ila pergi sorang aje nanti. Macam biasalah...,”
“Ila taulah kan... Johor tu jauh... tiket basnya mahal... nanti lari budget abah bulan ni...,”
“Tak apa mak... jangan bimbang ... Ila faham...,” katanya tegas untuk melegakan kebimbangan emaknya itu.
“Belanja nak belajar nanti macam mana?”
“Insyaallah mak.... Ila dah ada simpanan. Duit biasiswa masa belajar hari tu ada lagi. Ila dah tau nak belajar lagi jadi Ila dah simpan siap-siap untuk buat bayar yuran belajar tu. Untuk hidup sebulan dua tu insyaallah ada. Nanti Ila cari kerja yang sesuai... boleh buat belanja masa belajar nanti...,”
“Kerja apa Ila nak buat..?”
“La... kat sana banyak mak... boleh mengajar kat pusat tusyen, kerja kat kedai makan, dan banyak lagi. Tapi Ila ingat nak ambil upah mengajar tusyen dari rumah ke rumah. Bukan mengajar sangat sebenarnya... Cuma temankan anak-anak mereka buat belajar kat rumah. Ramai senior Ila yang buat kerja gitu. Dapatlah buat belanja harian..,” kata Fazila sambil mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Puan Norhayati yang sedang memotong buah nangka yang dipetik dari pokok di belakang rumah mereka awal pagi tadi.
“Habis... tak kacau masa belajar ke?”
“Tak la mak... kami buat masa hari minggu je.... tak kacau masa belajar pun. Lagipun kalau yang kerja macam tu, kita boleh aturkan hari bila kita free...,”
“Ohhh.... mak tak nak nanti terganggu masa belajar Ila tu je....,’
“Tak.... insyaallah mak, pandaila Ila atur masa Ila nanti...,”
“Mak cuma nak Ila berjaya... tak nak nanti hidup susah macam mak dengan abah ni....,”
“Mak.... jangan cakap gitu... hidup kita ni bukan susah sangat... Cuma sederhana je.... tapi kita bahagia kan mak...?” katanya kepada Puan Norhayati yang hanya menyambut kata-kata itu dengan senyuman.  
Fazila jadi insaf seketika. Dia tahu keadaan keluarganya bagaimana. Dengan cuma abah seorang yang bekerja sebagai seorang Ketua Kerani di sebuah sekolah, tentunya perbelanjaan mereka perlu dirancang sebaiknya. Emak yang hanya mengambil upah menjaga anak jiran mereka bukannya mempunyai pendapatan tetap. Sekadar dapat membantu sedikit keperluan keluarga yang agak besar itu. Enam orang adik-adiknya Sharida, Hafiz, Aiman, Razman, Ayis dan Noni, masih lagi memerlukan perbelanjaan yang besar dalam persekolahan mereka. Dia tidak risau akan Sharida kerana adiknya itu sudah mendapat biasiswa penuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pengajiannya di Institusi Perguruan Batu Rakit, Terengganu. Yang masih di bawah tanggungan abah sepenuhnya sekarang ialah lima orang adik-adiknya yang lain yang kesemuanya masih lagi bersekolah. Tambahan lagi dua adiknya, Hafiz dan Aiman akan menjalani peperiksaan SPM dan PMR tahun ini. Sebagai anak sulung dia terpaksa akur dengan keadaan hidup mereka.
Terdetik rasa kesal kerana masih mahu melanjutkan pengajian sedangkan keluarga begitu memerlukan bantuan darinya. Namun kata-kata semangat dari abah membuatkan Fazila nekad untuk meneruskan tekadnya. Dia tidak mahu bekerja di kilang kerana merasakan begitu tidak sesuai dengan naluri dankemampuan dirinya. Lalu dia menyatakan hasrat untuk sambung belajar dan mencapai hasratnya untuk menjadi seorang pensyarah. Abah cukup bersetuju dengan hasratnya itu. Malah menyokong penuh cita-citanya itu.
“Em... ni.. mak nak tanya ni. Macam mana... setuju tak dengan hajat Mak Cik Senah kau tu...?” tiba-tiba Puan Norhayati membuka kembali bicara setelah agak lama mereka diam. Fazila mengeluh perlahan sambil memejamkan matanya.
“Ala mak.... Ila nak belajar lagi...,” katanya dengan nada manja.
