Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's

Comments: (5)

Bab 9



“Aku terima nikahnya Nurul Auni Binti Amin,”
Dengan sekali lafaz, kedengaran pihak saksi dan pihak jurunikah bersetuju bahawa pernikahan itu telah sah dilangsungkan. Di saat itu, bagaikan ada taman yang penuh dengan bunga-bunga yang sedang mekar berkembang di hati kedua-dua pengantinnya. Setelah sekian lama mereka memendam rasa dalam cinta, kini kasih mereka berpadu dalam sebuah perkahwinan. Bagaikan satu kemenangan dirasakan di pihak pengantin lelaki kerana akhirnya dia berjaya memiliki Auni, gadis yang memikat hatinya sejak pertama kali dia merenung ke dalam mata bundar itu. Perkenalan yang membawa rasa cinta di hati si jejaka sejak di tahun satu pengajian lagi menyaksikan pujukan demi pujukan yang terpaksa dilakukannya demi untuk meyakinkan gadis itu tentang cintanya.

“Kenapa Auni... kenapa tak nak mengaku yang you cintakan I...? Padahal itu yang I nampak dalam mata you... ”

You... please.... I...,”

“Auni... rasanya macam I dah sejuta kali ulang semua ni... you masih tak percaya lagi? Apa yang berlaku pada mak you tak boleh you jadikan sebab you tolak cinta I,”

I bukan nak jadikan semua tu sebab untuk tolak cinta you... I masih tak  yakin dengan perasaan you Faris...,”

“Macam-macam la alasan you...,” si jejaka mula merajuk.

Gadis yang muda setahun daripadanya itu mula dapat merasakan rajuk yang terlahir dari sikapnya yang terus sangsi dengan lelaki ini. Bagaimana dia mampu untuk jelaskan perasaannya? Sememangnya cinta sudah mekar indah di taman hati, namun untuk percaya, terasa amat susah sekali. Auni tidak pasti mengapa dia tidak mampu untuk percaya sedangkan ada ketikanya dia dapat merasakan kejujuran pada kata-kata Faris.

“Faris, I tak tau macam mana I nak cakap pada you apa yang I rasa... tapi apa yang my mom pernah alami lama dulu buat I  rasa takut nak bercinta....,”

Faris bangun dan berdiri di tepi tasik yang kelihatan tenang airnya itu mengeluh perlahan.
I sendiri pernah tengok macam mana menderitanya emak I bila ayah tinggalkan kami tanpa khabar berita. Dua puluh tahun I membesar tanpa seorang ayah. I tak berani nak  percaya pada lelaki lagi.... not at this moment,”

Kata-kata itu buat Faris berpaling kepada Auni.

I’ve told you a thousand times already ... I also have been in that situation... I dah tau betapa deritanya seorang isteri bila kena tinggal dek suami tanpa khabar berita, tanpa nafkah, terpaksa besarkan anak-anak sendirian. Semua tu buat I sedar betapa pentingnya tanggungjawab seorang ayah Auni... I also came from a broken family Auni...  Please... believe me...  I tak akan sia-siakan you...,”
 
Auni memandang ke wajah lelaki yang berdiri gagah di hadapannya itu. Ingin sekali dia percaya, namun dia tidak mampu berbuat begitu. Masih lagi dia tidak mampu hingga ke saat ini.

I really wish that I can trust you Faris...,”

Faris mengeluh lagi. Matanya terus menatap jauh ke dalam mata Auni yang cukup indah itu. Lentik alis matanya bagaikan menggamit hatinya untuk menyentuh pemiliknya. Namun dia menahan perasaan yang telah sekian lama disimpan di dalam hatinya. Dia inginkan cinta berlandaskan keimanan dengan gadis ini. Bukannya cinta berlandaskan nafsu semata-mata.  

“Apa yang I kena buat lagi untuk buat you percaya pada kata-kata I...?” kerut di wajah Faris membuatkan hati Auni merasa sayu.

