Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's

Bab 23

Bila Mai masuk ke bilik kira-kira sejam kemudian, kelihatan Syamsul  sudah pun lena. Dengkuran lelaki itu membuktikan lenanya sudah begitu nyenyak sekali.  Perlahan Mai menarik bantal yang sedang dipeluk oleh Syamsul  untuk tidur di ruang sempit antara katil dan almari. Ruang yang biasanya digunakan untuk menunaikan solat fardunya. Namun agak sukar untuk dia mengambil bantal yang ternyata sekali Syamsul  peluk dengan kemas dalam lenanya. Akhirnya dia beralah. Tidak mengapalah kalau dia terpaksa tidur berbantalkan lengannya sendiri, namun untuk mengejutkan Syamsul hanya untuk mengambil bantal itu, tidak akan dilakukannya sama sekali.

Mai mencari-cari kalau-kalau ada kain atau gebar yang boleh digunakan untuk alas tidurnya dari dalam almari. Dia tidak akan mampu untuk tidur di atas lantai kayu yang sejuk itu. Lalu dia mengambil tiga helai kain pelikat Syamsul  yang ditemuinya. Satu untuk dijadikan alas tidurnya dan satu lagi untuk dijadikan alas kepala. Dan satu lagi untuk dijadikan selimut. 


Hujan yang terus mencurah-curah di luar  bagaikan sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Kedingin malam itu terasa bagaikan menyerap  terus ke tulang hitamnya. Kain batik yang digunakan sebagai selimut untuk mengurangkan rasa sejuk pula bagaikan langsung tidak berfungsi. Sedikit pun tidak mampu memberikan kehangatan kepada tubuhnya.


Syamsul  menggeliat perlahan. Dari ekor matanya dia dapat melihat Mai mengerekot kesejukkan. Sengaja dibiarkan wanita itu dengan kedegilannya. Ruang tempat tidur di atas katil masih lagi luas di sebelahnya. Namun kedegilan Mai bagaikan mencabarnya. Biarlah... biar dia terus dengan kedegilannya jika itu yang dia mahu. Dia merasakan bahawa dia tidak perlu untuk mempelawa Mai tidur bersama di atas katil itu. Untuk apa kalau nanti Mai menolak mentah-mentah pelawaannya itu. Biarlah dia terus kesejukkan di situ, selagi dia mampu menahan rasa itu.



Melewati jam 12.00 tengah malam Mai tidak lagi mampu menahan kesejukkan. Perlahan dia bangkit dari perbaringannya dan mengambil tempat di sebelah Syamsul. Kalau dia diam-diam tidur di situ, mungkin Syamsul  tidak akan sedar, dia berkira-kira sendiri. Lantas perlahan dia menyelimutkan dirinya dan mula berdoa agar Syamsul  betul-betul nyenyak dan tidak akan menyedari kehadirannya di sisi hingga ke pagi. Sedikit pun dia tidak sedar ada senyum terukir di pinggir bibir suaminya itu. 


****


Telefon bimbitnya menjeritkan irama yang amat membingitkan telinga pada tepat jam 3.00 pagi. Namun serasa seperti tidak ingin dia bangkit dari lenanya yang baru seketika. Kehangatan yang dirasakan menyelubungi tubuhnya saat itu terasa bagaikan tidak mahu dilepaskannya. Namun, terpaksa juga dia akur jika tidak ingin terlepas dari menaiki kapalterbang pagi ini.   Dia cuba untuk mematikan bunyi alarm dari telefon itu namun tidak mampu rasanya melepaskan tubuhnya dari pelukan yang begitu kemas sekali. Pelukan yang memberikan kehangatan di dalam kedinginan dinihari itu. Dan suara yang bergumam di telinganya meminta supaya dia terus diam di situ akhirnya menyedarkan dia di mana dia berada. Dia dalam pelukan suaminya.


Dengan rasa yang cukup terkejut dan malu yang datang tiba-tiba, Mai menolak tubuh yang mendakapnya erat. Kehangatan yang dirasakan dalam dingin dinihari itu terasa tidak ingin dilepaskan. Namun malu meminggirkan semua rasa itu. Bila dia dapat meleraikan dakapan kemas Syamsul, cepat-cepat Mai melangkah bangun dari katil. Syamsul  masih lagi larut dalam lenanya. Terasa  lega di hati kerana sekurang-kurangnya Syamsul  tidak menyedari keadaan itu dan tidak akan menjadi bahan sindiran buat dirinya nanti.