“Dah lama mereka tanya... kalau tak nak cakap ajelah.... boleh dia orang cari yang lain...,”
“Tak nak la mak... tak nak kawin lagi sekarang ....,”
“Mak pun risaulah tengok Ila ni.... yang macam mana la yang dia nak. Orang tu masuk, dia tolak, orang ni masuk, dia tolak...,” rungut Puan Norhayati.
Fazila diam. Dalam hati berkata, “entahla mak....,”
“Ila .... mak tanya ni..,”
“Tanya apa...,” masih dalam nada manjanya.
“Ila nak yang macam mana... cubalah kenal-kenal dulu....  manalah tau kut-kut tersangkut..,”
“Biarlah dulu mak... kalau ada jodoh, Ila kawin la nanti...,”
“Ini satu lagi yang mak dengan abah risaukan...,”
Fazila diam. Bungkam jadinya. Dia pun tidak tau apa alasannya untuk meneruskan kata.
****
Ring…ring…ring….
Telefon talian tetap rumahnya berbunyi minta diangkat. Fazila yang sedang berehat di atas katil cepat-cepat bangun dan berlari ke meja telefon yang letaknya bersebelahan dengan pintu bilik tidurnya.
“Hallo,” dia menyapa penuh sopan.
“Assalamualaikum,” kedengaran satu suara di hujung talian. Seakan-akan pernah dia mendengar suara itu. Tetapi tak mungkin, bisik hatinya.
“Waalaikumsalam,”
“Boleh saya cakap dengan Fazila?”
 “Ya... Saya...,”
“Hei Ila... tak kenal aku ke?”
Siapa? Mesra semacam saja bunyinya. Berkerut dahi Fazila memikirkan suara siapakah di hujung talian itu.
“Siapa ye?”
“Akulah... Fauzi,”
“Eh.. Fauzi. Tak camlah suara awak...,” katanya perlahan. Memang suara teman yang seorang itulah yang dia sangkakan tadi. Nyata tepat sekali sangkaannya itu.
“Yelah... suara kita ni manalah orang tu nak cam,”
“Taklah.... tak pernah pun awak call  nombor rumah saya ni..., tiba-tiba hari ni call pulak. Ada apa-apa ke?”
“Rindu....,”
Fazila tersenyum sendiri. ‘Rindu? Padaku ? Ah, mengarut sajalah’ bisik hatinya.
Fauzi diam di hujung sana, mungkin menunggu reaksi dari Fazila. Fazila  pula tak mampu untuk berkata-kata buat seketika. Tidak pasti sebenarnya bagaimana untuk memberikan respon pada kata-kata Fauzi  sebentar tadi. Setelah agak lama mereka diam, Fauzi bersuara semula. Mungkin sudah tidak sabar untuk menunggu jawapan dari Fazila.
“Kau apa khabar?”
“Baik..., awak?”
“Baik juga. Kau dah confirm dapat buat master kan?
“Haah... dah ...,” jawab Fazila ringkas. Diam lagi menanti kata-kata seterusnya dari Fauzi.
“Akupun, bulan Oktober ni dah mula kerja,”
“Eh... ia...? Kat mana? Texas ya? Jadi awak kerja kat situ?” kata Fazila menunjukkan nada ceria.
“Haah... Texas Instrument KL. Dia orang  dah confirm terima aku...,”
“Alhamdulillah... Tahniah...,” kata Fazila cukup teruja dengan kejayaan Fauzi mendapat pekerjaan.
“Tahniah untuk kau jugak..., bila kau nak balik semula ke Skudai?”
“Insyaallah hari Sabtu ni... satu haribulan... aku daftar empat haribulan sembilan ni... kena pergi awal sikit, nak uruskan rumah sewa ...,”
 “Satu haribulan? Lusalah tu....? Dah beli tiket balik ke sana ke?”
Makin hairan Fazila dibuatnya. Kenapa pula Fauzi menelefonnya hanya untuk bertanyakan soalan sebegitu? Sudah tentu dia telah membeli tiket. Cuma tinggal dua hari saja lagi untuk pulang ke sana.
“Dah...,” jawabnya ringkas.
 “Kau jual balik boleh...?”
Makin Fazila terkejut dengan permintaan Fauzi itu.
“Kenapa?”
“Aku nak bagi kau satu tugas baru...,”
“Ehh... Saya tak fahamlah maksud awak ni,”
“Kau nak buat kerja sambilan tak?”
“Maksud awak?”
“Nak jadi tourist guide tak?”
“Eiii, tak fahamlah...,” kata Fazila sambil menggaru kepalanya.
“Aku tengah bercuti kat kampung kau ni. Tu yang nak ajak kau jadi tourist guide aku,”
