Bab 4
“Laaa... mak.... tak habis lagi
ke.... buat apa nak pergi Pengkalan Kubur pulak... kan sama je....,”
“Mak tak kisah... mak nak pergi
jugak... bukannya tiap-tiap bulan mak datang sini. Lepas ni entah bila la pulak
nak jejak kaki kat sini. Abang kau tu asyik sibuk je memanjang. Engkau pulak,
dah nak mula kerja tak lama lagi. Lagilah mak susah nak berjalan nanti,”
Fazila tersenyum mendengarkan perbualan
antara Fauzi dengan emaknya.
“Itulah makcik... kalau kat
Rantau Panjang ni banyak jual pakaian ... kat Pengkalan Kubur tu banyak jual
barang-barang dapur, pinggan mangkuk...,” kata Kak Rini, menambahkan lagi
keinginan Makcik Hasmah untuk ke sana pula. Fazila menjeling ke wajah Kak Rini.
Kalau boleh ingin sahaja dia berbisik pada Kak Rini supaya tidak menggoda
Makcik Hasmah dengan keterujaannya itu.
“Rini, jauh ke Pengkalan Kubur tu
dari sini?” tanya Makcik Hasmah.
“Tak jauh makcik...kalau tengok kereta
banyak macam ni... dalam sejam je rasanya..,”
“Faris, kita pergi ye ?” seperti
meminta izin sahaja lagaknya Makcik Hasmah menyapa Faris.
“Ok mak, kita pergi,” tanpa sepatah kata bangkangan Faris
memberikan persetujuan. Ada senyum di bibirnya saat itu. Wahhh... baiknya dia
dengan emak dia.... bisik hati Fazila. “Rini, kalau pergi sekarang sempat tak
solat Jumaat kat sana nanti?” soalnya pada Kak Rini pula.
“Insyaallah sempat rasanya.
Sekarang ni baru pukul 11.30,” jawab Kak Rini.
Faris merenung jam di tangan.
Mungkin berkira-kira tentang waktu.
“Ok... jom kita pergi
sekarang...,” katanya sambil tersenyum lagi kepada emaknya. Hai... bagai mahu
luruh rasanya jantung Fazila melihatkan senyuman itu. Kalaulah senyuman itu
untuknya, pasti saat itu terjelepuk dia di tempat dia berdiri. Jadi lemah
longlai lututnya.
Selepas itu mereka menyambung
kembali perjalanan mereka ke Pengkalan Kubur. Sepanjang waktu itu Makcik Hasmah
begitu mesra membuka kisah-kisah lama yang satu pun tidak Fazila ingati lagi.
Dan Fauzi pula yang teruja mengupas satu persatu kisah-kisah itu. Memandai aje,
padahal dia sendiri pun kecil lagi waktu itu, bisik hati Fazila.
Di Pengkalan Kubur, Makcik Hasmah
shopping sakan lagi selepas selesai
sahaja Fauzi dan Faris menunaikan solat Jumaat. Kali ini pinggan mangkuk dan
pelbagai alat dapur pula yang dipunggahnya. Fauzi tidak habis-habis merungut
tentang kegilaan emaknya berbelanja. Cuma Fazila merasa cukup pelik dengan
sikap Faris. Dia langsung tidak mengambil peduli dengan sikap emaknya. Semua
yang diinginkan oleh Makcik Hasmah akan ditunaikannya. Semua perbelanjaan dia
yang tanggung. Bila emaknya minta untuk membeli set pinggan mangkuk yang sangat
mahal pun dia sanggup bayarkan. Lemah rasanya Fazila melihatkan sikap Makcik
Hasmah yang satu itu. Banyak duit betul mamat ni, bisik hati Fazila.
“Mak.... dah lah... dah banyak
ni... mana kita nak letak semua ni nanti... nanti tak pasal-pasal mak kena buat
kabinet baru pulak...,” rungut Fauzi bila melihatkan Makcik Hasmah mula
membelek cawan kristal yang jelas sekali tidak murah harganya.
“La... harganya murah ni kat sini
... kalau kat KL, harganya dua tiga kali ganda ni Fauzi... betul tak Ila ..,”
jawab Makcik Hasmah, cuba menarik Fazila yang kelihatan sedikit leka sendiri.