Setelah mengejutkan Syamsul, Mai cepat-cepat meninggalkan bilik untuk mandi. Dingin pagi membuatkan dia tidak mampu menahan gigil apabila keluar dari bilik mandi. Mandi pun hanya sekejap cuma, sekadar untuk menyegarkan tubuhnya. Terlintas di hati bahawa nanti apabila kembali ke sini pada waktu cuti sekolah nanti dia akan membelikan sebuah pancuran air panas untuk kegunaan mereka di sini. Tentu Nabil dan Wawa akan suka kerana tidak lagi perlu mandi air sejuk di pagi hari untuk ke sekolah. Ini juga pastinya akan memberikan keselesaan buat emak mertuanya. Kalau dia yang sihat ini boleh kesejukkan sebegini bila mandi di pagi hari waktu musim tengkujuh ini, pastinya emak yang dalam keadaan tidak sihat merasa lebih tidak selesa lagi.


Kesejukkan yang dirasakannya bagaikan hilang entah ke mana bila keluar sahaja dari bilik mandi dia melihat Syamsul  sedang menunggu gilirannya. Nasib baik bilik air itu berada di dapur dan Shuhaida sudah juga bangun untuk menyediakan minuman panas untuk mereka sebelum bertolak pergi. Sekurang-kurangnya  Syamsul  tidak menyindir ataupun mengusiknya walaupun dia pasti ada niat di hati lelaki itu untuk melakukan itu.


Mungkin kerana kesejukkan, Syamsul  juga mengambil masa yang singkat sekali untuk menyiapkan diri. Selepas mengejutkan emak mertuanya untuk bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, Mai dan Syamsul  terus menunggu Abang Derasid yang telah berjanji untuk mengambil mereka di rumah Syamsul. Nabil juga bangun seketika apabila Mai mencuim pipinya untuk mengucapkan selamat tinggal. Wawa pula hanya mendiamkan diri bila Mai melakukan perkara yang serupa kepadanya. Tapi Mai tahu yang anak gadis itu sebenarnya sedar dari lenanya ketika itu. Dengan janji akan kembali semasa cuti sekolah nanti, Mai meninggalkan mereka dengan perasaan yang sayu. Telah sekian lama dia tidak merasakan kebahagian sebegini, semenjak pemegian emak dan ayahnya dulu. Hubungan dia dengan keluarga Irfan juga tidak semesra ini satu masa dulu. Sejak berpisah juga, tiada khabar berita dari mereka. Sememangnya mereka tidak begitu rapat dan jarang pulang ke kampung. Sehinggakan walaupun sudah hampir enam bulan dia dan Irfan berpisah, berita perceraian mereka ini masih lagi mampu disembunyikan dari keluarga Irfan.
Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Mai terlena di tempat duduk belakang kereta Abang Derasid. Sesekali Syamsul  berpaling ke arah isterinya itu sambil melayan perbualan bersama Abang Derasid. Masih terasa hangat dakapan isterinya itu semasa sedang lena tadi. Walaupun hanya sebentar, dia tahu dia akan merindukan kehadiran Mai selama mereka akan berpisah nanti. 


Kira-kira jam 4.50 pagi kereta Abang Derasid memasukki kawasan pendaftaran masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa. Mai yang telah dikejutkan dari lenanya oleh Syamsul,  terus keluar dari kereta di temani oleh Syamsul. Dan dengan pantas sekali Syamsul  memegang tangan Mai dan menariknya masuk ke dalam bangunan lapangan terbang itu untuk melarikan diri dari kesejukkan dinihari yang ditambah lagi dengan hujan yang masih turun mencurah-curah. Abang Derasid telah memberitahu yang dia akan menunggu Syamsul  di surau yang berdekatan sementara Syamsul  menunggu  Mai mendaftar dan masuk ke balai berlepas.


 Selesai mendaftar mereka duduk di ruang tepat duduk yang disediakan. Masing-masing cuba mengelak dari  bertembung pandangan. Mai menggosok kedua-dua belah tangannya untuk melegakan kesejukkan yang dirasakan. Pakaian tebalnya tidak mampu untuk menghilangkan rasa sejuk di jari jemarinya walaupun dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket.