Fazila jadi hairan, rasanya tidak pernah pun Fauzi  memberitahunya yang dia akan datang bercuti ke sini. Atau mungkin dia yang terlupa. Dan, sekarang Fauzi meminta dia untuk jadi tourist guide nya pula. Manalah dia tahu sangat jalan-jalan di sini. Walaupun dia tinggal di sini hampir limabelas tahun, dia bukalah seorang yang suka berjalan. Ke bandar pun, kalau tidak dibawa emak atau abah, dia tidak akan pergi sendirian.
“Oh... bila awak datang sini?” katanya cuba untuk menutup kekalutan yang timbul dalam hatinya saat itu.
“Semalam. Tak pandailah nak jalan kat sini, ini yang aku call kau ni. Kut-kut kau sudi temankan aku,”
 “Emmm...,”
“Haaa... tergagap kau. Ini mesti tak nak kan?”
“Tiket saya tu macamana?” Fazila beralasan.
“Macam ni, aku belikan tiket lain untuk kau. Boleh?”
“Ehhh...,” kaget Fazila dengan cadangan Fauzi yang lebih merupakan paksaan itu. Tidak pernah sahabatnya ini berbuat begitu padanya, menentukan apa yang patut atau tidak untuk dia lakukan.
 “OK set, aku belikan tiket untuk kau hari Ahad, dua haribulan. Siap hantarkan lagi ke bus station. Kalau kau nak balik ke kampus dengan aku pun boleh. Kami pun dah nak balik ke KL hari Ahad tu nanti sebab Isnin abang aku dah start kerja. Kalau hantarkan kau sampai ke JB pun kami sanggup. Kau nak?”
“Ehhh... mana boleh, mak saya mesti tak benarkan, keluar berdua dengan awak,”
“Aku bukan datang seoranglah... family aku ada jugak. Kami datang satu kereta ni. Please Ila..., mak aku nak sangat shopping kat Rantau Panjang dengan Pengkalan Kubur tu. Kami tak tau macamana nak pergi ke situ...,”
“Eh... malulah... dengan keluarga awak?” makin kaget dia jadinya.
“La.. apa nak malu, bukannya suruh jumpa bakal mak mentua, suruh jadi tourist guide aje,”
Berderau darah Fazila mendengarkan kata-kata Fauzi yang polos itu.
“Nantilah... saya tanya mak dulu,”
“Ok... tanya tau, lepas sepuluh minit nanti aku call balik. Make it positif. OK?”
“Tengoklah...,” jawab Fazila dengan rasa serba salah. Untuk menolak, dia tidak sampai hati. Untuk menerima, dia rasa seperti tidak sepatutnya.
Permintaan itu Puan Norhayati  persetujui dengan dua syarat. Pertama, Fazila mesti mengajak sesiapa yang emaknya kenali. Lega rasa di hatinya kerana memanglah dia  amat memerlukan bantuan seseorang untuk melakasanakan tugas ini. Lantas aku menghubungi Kak Rini. Kak Rini tahu selok belok jalan di Kota Bharu. Bila dihubungi, Kak Rini bersetuju. Fazila memang sudah mengagak kerana Kak Rini memang terkenal dengan sikapnya yang suka shopping. Cara menghilangkan stress katanya.
Syarat yang kedua pula ialah, Fauzi dan keluarganya mesti datang ke rumah untuk menjemput Fazila. Emak dan abah mahu mengenali keluarga teman yang akan membawa anak daranya itu keluar nanti. Malu sungguh rasa di hatinya. Apa tidaknya, emak dan abahnya ini memberikan syarat macamlah orang datang untuk meminang anaknya pula. Siap mahu kenal keluarganya dahulu. Padahal mereka cuma mahu mengajaknya untuk menunjukkan jalan sahaja kepada mereka. Tiada niat lain. Fazila yakin, pastinya Fauzi sudah faham dengan keengganannya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan sahabatnya itu.
Apabila Fauzi menghubunginya sepuluh minit kemudian, kedengaran ceria sekali suara anak muda itu apabila mendengarkan jawapan positif dari Fazila. Biarlah berapa banyak sekali pun syarat yang emak dan abah berikan, dia sanggup memenuhinya asalkan mereka sudi membenarkan Fazila  pergi dengannya, itu katanya. Hati Fazila jadi sedikit curiga, terasa seolah-olah bagaikan kehadirannya untuk menemani keluarga Fauzi amat-amat diharapkan. Entahlah...