“Entahlah... I pun tak tau...,”

Lalu kata-kata yang diucapkan itulah yang menjadikan semangat anak muda itu terus kuat. Kalaulah Auni tidak mampu untuk percayakan dirinya, dia akan cari cara lain untuk buat Auni menerimanya. Itulah tekad hatinya dulu, sehingga akhirnya dia berjaya memiliki. Usah ditanya lagi bagaimana akhirnya dia mampu meyakinkan isterinya itu kerana setiap apa yang terdaya sudah dia lakukan. Dan akhirnya, Allah memakbul tiap doa yang dipintanya.

****
“Fazila, yang mana satu lorong masuk ke rumah awak ni...,”
Eh, tau juga dia nama aku... bisik Ila dalam hati. Sungguh dia tak sangka. Baru sahaja lima jam mereka berkenalan, atau dengan kata lain setengah jam di titik mula pertemuan dan kini setengah jam di titik akhirnya. Dan di sepanjang tempoh itu tak pernah sekalipun lelaki itu bertanyakan namanya. Sombong betul... Tapi... oh ya... hampir dia lupa, tentunya Professor Ruquiyah yang memberitahu namanya kepada si Amer Hamzah ni. Dan dia sendiri pun sebenarnya sama juga. Sombong. Masih sehingga kini dia juga belum lagi bertanyakan nama lelaki yang dikatakan bernama Amer Hamzah ini.

“Berangan?”

“Hah...?” dengan terkejut Fazila berpaling menatap wajah Amir Hamzah. Lazernya mulut...

“Berangan ke...?”

“Taklah...,”

“Habis tu diam je... tak jawap pun apa yang orang tanya..,”

Kalaulah Amer boleh nampak rona di wajahnya, pasti... Fazila pasti dia akan di ketawakan oleh pemuda yang sering saja sinis senyumannya ini.

“Hemm... diam lagi... sah.. memang kuat berangan...”

Komen Si Amer Hamzah ini buat dahi Fazila berkerut seribu.

“Suka hati sayalah..,”

“Hei... awak nak saya hantarkan ke tak ni... ? Kalau tak nak, balik la sendiri, ” kedengaran marah sekali suara itu kali ini.

“Saya tak minta awak hantarkan pun....,” sahut Fazila. Ingat dia saja ke yang boleh marah?

 “Amboi... sombongnya... habis awak nak kakak saya marahkan saya...?”

Fazila diam lagi. Akhirnya kereta Amer Hamzah mula menghampiri lorong untuk masuk ke rumah sewaannya.

“Masuk lorong kiri kat depan tu...,” bagaikan memberi arahan saja kedengarannya. Sekilas mata Amer Hamzah menjeling ke wajah Fazila. Terasa jengkel dengan kesombongan yang dipamerkan.

“Berhenti kat depan tu ajelah... nanti saya jalan...,”

“Hoi... kalau jadi apa-apa pada awak, kakak saya marahkan saya tau tak... ini dah pukul 11.00 malam ni... Yang mana satu rumahnya ni...?” kali ini suara itu kedengaran tegas pula.

Amer Hamzah memberhentikan keretanya di hadapan rumah Fazila apabila tanpa kata Fazila menundikkan jemarinya ke rumah sewaannya. Gadis itu terus membuka pintu kereta sambil melangkah keluar dari perut kereta sambil mengangkat bahunya.

“So...,” lambat-lambat Fazila bersuara.

“So what?” tanya Amir Hamzah apabila hatinya tidak dapat menahan kesabaran menunggu  Fazila meneruskan kata.

“Lain kali tak payah hantar atau ambil... saya boleh pergi sendiri... teksi banyak...,”

Terasa panas sekali hati Amer Hamzah dengan bahasa sinis Fazila.

“Sombong nak mampus...,” kutuk pemuda itu.