Melihatkan Mai dalam kesejukkan, tangan Syamsul  pantas sekali memegang tangan isterinya sambil digosok-gosokkan di antara kedua-dua tangannya yang kasar. Perlakuan yang dilakukan itu sungguh berada di luar jangkaan Mai. Serasa bagaikan  tidak percaya apabila Syamsul  melakukan sebegitu kepadanya di khalayak ramai begini. Dan pada saat yang sama juga, satu rasa bahagia menyelinap di hatinya. Membuatkan dia bagaikan tidak ingin menaiki kapal terbang untuk kembali ke Kuala Lumpur. 


Mereka  terus juga diam dalam keadaan begitu apabila pengumuman dibuat mengatakan akan berlaku kelewatan bagi penerbangan pesawat Firefly ke Kuala Lumpur akibat dari hujan lebat. Masing-masing cuma hanya mahu menikmati perasaan indah yang mereka rasakan saat itu. Perpisahan bakal berlaku dan masing-masing tidak ingin mencalarkan perasaan masing-masing. Biarlah yang indah sahaja yang akan di bawa untuk mereka kenang sepanjang perpisahan nanti. 


Sepanjang masa itu Syamsul  mengenggam erat tangan lembut isterinya. Terasakan bagai tidak mahu melepaskan Mai pergi. Dan bila masuk waktu subuh, terus dia menarik tangan Mai untuk membawa Mai ke bilik solat. Terasa ingin sekali bersolat bersama tetapi ruang yang berlainan antara wanita dan lelaki membataskan keinginannya itu. Untuk ke surau yang berdekatan, dia bimbang kemungkinan penumpang akan dipanggil untuk memasukki balai berlepas. Selesai bersolat kira-kira jam 6.30 pagi, pengumuman dibuat untuk menjemput penumpang masuk ke balai berlepas kerana kapalterbang akan berlepas kira-kira jam 7.00 pagi. Mai tahu bahawa kelewatan ini akan menyebabkan dia terlewat ke sekolah nanti. Namun sedikit pun dia tidak hiraukan keadaan itu. Yang dirasakan kini ialah untuk terus bersama suaminya.

“Mai jaga diri ye? ... jaga maruah Mai sebagai seorang isteri ye...,” kata Syamsul  tiba-tiba ketika mereka berjalan perlahan ke balai berlepas.    

“Kenapa awak kata macam tu?” soal Mai yang terkejut dengan kata-kata yang diucapkan oleh Syamsul.


“Mai jauh kat sana. Apa-apa pun boleh jadi pada Mai. Abang kat sini jauh, tak mampu nak jaga Mai,” kata Syamsul  perlahan. Cukup perlahan hingga membuatkan Mai merasakan seperti mimpi. Samada kata-kata itu sememang diucapkan oleh suaminya itu atau hanya bisikan yang diangankannya. Sememangnya itulah kata-kata yang diharapkan untuk Syamsul  ucapkan di saat-saat begini. Namun, pandangan mata Syamsul  yang menusuk ke jantungnya itu membuat dia percaya, itu semua bukan anganan. Suatu perlakuan yang membawa getar di dadanya. Buat dia bagaikan tidak mampu bernafas untuk seketika dek kerana melayan debar di dada.

Sebelum Mai  dan meneruskan langkahnya masuk ke balai berlepas, dengan rasa berat hati dia menyalami dan mencium tangan Syamsul. Pertama kali melakukan itu, terasa syahdunya sebuah ikatan. Dan bila Syamsul  menggenggam erat jemarinya seketika sebelum melepaskannya, Mai tahu yang dia tidak ingin sesekali melepaskan ikatan ini. Sungguh dia tidak mengerti mengapa ini terjadi. 


“Telefon abang bila dah sampai nanti....,” bisik Syamsul  di telinganya.


Mai tidak mampu berkata apa-apa. Hanya genangan airmata yang membanjiri mata dan hatinya.


“Kalau boleh tiap-tiap malam abang... nak Mai ada sebelah abang... macam semalam.....,” bisik Syamsul  lagi. 


Dan saat itu Mai tahu bahawa dia telah jatuh cinta.