Bab 1

“Ya Allah Ila.... banyaknya barang-barang kau....,” rungut Nadia sambil matanya melatari tiga buah beg dan dua buah kotak bersaiz sederhana milik Fazila yang diletakkan satu persatu  di dalam bonet kereta ayahnya.

“Itula... Yaya, aku pun tak sangka barang aku banyak gini. Tengok dalam almari tu macam sikit je...,” kata Fazila dengan suara yang direndahkan. Cuba tidak menarik perhatian Encik Zulkifli , ayah Nadia. “Eh... tak pe ke? Nanti kang menyusahkan kau je nak letak semua ni kat rumah kau...,”sambungnya lagi.

“Memang pun... mana entah mak aku nak letakkan semua ni.... hish kau ni...,”

“Tapi, kat mana lagi aku nak letak semua ni.... kau aje kawan aku yang tinggal kat sini... takkan aku nak bawak balik semua ni... nanti bila daftar semester depan kena bawak ke sini balik...jauh tu,” rungut Fazila sambil menggigit jarinya, cuba untuk meraih simpati dari Nadia.

“Eleh… tak payah buat muka kesian….,” kata Nadia sambil mencebirkan bibirnya. Fazila membalas kata-kata itu dengan menjelirkan lidahnya kepada Nadia.

“Jelirlah... aku gigit kang lidah tu...,” gertak Nadia terhadap temannya. Cuba menangkap tubuh tinggi lampai Fazila yang mula melarikan dirinya dan bersembunyi di belakang Puan Rosnah, emak Nadia. Perlakuan dua anak dara itu menjadi bahan ketawa oleh emak dan ayah Nadia. Sungguh mereka gembira melihatkan keakraban yang dikongsi bersama sejak dari tahun pertama pengajian kedua anak gadis itu lagi.

Fazila tahu semua kata-kata yang keluar dari bibir itu cuma gurauan semata dari Nadia. Temannya itu memang mulutnya sedikit laser, tetapi hatinya baik. Kalau tidak, tak mungkin Nadia sanggup mencadangkan supaya dia menyimpan barang-barangnya di rumah sahabatnya itu sepanjang cuti semester kali ini. Maka tidaklah perlu untuk dia membawa semua barangnya pulang ke kampungnya nun jauh di pantai timur Semenanjung Malaysia.

“Hei... sudah-sudahla bergurau tu... kita kena bergerak sekarang ni.  Nanti kang lambat sampai pulak. Malam nanti Ila nak balik Kelantan kan? Lewat sampai nanti kang terkocoh-kocoh pulak nak kejar bas...,” kata Encik Zulkifli mengingatkan dua anak gadis itu tentang jadual aktiviti mereka hari ini. Seperti biasa semuanya perlu diingatkan. Kalau tidak, tentunya ada yang tertinggal dan ada yang terlewat. Masing-masing masih lagi lemah mengatur waktu walaupun usia dah meningkat ke bilangan nombor yang ke 24 tahun.

“Dah angkat semua barangnya Ila?” tanya Puan Rosnah kepada Fazila.

“Dah makcik,” jawab Fazila sambil tersengeh.

“Ok... kalau dah tak ada apa-apa lagi yang tertinggal.... kita gerak sekarang..,” cadang Encik Zulkifli.

“Eh.... aku rasa ada lagilah yang tertinggal....,” kata Nadia, tiba-tiba memetik sambil matanya dicelikkan ke wajah Fazila.
“Dah.... aku dah ambik semua la....,” kata Fazila, cuba mengingatkan kembali kalau-kalau ada lagi barangnya yang tertinggal di dalam bilik sewaannya tadi. Malah pintu rumah sewa mereka itu pun telah dia kuncikan untuk diserahkan kepada Pak Hamzah, wakil penyewa rumah yang tinggal selang beberapa pintu dari rumah sewa mereka ini.

“Ada.... ,” jawab Nadia dengan nada serius. “Tertinggal yang ini, habisla kau...,”

“Apa?”

“Fauzi.....,” kata Nadia sambil mencelikkan lagi matanya. Gelak ketawanya membuatkan semua yang ada di situ tahu bahawa kata-kata itu adalah gurauan darinya. Cepat-cepat Fazila memukul lengan temannya itu sambil mengetap bibirnya tanda geram.