Fazila menghempaskan pintu kereta. Tanpa berlengah lagi Amer Hamzah menggerakkan keretanya dari gadis yang dia anggap sombong itu. Dia nampak dari cermin sisi keretanya Fazila menjelirkan lidahnya. Sombong.... bisik hatinya. Namun wajah itu ditatapnya lagi seperti yang dilakukannya setiap kali Fazila tidak menyedarinya.

“Eleh.. siapa yang sombong dulu...,” sambil menjelirkan lidahnya Fazila berlalu dengan hati yang cukup geram. Cepat-cepat Fazila membuka pintu pagar rumah yang tertutup dan melangkah dengan geram ke arah rumah sewanya.

“Cakap orang sombong... dia tu lebih lagi...,” dia merungut sendiri sambil melangkah masuk ke dalam rumah sewaannya yang kebetulan pintunya terbuka luas. Teman-teman serumahnya masing-masing berpaling ke arah senior mereka yang kelihatan cemberut sekali wajahnya. Terasa takut untuk menegur kakak senior mereka ini, lantas mereka hanya diam tanpa sepatah kata. Namun mata masing-masing berpandangan dan dalam hati masing-masing berbisik... mesti bergaduh dengan boyfriend ni....

Fazila terus melangkah ke bilik belakang yang disewanya sendirian. Enam orang teman serumahnya yang lain adalah merupakan pelajar tahun dua pelbagai jurusan. Itulah yang menyebabkan mereka tidak begitu ambil tahu tentang dirinya. Tidak mungkin mereka akan mengganggu senior mereka ini. Rumah itu mempunyai tiga bilik. Dua daripadanya ialah bilik yang besar dan dikongsi seramai tiga orang bagi setiap bilik. Manakala dia menyewa di bilik belakang yang lebih kecil. Sepatutnya bilik ini dikongsi bersama seorang yang lain tetapi setakat ini tiada lagi yang meminta untuk menyewa di situ. Sedikit sebanyak terbit rasa syukur di hati kerana dia merasakan lebih bebas sebegitu.

Selepas mencampakkan beg sandangnya di meja, dia terus menghempaskan dirinya di katil. Terasa begitu penat sekali. Bukan penat kerana melayan kerenah anak-anak Professor Ruquiyah, tetapi penat sekali menahan debaran di hati yang singgah tanpa diundang setiap kali dia bersama lelaki itu. Penat sekali menjawab dan melayan  tiap kerenah dan kata-kata sinis yang keluar dari bibir lelaki itu. Dia tidak pasti, entah bila dia akan bertemu lagi dengan dia. Namun di saat ini hatinya terasa begitu teruja, seakan-akan tidak sabar-sabar lagi menanti petang esok. Mungkinkah..... hatinya berkira-kira sendiri. Dan akhirnya dia terlena dalam debaran yang mengasyikkan itu.

****
“Wei... engkau ni... mengelamun pulak bila aku tanya pasal tunang kau tu....,”

Fazila menarik nafas panjang sekali lagi.

“Engkau dengan dia tak berhubung ke?”

Fazila terus diam. Sayu terasa di dalam hatinya. Sejak dia kembali ke kampus Skudai ini mereka tidak pernah sekalipun berhubung. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dan apa yang menyebabkan dia tidak kisah tentang semua itu. Atau mungkinkah  sememangnya dia tidak kesah? Namun ada ketikanya ingatannya berbelah bagi... antara yang jauh dengan yang dekat. Kedua-duanya seakan-akan mengambil ruang di dalam hatinya sejak kebelakangan ini. Patutkah itu berlaku?

“Dia tak contact engkau?”

Fazila menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Engkau pun tak contact dia?”

Fazila menggeleng lagi.

“Hish.... pelik betulla korang berdua ni....,”

“Kan?”

“Hemmm...,”

Mereka diam seketika. Masing-masing larut dengan perasaan masing-masing.

“Aku pelik la Ila ... kenapa ye?”

Fazila mengeluh lagi.

“Aku pun pelik juga Nad. Kenapa dia diam aje? Tak ada perasan ke dia ...? Tak ada rasa nak tegur aku pun...,” keluh Fazila.