“A... ya... haah makcik...
memang...,” jawab Fazila pantas. Sekadar mengiakan sesuatu yang dia sendiri
tidak pasti akan kebenarannya.
Matanya kembali tersorot kepada
Faris dan Kak Rini yang begitu asyik meneliti harga satu set pinggan jenama noritake yang turut sama dijual di kedai
tersebut. Sambil itu masing-masing memberikan komen, mungkin tentang harganya yang
mencecah hampir lima hingga enam ribu ringgit. Lagaknya bagai pasangan yang
sedang membeli peralatan dapur untuk rumah mereka.
Sepanjang masa mereka melayan
kerenah membeli-belah Makcik Hasmah itu, tidak sekali pun Faris menegur Fazila untuk
berbual walaupun dia kelihatan mesra sekali dengan Kak Rini. Ada ketikanya
mereka berdua tertinggal di belakang kerana asyik sekali melihat barangan yang
dipamerkan di kedai yang mereka kunjungi.
Fazila tidak mampu untuk berkata
apa-apa. Ada sesuatu yang bagai tersekat di kerongkongnya. Ada sesuatu yang
terasa bagai menghiris hatinya. Dia sendiri tidak mengerti perasaan ini.
Cemburukah dia melihat kedua mereka semesra itu, sedangkan Faris bagaikan langsung
tidak ambil peduli padanya. Mungkinkah tidak terlihat dek mata Faris kehadiran dirinya
antara mereka? Hem... cemburu? Beginikah perasaan itu? Bagai belati tajam
menusuk ke hatinya.
Walaupun baru kali pertama
berjumpa, entah mengapa kehadiran Faris terasa bagaikan menarik perhatiannya.
Ada ketikanya tanpa sedar mata Fazila merenung ke wajah Faris, mengharapkan lelaki juga
menyedari kehadirannya. Tapi, dia sedar siapalah dirinya. Terasa bagaikan
terhiris hatinya menyedari hakikat itu.
Dan akhirnya setelah seharian
bersama, Fazila terpaksa mengalah dengan perasaannya. Dia terpaksa akur dengan
hakikat bahawa dia telah terpikat pada Faris. Dia sendiri tidak mengerti
bagaimana dia boleh berperasaan begitu. Hatinya tertanya-tanya, apakah
sebenarnya yang menarik pada diri lelaki itu. Mungkinkah ketampanan Faris, atau mungkin wajah dan
sikapnya yang serius itu yang terasa begitu menyentuh naluri gadisnya. Ternyata
dia cukup berbeza dari Fauzi. Tubuhnya yang tegap sasa, wajahnya yang sederhana
tampan dan suaranya yang garau bagaikan menggetar perasaan Fazila. Pertama kali
dia merasakan perasaan sebegitu terhadap seorang lelaki.
Dan ada ketikanya apabila dia merasakan
seperti sedang di perhatikan oleh Faris. Bila dia berpaling ke arah lelaki itu,
dan mata bertentangan, dadanya jadi berdebar-debar. Angaukah dia? Atau
sebenarnya hati gadisnya sudah ditusuk dengan panahan asmara lelaki itu? Ah... sungguh
dia buntu dengan keadaan itu.
Namun, semua ini bagaikan tidak
bermakna buat Faris. Fazila tahu dia bukan seorang yang menarik di pandangan
mata Faris. Jika tidak, pasti Faris sudah menegur atau cuba berbicara dengannya
bila saja ada waktu yang terluang. Bukankah itu yang selalu dilakukan oleh
lelaki bila ada gadis yang menarik perhatiannya? Pun begitu Fazila masih lagi
mengumpul anganan. Mengharapkan sesuatu akan dilakukan oleh Faris demi untuk
memulakan kata bicara di antara mereka.