“Huh...,” katanya sambil terus meninggalkan Nadia untuk menutup bonet kereta Encik Zulkifli. Merah mukanya bila kedua emak dan ayah Nadia turut ketawa bersama anak mereka. Mempermainkan dirinya lagi. Aduhhh...

Setelah semuanya masuk ke perut kereta, Encik Zulkifli mula memandu perlahan. Mereka singgah di rumah Pakcik Hamzah, wakil penyewa yang menguruskan rumah-rumah sewa di perumahan Taman Sri Skudai bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terletak di Skudai, Johor itu. Kedudukan Taman Perumahan yang letaknya kurang dari 10 minit perjalanan ke UTM Skudai menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pelajar untuk menyewa di situ. Fazila dan Nadia juga begitu. Kemudahan pengangukutan awam juga menjadi syarat utama mengapa mereka memilih untuk tinggal di situ sejak dari awal pengajian mereka lagi.
Fazila menyerahkan kunci rumah sewanya kepada Pakcik Hamzah dengan janji untuk membayar deposit bagi menyambung tempoh sewaan untuk semester akan datang, sekiranya permohonannya untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana diluluskan nanti.

Akhirnya kawasan Taman Perumahan Seri Skudai itu mereka tinggalkan. Ada janji yang terpatri di hati Fazila bahawa perginya kali ini adalah juga untuk seketika. Dia akan kembali untuk menyambung semula jejak-jejak langkahnya demi meraih cita-citanya.


****

Tiket bas yang dihulurkan oleh pemandu bas disimpan kembali ke dalam beg sandangnya. Dia mula menapak naik melalui tangga sempit bas ekspress dua tingkat yang akan membawanya pulang ke tempat asalnya. Semua tempat duduk di dalam bas telah dipenuhi menandakan semua penumpang sudah naik. Hanya dia seorang sahaja yang naik di Perhentian Bas Kulai ini. Bermakna selepas ini perjalanan ke Kota Bharu Kelantan, akan diteruskan tanpa perlu berhenti mengambil penumpang lain di destinasi seterusnya. Cepat-cepat Fazila mendapatkan tempat duduknya yang terletak tiga tempat duduk dari barisan paling belakang. Terhoyong hayang dia dibuai oleh bas yang mula bergerak perlahan.

Sedang elok saja dia duduk di kerusinya, dia hanya menyapa penumpang yang duduk di sebelahnya dengan sebuah senyuman. Kemudian terus memejamkan mata kerana malas untuk bertegur sapa dengan lelaki yang hampir sebaya dengannya itu. Terus fikirannya melayang. Ingatannya  kembali kepada perbualan telefonnya dengan Fauzi sebentar tadi. Setibanya di Perhentian Bas Pekan Kulai, Fauzi menghubunginya melalui telefon bimbit Nadia. Masih ingat lagi nada marah temannya itu sebentar tadi.

“”La... habis saya dah siapkan semuanya. Report tesis pun saya dah submit, so buat apa tunggu lagi.... balikla....,” jawabnya pada pertanyaan Fauzi yang kedengaran ada nada marah.

“Sekurang-kurangnya cakaplah sepatah kat aku kau balik malam ni... Dah la tak ada handphone, nak contact pun susah..,” rungut  Fauzi di hujung talian.  

“Ok.... drop that matter please.. dah banyak kali saya explain pada awak pasal tu. so, malaslah nak ulang-ulang lagi...,” jawab Fazila. “Pasal apa awak call saya ni?”

“Haritukan aku ajak kau keluar malam ni... kebetulan tesis aku pun dah selesai semuanya. Tinggal nak hantar aje lagi esok pagi. Jadi nak ajak kau celebrate sebelum masing-masing balik.. Tak sangka la pulak kau dah nak balik...,”

“La... hari tu kan dah celebrate.... dah pergi dinner pun ngan awak... berapa kali nak celebrate ni...,” rungut Fazila.

‘Hari tu keluar ramai-ramai.... aku nak keluar sorang-sorang dengan kau...gi lepak kat JB ke.....,”

“Emmm... sorryla Fauzi.... apasal lambat sangat bagitau saya...,” Fazila tergelak, sambil di dalam hatinya terdetik kata-kata... “Sorryla nak lepak berduaan dengan engkau ....”