“Kau pun... kenapa kau tak tegur dia. Call la... Ehh... aku lupa kau tak ada telefon. Dia tak ada fb ke? Tak ada alamat email ke? Cubalah contact dia kut situ...,”

“Ada juga aku cari kat fb... berlambak nama tu... tapi aku tak jumpa pun dia...,”

“Habis...? Twitter?  Email ?”

Twitter... aku pun tak ada... Email... Entah... aku tak tau...,”

“La... tak kanlah tak tau.... Tanyalah Fauzi...,” berkerut wajah Nadia

“Malulah aku nak tanya...,”

“Ish... engkau? Malu...? Hemmm...,” kata Nadia sambil tergelak. Langsung dia tidak menyembunyikan nyaring bunyi gelak tawanya itu.

Fazila diam. Malas melayan ketawa yang berbaur dengan kutukan dari sahabatnya itu.

“Kau rasa dia tak tercari-cari kau ke?”tanya Nadia lagi.

“Entahlah...,” dalam keluh Ila menjawab pertanyaan itu.

“Tapi pelikkan... dia tak kenal engkau... tak kan lah dalam masa bertunang ni tak ada sikitpun keinginan dia untuk kenal engkau...,”

“Aku dah lama fikir pasal itu. Mungkin,... mungkin dia bukannya nakkan aku... mak dia je yang bersungguh-sungguh..,”

Akhirnya keluar kata-kata itu dari bibir Ila. Sesuatu yang sering bermain di mindanya.

“Hei... kalau bertunang sekadar nak ikutkan cakap emak dia... teruk la...,”

“Kadang-kadang aku terfikir... mungkin dia dah ada pilihan hati sendiri... Orang macam dia... tak kan lah tak ada sesiapa yang suka kat dia...,” Fazila menelah sendirian.

“Emmm.... betul cakap kau tu... Rupa ... emmm...,” Nadia mengangkat ibujarinya. “...kerja... emmmm....,” sekali lagi dia mengangkat ibujarinya. “...apa lagi orang perempuan nakkan?”

Fazila senyum sinis. Ya... apa lagi... apakah semua itu yang dia perlukan?

“Kau tanyalah Fauzi ...,” Nadia memberikan cadangan. Dia membetulkan duduknya dan menyandarkan tubuhnya ke dinding. Mereka duduk bersebelahan di atas katil Fazila.   Kaki mereka berlunjur dan berjuntaian ke birai katil. Keadaan wajah Fazila yang bagaikan tidak punya apa-apa reaksi itu membuatkan dia tidak pasti apa yang ada di dalam hati Fazila yang tertunduk saat itu.

“Malulah Nad... nanti Fauzi cakap aku ni beria-ia pulak... tak maulah...,”

“Ehhh.. dia tu tunang kau... mestilah kau kena beria-ia... Kenalah jaga... takkan nak biarkan dia terlepas ke tangan orang lain...,”

“Nad... kalaulah aku bercinta sakan dengan dia, mestilah aku tak nak lepaskan dia... ini tidak, kenal pun tak. Kalau tak ada gambar masa kami bertunang hari tu, muka dia pun aku boleh lupa kau tau tak...,” herdik Fazila pada Nadia.

“Ishhh.... mesti hari-hari kau belek gambar dia tu kan?” Nadia tergelak lagi memandang wajah Fazila yang selama ini sering menyembunyikan perasaannya terhadap mana-mana lelaki. Kata-katanya itu membuatkan muncung di bibir Fazila semakin panjang.

“Nad, kalau kau datang ni cuma nak kutuk-kutuk aku... baik tak usah la datang... menyakitkan hati je...,” Fazila merungut. Mukanya dipalingkan ke arah lain menunjukkan rajuk yang menyelubungi hatinya saat itu.

“Ehhh..... tak... tak... tak... aku tak kutuk... aku cuma cakap yang betul aje kan?”