Bila petang menjelma dan mereka
sudah dalam perjalanan untuk menghantar dia dan Kak Rini pulang, hati Fazila tiba-tiba
menjadi cukup sayu. Tidak mungkin hari seperti ini akan berulang kembali dalam
hidupnya. Terasa seperti satu kehilangan menerpa di sudut hati. Ya, dia kini
sudah merasakan kehilangan lelaki itu kerana tidak ada sesuatu pun yang dia
lakukan demi untuk memberikan dia harapan bahawa mereka mungkin akan dapat
berkenalan, malah mungkin akan jadi lebih mesra. Sebagai seorang gadis, naluri
malunya tidak memungkin dia untuk
memulakan sesuatu di antara mereka. Dia terlalu malu untuk itu. Dan cukup dia
resah bila pandangan mata Fauzi bagaikan dapat membaca perasaan yang bergelodak
dalam hatinya. Nasib baik Fauzi hanya mendiamkan sahaja, Cuma senyuman di
bibirnya sahaja yang seakan-akan berkata, ‘ha... Fazila...’ membuatkan makin
perasaan malu memasung lidahnya dari terus berbicara mesra bersama Fauzi
seperti kebiasaannya.
****
“Mak aku nak datang merisik
engkau esok,”
Kata-kata Fauzi yang kedengaran
begitu polos sekali berbicara membuatkan Fazila tersentak. Hampir terlepas
gagang telefon yang sedang dalam genggamannya saat itu.
“Kami memang cadang nak balik
esok, tapi lepas semuanya selesai. Kalau kau setuju, dia nak terus meminang.,”
Makin Fazila terkejut dibuatnya
mendengarkan kata-kata itu.
“Apa ni Fauzi...?”
“Apa ni apa..., kau tak dengar ke
apa aku cakap tadi?” tanya Fauzi dengan nada gembira. Bila Fazila diam, dia
terus menyambung ayat, “ok, aku ulang... mak aku nak meminang kau, faham?”
“Saya... saya...,” tergamam lagi
Fazila mendengarkan kata-kata itu.
Semua ini bagaikan mimpi buat
Fazila. Belum pun hilang penat seharian menjadi tourist guide mereka, malam ini dia dikejutkan pula dengan berita
ini. Sungguh aku tidak mengerti dengan keadaan ini.
“Tapi Fauzi, hari tu kan saya dah
cakap ... saya tak boleh terima awak. Saya ingatkan awak faham maksud saya. Kita
sebaya, nanti kalau kita bergaduh, orang nanti cap saya ni queen
control pulak. Memang hari ni tak nampak beza umur kita, tapi esok bila
dah...,”
Fazila tidak mampu menghabiskan
kata-kata. Segan rasanya untuk menyebut perkataan itu.
“dah apa.... dah kahwin...? dah beranak
pinak...? dah tua....?”
Sampuk Fauzi bagaikan mengerti
apa yang ingin Fazila sampaikan.
“Emmm....mmm...”
“Engkau takut nanti engkau nampak
lebih tua dari aku masa tu?”
“Emm... mmm..,” aku masih lagi
teragak-agak.
“Tak usah risaulah pasal tu...
habis, kenapa pulak kalau kau nampak lebih tua dari aku... masa tu kan kau dah
jadi kakak ipar aku, memang sepatutnyalah kalau kau tu nampak lebih tua dari
aku...,”
Entah mengapa kata-kata itu
bagaikan menyentap tangkai hatinya. Lutut Fazila terasa lemah dan longlai,
seperti tidak percaya apa yang aku dengarkan sebentar tadi. Kakak ipar? Apa
maksud Fauzi?
“Mak aku nak pinang kau untuk
Farislah.... jelouse aku kau tau...aku
nak kat kau, tapi kau tak nak kat aku. Sayang pulak rasanya sebab aku berkenan
betul dengan kau ni. Jadi aku ceritalah pada mak aku. Kebetulan Faris tengah
mencari.... ,”
Bla...bla... bla.. Dan kata-kata
selanjutnya seperti sudah tidak Fazila dengari lagi. Terkejut tidak terhingga dengan
apa yang disampaikan oleh Fauzi. Bagaikan orang yang sedang bingung, Fazila
langsung tidak menyedari apabila Fauzi bertanyakan samada dia bersetuju atau
tidak untuk mereka datang merisik. Dan bagaikan faham dengan keadaan dirnya
yang dalam keadaan terkejut, Fauzi
meminta untuk berbicara dengan emaknya.
Fazila masih lagi dalam keadaan
terkejut apabila Puan Norhayati meletakkan gagang telefon ke tempatnya setelah
selesai berbicara dengan Fauzi. Emaknya lantas memeluk tubuh Fazila sambil membawa
anak gadisnya itu duduk di sofa berhampiran dengan Encik Dahlan.