“Eleh... kau tu bukannya nak keluar dengan aku. Elok-elok dah setuju, alih-alih dia boleh cancel last minute.  Elok-elok je janji nak keluar berdua, tengok-tengok dia boleh bawak orang lain buat teman.... sabar ajelah aku...,” Fauzi merungut lagi. Melahirkan perasaan tidak puas hatinya terhadap sikap Fazila yang terlalu menjaga pergaulannya. Walaupun ada ketikanya kelihatan tanpa segan dia bebas dan santai bergaul, namun masih sukar untuk gadis ini dibawa keluar dari kepompongnya. Ada sahaja alasan yang diberikan untuk mengelakkan dirinya dari didekati secara lebih dekat, terutamanya dalam hal-hal berkaitan dengan hati.

“Mana ada.... tak ada lah...,”

“Tak ada kata kau... habis, bila aku belanja kau pergi dinner Kelab Silat hari tu, kenapa engku pergi belanja orang lain temankan kau...?”

Fazila tergelak sendirian mengingatkan peristiwa lebih dua bulan lepas apabila diajak Fauzi untuk ke Majlis Makan Malam Anjuran Kelab Silat Gayung ngeri Johor tempohari. Kebetulan Fauzi adalah ahli kelab itu di peringkat universiti. Dia telah mengajak Fazila ke majlis tersebut. Fazila telah bersetuju, tapi di saat akhir, dia rasa meyesal kerana mudah sekali dia menyatakan persetujuan. Masih terlihat di matanya wajah kecewa Fauzi bila dia membawa Siti Khairiah, juniornya untuk menemani dia ke majlis makan malam tersebut.  Sangka Fauzi, bolehlah mereka dipandang seperti pasangan lain yang datang bersama, bolehlah duduk di kerusi bersebelahan di meja makan maupun di atas bas universiti yang membawa mereka ke Hotel Selesa di bandar Johor Bahru di mana majlis itu diadakan. Namun semua itu hampa bagi Fauzi, sehinggakan keesokkan harinya Fauzi datang kepadanya sebelum waktu kuliah Professor Nordin bermula untuk memberitahunya bahawa dia sudah mengalah dalam usahanya untuk memikat Fazila untuk menjadi couplenya.

Fazila tergelak sendirian lagi. Tiba-tiba terasa bagaikan sedang diperhatikan. Fazila membuka mata, memandang sekeliling dan mendapati rupa-rupanya penumpang lain sedang memerhatikannya tergelak sendirian dalam kesamaran lampu dalam bas tersebut. Lalu dia tersengih kepada penumpang di sebelahnya yang sedang memerhatikannya itu. Segan pula rasanya. Mesti ada yang mengatakan dia gedik kerana tergelak sendirian. Ah.... suka hati merekalah.... yang penting aku tak kacau orang..., detik hatinya sendiri. Lalu dia kembali memejamkan matanya untuk terus melayan anganan.

Fauzi. Sejak awal pertemuan mereka di tahun kedua pengajian lagi pemuda itu sudah begitu yakin ingin menawan hatinya. Namun mana mungkin. Dia punya perinsipnya sendiri. Dia datang ke universiti untuk belajar. Bukan untuk mencari teman lelaki. Masih banyak agenda dalam hidupnya yang perlu dia laksanakan. Lagipun tidak mungkin dia akan menerima seseorang yang sebaya dengannya untuk dijadikan teman lelaki, apatah lagi seorang pasangan hidup seperti yang selalu Fauzi bayangkan kepadanya. Sekadar kawan, itu jawabnya sejak dulu lagi. Namun Fauzi kelihatan begitu nekad sekali untuk mencuba. Sering menjadi teman yang menjaga kebajikannya. Selalu bertanya khabar tentang dirinya, selalu ada dalam saat kepayahan yang dia lalui dan selalu bersama dalam saat gembira yang dia rasai. Sepanjang hampir lima tahun pengajian mereka Fauzilah yang seolah-olah menjaganya dari gangguan dari mana-mana lelaki. Terkadang terasa lebih selamat bila diberi perlindugan sebegitu kerana sememangnya dia masuk ke universiti ini untuk mengejar segulung ijazah, bukannya untuk mencari teman lelaki.

Tambahan lagi dia bukan termasuk dalam senarai pelajar yang popular di kampus. Sebagai pelajar di bidang kejuruteraan, dia dan teman-teman wanita yang sekuliah dengannya tidak termasuk dalam golongan yang menarik. Mereka bagaikan ada dunia mereka tersendiri. Dilihat berpewatakan kasar kerana cara berpakaian yang menuntut mereka untuk melakukan kerja-kerja lasak di bengkel kejuruteraan.  Mana mungkin mereka mampu bergaya sakan ke kuliah sekiranya terpaksa masuk bengkel mesin untuk amali dalam kerja kimpalan arka maupun kimpalan gas, kerja-kerja fabrikasi logam di bengkel mesin larik dan bengkel kepingan logam. Itulah dunia mereka yang bakal bergelar jurutera mekanikal.