****


Sepanjang masa kapalterbang yang dinaiki Mai meredah hujan renyai menyelusuri landasan kapalterbang  Lapangan Terbang Sultan Ismail di pagi musim tengkujuh itu sedikit pun Mai tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia sedikit pun tidak menyedari apabila pramugari bertugas menunjukkan setiap peraturan keselamatan yang perlu diberikan perhatian oleh setiap penumpang dalam pernerbangan itu. Malah dia juga sedikit pun tidak merasakan kesan tekanan tinggi pada gegendang telinganya semasa kapalterbang mula bergerak meredah awan. Yang ternampak di matanya dan terdengar di telinganya ialah wajah serta suara Syamsul  semasa suaminya itu menyatakan perasaan lelaki itu terhadapnya sebelum dia berjalan masuk ke balai berlepas tadi.
Benarkah begitu? Benarkah apa yang disebutnya itu? Bermakna Syamsul  sebenarnya menyedari bahawa semalam dia menumpang sedikit kehangatan dari tubuh badan suaminya. Yang paling mengejutkan, Syamsul  mengatakan yang dia memerlukan Mai di sisinya. Namun mengapakah di sepanjang waktu mereka bersama pada hujung minggu ini Syamsul  kelihatan begitu sinis dan sombong sekali? Bagai ada sahaja salah dan silap yang telah dilakukannya. Dan ada ketikanya dia merasakan Syamsul  bagaikan begitu benci kepadanya. Buat dia terkadang terpinga-pinga dengan kata-kata dan sindiran Syamsul  terhadapnya. Sungguh dia tidak mengerti sekali.
Namun sekuntum senyuman terukir di bibir. Bergenang airmatanya apabila mengingatkan redup mata Syamsul  merenungnya tadi. Dia terlalu tergamam tadi bila mendengarkan kata-kata Syamsul  itu sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa. Yang dirasakan hanyalah selaut bahagia yang membanjiri samudera rasanya.



“Hei Mai .... asyik senyum seorang-seorang aje ni..... amboi....,”



Tersentak Mai apabila menungannya di kejutkan oleh satu suara. Kak Gee tersengeh-sengeh berdiri di sebelahnya. Di belakang Kak Gee, Cikgu Kamil juga turut tersenyum memandang padanya.


“Pengantin baru.... baru balik jumpa buah hati.... mestilah seronok...,” usik Cikgu Kamil. Kak Gee ketawa mengekek mendengarkan kata-kata itu. Merah padam muka Mai dibuatnya.


“Mai sampai pukul berapa tadi?” tanya Kak Gee.


“Dekat pukul 9.00 Kak Gee..,”


“Lewatnya?,”


“Emmm... flight delayed. Hujan lebat sangat kat sana awal pagi tadi...,” terang Mai secara ringkas.


“Hemmm... itulah, dengar berita tadi kawasan rendah dah mula naik air kat Kelantan,” sampuk Cikgu Kamil.


“Hujan tak berhenti-henti selama dua hari Mai kat sana. Adik ipar Mai kata dari hari Rabu lagi asyik hujan aje Cikgu Kamil...,” ceritanya lagi.


“Hujanlah best kan? Sejuk....,” bisik Kak Gee dengan matanya melirik tanda mengusik. Merah padam lagi rona di wajah Mai. Namun dia tidak memberi apa-apa komen. Hanya membiarkan sahaja Kak Gee mengusiknya. Matanya menjeling sekilas kepada Cikgu Kamil yang sudah kembali ke tempat duduknya. Nasib baik lelaki itu tidak mendengar apa yang dibisikkan oleh Kak Gee kepadanya. Jika tidak, tentu bertambah malu jadinya dia.


“Tak sangka musim tengkujuh kat sana hujan turun tak berhenti sampai macam tu sekali. Dari hari Sabtu pagi sampai ke pagi tadi, cuacanya mendung macam waktu Maghrib kak... hujan turun hampir sepanjang masa. Rumah Syamsul  kat tepi laut tu rasa macam nak melayang aje kalau masa angin kuat. Ombaknya tinggi... nak pergi dekatpun tak berani.  Jumaat petang tu je Mai sempat pergi tepi pantai. tapi tak berani pergi dekat sebab ombak besar...,” katanya untuk cuba mengubah topik. Kak Gee memang suka mengusik. Ada ketika usikannya agak keterlaluan. Dan Mai tahu, dia perlu membawa perbualan ini supaya tidak menyentuh soal yang tidak ingin dia sentuh.