“Emm... mereka datang nak tengok
Ila sebenarnya. Buat olok-olok ajak Ila jadi pemandu pelancong. Padahal nak tengok bakal menantu...,” meleret suara emak
menyampaikan berita kepada abah. Senyum
terukir di bibirnya. Dan suaranya kedengaran di telinga Fazila seperti
mengusik.
“Ada apa ni Yati?” tanya abah tanda
turut tak mengerti.
“Ini hah, Kak Hasmah.... minta
izin dengan saya, nak dagang merisik Ila. Kalau kita setuju, dia nak terus
datang meminang. Ye lah... mereka tu jauh. Kiranya datang ni buat sekali arung
lah,” jelas emak pada abah. Fazila yang bingung turut mendengar. Masih lagi tak
mampu untuk berfikir dengan waras. Terasa bagaikan tidak berpijak di bumi nyata
lagaknya.
“Amboi Ila, pandai ye sembunyikan
hal ni? Mak kamu yang cekap menelah orang ni pun tak dapat menangkap tujuan
sebenar mereka tu datang.” Usik abah pula.
“Ila tak tau abah... mak...,
mereka tak cakap apa-apa pun. Ila pun tengah terkejut ni.” Rungut Fazila dengan
perasaan yang sungguh tidak dimengertikan.
Jauh di sudut hati, terselit rasa
bahagia. Sungguh dia tidak menyangka sebenarnya ada agenda lain yang
terselindung di sebalik ajakan mereka pagi tadi. Rupa-rupanya di luar sedar, keluarga
Fauzi ingin dia dan Faris bertemu dan berkenalan. Patutlah Fauzi galak
mengusik, Makcik Hasmah dan Farisya asyik senyum meleret dan Faris.... Ah,
lelaki itu....
Sungguh Fazila tidak menyangka
yang Faris sebenarnya menyembunyikan hasrat hatinya sepanjang hari. Mati-mati dia
menyangka yang Faris tidak langsung
tertarik kepadanya. Dalam sikap selambanya, rupa-rupanya ada sesuatu yang
tersembunyi di sebalik renungannya yang sekali-sekala jatuh ke wajah Fazila.
Tapi, benarkah begitu? Tidakkah semua ini terlalu terburu-buru? Minda Fazila bagaikan
masih belum mampu menerima kejutan ini.
“Habis, Yati jawab apa?”
“Saya jemput mereka datang la.
Tak kan nak tolak pulak kan? Cuma, saya beritahu mereka, jawapannya kenalah
tanya empunya diri dulu,” kata emak samil matanya kembali melirik ke wajah anak
gadisnya. Abah turut senyum sambil matanya cuba meneka apa yang ada di dalam
hati anak gadisnya itu.
“Hah macamana Ila? Setuju ke
mereka nak datang ni?”
Fazila hanya diam, hanya mampu
memandang tepat ke dalam mata emak. Tidak pasti apa jawapan yang dia patut
berikan. Dalam bahagia terdetik rasa curiga di hatinya. Sejak bila Faris mengenali
dirinya? Adakah Fauzi yang menceritakan tentang dia kepada Faris tanpa
pengetahuannya? Bukankah dulu, Fauzi yang beria-ia suka padanya, tapi kini
mengapakah pula dia akan dirisik untuk abangnya? Adakah kerana Fazila pernah menolak permintaannya untuk menjadi teman
wanitannya menyebabkan Fauzi memperkenalkan dia kepada abangnya. Dan,
apakah perasaan Faris terhadapnya? Sukakah Faris kepadanya? Atau terlalu
terdesakkah lelaki itu sehinggakan sanggup meminang dirinya tanpa ada sekelumit
pun perasaan terhadapnya? Terlalu banyak persoalan yang merasuk mindanya saat
itu.
5 comments:
Eheee best2...bila diorg nk kawin eh? X sabarrr
ini la dia...kalo dh start bce x sb nk tgu next episod....akak cpt sbung..hehehehehe
Hehe... tunggukan tau Roza... :)
Bila nak sambung cerita ni? Tak sabar....
on the way Anon... :) tunggu ye...
Post a Comment