Ada waktunya dia juga merasakan terpinggir dalam dunia ini. Naluri gadis sudah pasti menuntut dirinya untuk kelihatan cantik dan menarik. Namun semua itu terpaksa dilupakan. Kalau pelajar kursus lain boleh bergaya sakan dengan gincu di bibir dan eyeshadow di kelopak mata, Fazila terpaksa menerima bahawa dia tak boleh lepas dari minyak pelincir yang terpercik dari mesin larik dan juga percikan api dari alat kimpalan arka yang mampu menghasilkan lubang-lubang kecil di pakaiannya jika outfit yang tidak sesuai untuk tugas-tugas sebegitu dikenakan. Lantas dia perlu akur dengan ketetapan berpakaian yang ditetapkan oleh pihak fakulti dalam aktiviti hariannya. Namun masih dia mampu menjaga auratnya dari terdedah di mata teman-teman sekuliah yang majoritinya lelaki.

Berkecimpung dalam bidang kejuruteraan yang majoritinya adalah kaum lelaki sebegini bukan menjadi cita-cita Fazila pada asalnya. Berlatarbelakangkan kelulusan agama di sekolah agama sehingga ke peringkat SPM membuatkan dia begitu teliti menjaga penampilan dan perlakuannya untuk tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan dalam Islam.  Namun dalam dunia yang menuntut untuk dia menerima apa sahaja kemungkinan yang datang membuatkan dia terpaksa akur. Dia bukan anak orang kaya yang mampu mengatur segalanya.  Peluang pengajian sebegini terpaksa dia terima kerana inilah satu-satunya peluang yang ada. Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati adalah tidak mampu kerana dia hanya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang ini setelah gagal mendapat tempat di bidang yang dia inginkan. Maka mau ataupun tidak dia terpaksa menerima. Cuma yang diharapkannya nanti agar dia mampu membalas jasa kedua emak dan abahnya yang telah banyak berkorban untuk dirinya dan adik-adik.

“Mak...... Ila dah nak balik ni....,” hatinya berbisik dalam senyuman yang terukir di bbir saat membayangkan wajah emaknya yang selalu tenang dan mendamaikan.


****
   

Senyuman wanita separuh umur yang berdiri di kaki lima Terminal  Bas Kota Bharu itu membuatkan hatinya terlonjak riang. Mak.... suara dalam hatinya berbisik. Kalau boleh dia ingin bas yang dinaikinya itu berhenti cepat-cepat supaya dia boleh turun untuk memeluk emak yang amat dia rindukan itu. Tapi keadaan sesak di pagi itu menyebabkan bas tersbut perlu menunggu giliran untuk berhenti di terminal yang ditetapkan. Sabar je la Fazila..... detik hatinya lagi. Lalu dia melambaikan tangannya untuk meraih perhatian emaknya yang masih sabar menunggu. Kelihatan abah yang berdiri di sebelah emak menunding jari kepadanya untuk memberitahu emaknya tentang anak mereka yang kelihatan gembira di atas bas.

Sungguh dia rindu pada mereka. Keluarganya adalah segala-galanya bagi Fazila. Lebih dua bulan tidak menemui emak dan abah membuatkan rindunya bagaikan membuak-buak dirasakannya. Selalunya dia akan pulang sebulan sekali untuk melepaskan rindu. Namun apa daya dia, kesibukkan dengan peperiksaan akhir dan juga projek tahun akhirnya membuat dia tidak dapat pulang sekerap mungkin. Walaupun emak selalu marah kerana dia sanggup menghabiskan duitnya untuk membeli tiket bas, namun tidak diendahkannya. Dia rela mengikat perut semata-mata untuk membeli tiket bas untuk pulang menemui emak, abah dan adik-adik.

Bila bas berhenti, cepat-cepat Fazila turun. Terus pergi memeluk emak yang sudah berada berhampiran pintu bas.

“Makkk....,” jeritnya manja sambil memeluk erat tubuh separuh gempal itu. Puan Norhayati hanya senyum melihatkan gelagat anak sulungnya itu.

“Eh... pergilah ambil beg dulu...,” tegur Encik Dahlan, abahnya.