“Macam mana ye mereka kat sana boleh tahan cuaca macam tu? Kalau akak dah mesti rimas. Tak boleh keluar rumah... mesti boringkan... sebab dok terperap aje musim hujan macam tu...?”


“Dah keadaannya kat sana macam tu kak..., apa boleh buatkan? Tapi pagi tadi, masa Mai nak balik sini, banyak Mai tengok kawasan rendah dah dinaiki air. Agaknya mesti nanti dah ada yang kena pindah ke pusat pemindahan banjir,”


“Dah adapun Mai ... masa akak makan kat kantin tadi, ada tengok kat tv. Dah ramai jugak mangsa yang kena pindah... di Terengganu pun sama...,”


“Em... tentu susahkan kak.... kena pindah macam tu. Lepas tu bila banjir dah surut, satu hal pulak kena bersihkan rumah. Tiap-tiap tahun mereka macam tu. ..,”


“Alah... mereka tu dah kalih Mai ... dah tak rasa susah lagi dah agaknya...,”


“Betul cakap Kak Gee tu. Alah bisa tegal biasa kan kak?” kata Mai sambil ketawa. Kak Gee turut sama ketawa. Gembira sekali dia melihat perubahan pada wajah Mai. Wajahnya kelihatan cukup ceria berbanding sebulan yang lalu ketika pertama kali Syamsul  meninggalkan Mai untuk pulang ke kampung.  Masih dia teringat bagaimana terujanya Mai untuk pulang ke kampung pada hari Jumaat yang lalu. Bagaikan tidak sabar nampaknya untuk kembali ke pangkuan suami dan keluarga. 


“Apa khabar mak mertua Mai tu? Dah ok?”


Mai diam seketika mendengarkan soalan itu. Bibirnya mengukir senyum tanpa sedar. Ya, satu masa dulu dia cukup tidak suka bila ditanya tentang keluarga Syamsul. Terasa bagai tidak tahu apa jawapan yang boleh diberikan. Tetapi kini, setelah dua kali dia di sana, terasa bagaikan sudah lama dia mengenali mereka. Dengan keletah Nabil yang manja, Wawa yang dingin terhadapnya, emak mertuanya yang selalu senyum walaupun dalam keadaan lemah, Shuhaida yang begitu mesra mengusiknya dan Syamsul .... yang... kini merajai segenap ruang dalam hatinya. Ah... sungguh dia bahagia dengan suasana itu.


“Alhamdulillah kak.... rawatan tu berjaya. Lepas doktor masukkan tiub tu dalam salur darah dia, ada masalah juga sikit sebab dia demam. Tapi nasib baik dia ok. Sekarang ni dah balik ke rumah dah. Kalau ikutkan hati Mai nak sangat ambil mc sebab nak temankan dia. Tapi sebab tahun ni dah banyak sangat ambil mc sebab tension masa Mai dengan abang Irfan berpisah dulu... tak eloklah pulak kan? Lagipun cuti sekolah dah dekat..,” katanya sambil senyum. Kak Gee turut sama tersenyum.


“Cuti nanti Mai balik ke sana ke?”


“Haah... Mai nak balik ke sana. Nak habiskan masa cuti kat sana..,” ujar Mai dengan begitu yakin sekali. Hatinya merasa cukup teruja saat itu. Kegembiraan tergambar di wajahnya. Matanya bersinar riang bila mengenangkan anak-anak Syamsul dan keriangan itu sedikit pun tidak terlepas dari pandangan mata Kak Gee.


“Gembira akak tengok Mai happy macam ni... dah lama Mai asyik bersedih aje.. Mungkin sekarang Mai dah jumpa kebahagiaan Mai kan?”


Terdiam Mai mendengarkan kata-kata Kak Gee itu. Hatinya jadi terjerut kembali. Adakah kebahagiaan ini yang di carinya? Atau.. mungkinkah ini juga hanya sementara baginya? Sesaat bahagia yang dirindukan selama ini?

20 comments:

laila hanni said...