Fazila diam kembali. Dia sudah lama tidak menatap gambar wajah bakal suaminya itu. Kalau dulu, saban malam dia pasti menatapnya. Terutamanya selepas hampa mencari wajah itu dalam laman  facebook maupun di twitter. Tapi sejak dua minggu lalu, dia bagaikan sudah malas untuk terus mencari. Ternyata bakal suaminya itu tidak bersosial melalui laman sebegitu. Ah... biarkanlah... biarkan saja... mungkin lebih baik dia buat tidak tahu sahaja. Jika terlalu memikirkannya, pasti dia yang akan kecewa, seperti hari-hari yang lalu. Biarlah kali ini dia buat-buat tidak endah kepada tunangannya itu, seperti yang Faris lakukan kepadanya selama ini. Abang Faris.... bisiknya penuh dengan rasa kecewa dalam hati.

“Ila... jangan la marah... kita kan dah lama tak jumpa... kau tak suka ke aku datang ni?” Nadia mula dapat menghidu bau-bau kecewa di hati kawan baiknya itu.

Fazila diam sambil menatap wajah Nadia. Tiba-tiba dia beraling semula kepada Nadia dan  memeluk tubuh yang kini sedikit gempal berbanding dengan waktu mereka sama-sama belajar dulu. Sudah bekerja temannya ini, sudah punya kerjaya dan sudah mampu membina masa depan sendiri. Tentu hati Nadia selalu gembira, sedangkan dia pula masih begini. Masih sering sahaja resah gelisah yang membelenggu hatinya. Masih tidak bisa meluahkan semua yang terbungkam di dalam hatinya. Tiba-tiba pecah tangisnya di bahu Nadia.

“Eh... kenapa kau ni Ila ...,”

Fazila terus menangis. Dia ingin sekali bercerita tentang perasaannya yang kini sudah disentuh lelaki lain selain dari tunangannya. Dia ingin sekali menceritakan batapa kini dia sentisa merindui Amer Hamzah... yang sudah dua minggu tidak di temuinya sejak kali pertama lelaki itu membawa dia ke rumah Professor Ruquiyah. Dia ingin sekali berkongsi perasaannya ini dengan Nadia, tetapi seakan-akan tidak mampu untuk dia menyebutnya. Tidak mampu untuk dia menceritakan tentang hatinya yang kini terpanggil untuk mengenang lelaki lain selain dari tunangannya.

“Kau rindukan dia ye Ila ...?” Nadia bertanya dengan penuh simpati. Dia tidak tahu Fazila akan jadi begini lemah kerana cinta. Setahu dia Fazila tidak selemah ini selama ini.

Fazila hanya terus menangis tanpa suara. Tidak mampu untuk meluahkan apa yang sebenarnya ada dalam hatinya. Kalaulah dia luahkan, apa nanti kata Nadia? Tentunya akan kelihatan buruk dirinya itu di mata temannya ini. Pasti Nadia akan mengatakan dia tidak setia. Sedangkan saat ini dia sendiri tidak mampu untuk mengerti apa yang dimaksudkan dengan perkataan setia.

“Ila ... kau nak aku bagitahu Fauzi ke?”

“Jangan.... jangan bagitau dia.... Nanti apa pulak kata dia ...,” pantas sekali dia bersuara untuk meminta supaya Nadia tidak menyebut perkara ini pada Fauzi.

“Tapi, kalau tak bagitahu, engkau yang merana... sakit menanggung rindu....,” usik Nadia. Meleret senyumannya mengusik Fazila. Merah padam muka Fazila dan riak sepontan itu ternyata disalah ertikan oleh Nadia. Fazila sedar akan perkara itu. Namun bibirnya masih bungkam untuk menjelaskan semua yang dia rasakan saat ini. Bukan pada Faris  tempat hinggapnya rindu yang terbina diam di hatinya. Ya, ternyata bukan pada tunangannya itu. Lalu bagaimana harus dia jelaskan kepada Nadia?

Popular Posts