“Biarla bah.... malas nak berebut... nanti orang lain dah ambil, kita pergilah ambil.. Ila nak peluk mak ni dulu...,” ucapnya manja sambil terus memeluk tubuh emaknya.

“Habis, abah Ila tak nak peluk...?” kata Encik Dahlan.

“Nak....,” jawab Fazila manja sambil melepaskan emaknya dan memeluk abahnya pula. Tersenyum-senyum Encik Dahlan bila dibuat begitu di khalayak ramai. Ramai yang memerhatikan gelagat mereka itu, namun langsung tidak diendahkan oleh Fazila. Lantaklah apa orang nak kata, yang dia peluk ini adalah emak dan abahnya. Kalau gadis lain tentunya merasa segan untuk berbuat demikan. Tapi kenapa perlu segan? Bukankah emak dan abah, atau mama dan papa, atau ibu dan ayah, atau daddy dan mummy itu lebih layak untuk dipeluk cium berbanding dengan orang lain?

“Mak dengan abah sihat?”

“Alhamdulillah...,” jawab Puan Norhayati. “Ila pun nampak sihat,” jawab Puan Norhayati sambil senyum.

“Jom kita ambil barang Ila, tak kan nak borak kat sini pulak. Orang lain pun nak turun dari bas jugak,” kata Encik Dahlan mengingatkan bahawa mereka masih lagi berdiri di hadapan pintu bas, menghalang laluan penumpang lain untuk turun.

“Haah ekk.... lupa..,”  kata Fazila sambil berpaling ke pintu bas di mana seorang penumpang sedang menunggu untuk turun. Dia tersengeh sambil bibirnya mengucapkan kata maaf.

Terus dia beredar ke tempat simpanan barang bersama Encik Dahlan memberi ruang kepada penumpang lain turun dari bas. Fazila antara yang terakhir turun. Jadi tiada yang marah bila dia tidak mampu untuk menahan hatinya yang cukup teruja menyebabkan dia beraksi sepontan dengan emak dan ayahnya  sebenatar tadi.

Sepuluh minit kemudian mereka sudah berada di atas kereta untuk meninggalkan stesen bas. Suasana pagi agak sibuk dengan kenderaan keluar masuk di kawasan perniagaan yang menempatkan banyak gedung-gedung besar  seperti Tesco, kedai pakaian Gulatis dan lain-lain lagi berhampiran dengan terminal bas tersebut. Tambahan lagi Tesco Kota Bharu dibuka seawal jam 8.30 pagi di hari minggu begini untuk memudahkan pelanggan mereka datang membeli-belah di awal pagi.

“Kenapa Ayis dengan Noni tak datang sama mak... kalau tak boleh pergi breakfast nasi kerabu, dah lama tak makan nasi kerabu. Emmm....sedap,”

“Nak bawa macam mana... lepas subuh tadi masing-masing tarik selimut semula. Semalam entah pukul berapa tidur... dok mengadap tv,” rungut Puan Norhayati.

“Ala... Singgah beli je.... balik makan kat rumah...,” kata Encik Dahlan.

“Tak bestla makan kat rumah, kat kedai boleh order teh tarik...  Ila belanja... ,”

“Tengah banyak duit ke? Orang lain tengah kering nak tunggu gaji hujung bulan, Ila siap nak belanja lagi..,” kata Puan Norhayati pula.

“Ala mak... bukannya mahal pun nasi kerabu tu... bukan macam kat JB tu, breakfast pun dah sampai tujuh lapan ringgit seorang,” sambut Fazila mengingatkan kos sara hidup yang tinggi di Johor Bharu. Puan Norhayati tersenyum mendengarkan kata-kata Fazila.

“Tapi, sekarang ni pun dah mahal kat sini... bandingkan dengan dulu...,” katanya perlahan.

“Habis, kalau semua harga barang dah naik.... macam mana penjual nak jual murah...,” jawab Encik Dahlan pula.

“Ala.... abah ni... mula la tu... tak naklah cakap hal gitu-gitu..... Ila baru je balik ni....,” rungut Fazila manja. Dia tahu, kalaulah abah dah mula sebut hal-hal sebegitu, nanti panjang lebarlah khutbahnya. Tak mau.... tak mau.....

Encik Dahlan ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. 

“Oklah.... jom kita pergi makan nasi kerabu... dah ada yang kempunan tu....,” katanya dalam tawa yang meniti di bibir.



Popular Posts