Hari ni saya rasa happy sangat. so saya nak share kegembiraan tu bersama semua yang mengikuti blog saya ni... terima kasih untuk semua sebab menyokong.... :)

sharifah muda said...

tq kak laila untuk entry ni..sentiasa tertunggu2 sambungan sesaat cukup bagiku...best sangat... seronok baca mai dah jatuh hati ngan syam.. biar irfan gila bayang sorang2...

sue said...

happy baca entry kali ni.... Syamsul seorang yang sweet sebenarnya kan.... Mai mungkin ini kebahagian yang di cari....

teja melayu@didi_kruz said...

best2...smbunglah g...biarlah mereka bahagia n biar syamsul kekal sweet n romantic...

Wanie said...

AKAK..LAMA NYE TUNGGU..BEST2 CPT2 SAMBUNG YE..:)

Anonymous said...

bestlah entry ni...

nz lyna'im said...

happy ye tgk sham n mai

muda_13 said...

suke, meski tak banyak cakap, sikit je dah mampu luluh lantakkan hati mai. hope diorang berdua ni kekal sampai akhir hayat, hehe. terima kasih untuk kak Laila yang dah share kebahagianya, ^_^.

ainulrida said...

TQ for the n3. memang rasa bahagia je. harap Mai tak berubah bila Irfan datang merayu.

mai said...

sy selalu menunggu n3 terbaru citer ni..
thx ye writer!

Anonymous said...

saya jatuh cinta dengan kehangatan cinta shamsul dan mai..thanks kak laila untuk n3 yg superb ni...wohaaaa

Anonymous said...

syahdunya... kagum dengan mai yang baik hati n sayang dengan keluarga sham. Moga dapat bahgia yang dicari.

MaY_LiN said...

suka sangat bila shamsul n mai nak berbaik..

kak..ade gud news ke..?

Apple Pie said...

Laila dear, this is one of my favorite novel. Ianya lain drp yg lain. Kalau ada plan nak bukukan, InsyaAllah, saya akan beli.

laila hanni said...

thanks Apple Pie, insyaallah nvl ni akan dibukukan. tengah nak menyiapkan manuskripnya skrg ni...

laila hanni said...

good news... nanti akak share ye May lin..:)

has_1309 said...

Cik Laila, sungguh menyentuh perasaan. Akhirnya berkat kesabaran Syamsul, Mai jatuh cinta dengan ketulusan yang ada dalam dirinya (Syamsul). Sy tahu mesti sgt susah Cik Laila setiap kali berkarya untuk Sesaat Cukup Bagiku ini. Ilham yg dtg bukannya mudah, dan sy tabik dgn Cik Laila. Andai kata jika cerita ini dibukukan, insyaallah sy ingin memilikinya buat koleksi. Salam sayang dan Selamat Menyambut Hari Lebaran yang bakal tiba. Maaf dipinta jika ada diantara komen yg saya berikan menyentuh/menyakitan hati Cik Laila. Salam...

laila hanni said...

has_1309, thanks.... sememangnya betul apa yang has cakap tu. cerita nilah yang paling susah nak buat. rasa macam heavy sangat. masih ada lebih kurang 15 bab lagi untuk dihabiskan.... kadang tu idea tu ada, tapi masanya yang tak ada. insyaallah akan cuba disiapkan selewat2nya disember nanti.... thanks for being so supportive... :)

Anonymous said...

Alhamdulillah. Akak tumpang gembira coz u're happy (walau tak tahu hujung pangkal :-))Teramat setuju dengan Apple Pie.

Aduhai..Meraih bahgia bukan mudah. Mesti ada yang menjadi tembok pemisahnya. Irfan.... Laila, akak minta kuatkan karater Syam, tabahkan hati dia sebagaimana dia tabah menghadapi kehilangan arwah isterinya. Akak bersedia untuk sebarang kemungkinan (walau dalam hati tak mahu) bilamana kasih Mai akan tergugat samada pada yang terdahulu atau yang kini. Akak doakan next 15 chapters tu biar lebih dramatiknya dan mampu menjadi panduan buat semua pasangan. Selamat Hari Raya Aidil-Fitri. Maaf Zahir Batin.

intan said...

yeah! dah sambung..
saya suka sgt citer ni..

Post a Comment

Popular Posts