Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


Bab 19

“Apa...?”

Mai diam mendengarkan nada terperanjat dari Irfan. Dia sememangnya sudah menjangkakan  Irfan akan marah. Dia sendiri tidak mengerti mengapa harus dia menceritakan semua itu kepada Irfan. Bukan wang Irfan yang dia minta. Semua itu adalah wang dari simpanannya.

“Dah lah Mai tak cakap masa nak pergi kampung dia. Terus senyap aje hilangkan diri. Balik dari outstation, abang cari Mai tak ada. Mai tau tak betapa rindunya abang pada Mai sepanjang dua minggu kat sana. Jauh dari Mai, tak dapat nak tengok Mai. Bila Mai balik, ini pulak yang abang dengar dari Mai ...,”

“Abang... tak kanlah semua yang Mai buat kena beritahu abang. Kita bukan suami isteri lagi..,” kata Mai geram.

“Tak payahlah Mai nak ingatkan abang dengan perkara tu lagi. Tiap kali Mai cakap macam tu abang rasa bersalah dan menyesal. Tapi, perkara macam ni perkara besar. Mai sepatutnya tanya abang dulu tentang keputusan Mai tu. Duit yang Mai bagi kat dia banyak tau Mai. banyak...,”

“La... sebelum ni pun kan abang memang nak bagi duit kat dia supaya dia kahwin dengan Mai? Bukan ke abang yang ada niat nak jual Mai pada dia? Jadi tak salahkan kalau Mai bagi duit tu pada dia...,” keras nada suara wanita muda itu singgah di telinga Irfan.

Kata-kata itu membuat dia dihujani seribu kekesalan lagi. Buat seketika, dia terdiam tak mampu untuk membalas kata. Dia mengeluh melepaskan beban yang menimpa kepalanya. Kemudian dia menarik nafas panjang,   cuba untuk meringankan beban itu. Namun bagaikan tidak mampu untuk dia berbuat begitu.

“Memanglah... Memanglah hari tu abang ada niat macam tu. Nak bagi dia duit, tapi bukan untuk jual Mai. Abang minta Mai jangan sekali-kali cakap macam tu lagi. Lagipun, bukannya banyak sangat duit yang abang nak bagi dia. Untuk belanja dia kahwin dengan Mai semuanya abang dah tanggung. Dan bila dia ceraikan Mai nanti, abang memang pun nak bagi dia lima ribu ringgit sebagai saguhati. Bukan atas dasar upah macam yang abang niatkan masa awal-awal minta dia jadi cina buta hari tu. Tapi sekarang ni, Mai bagi dia sampai dua puluh ribu ringgit...  banyak tu Mai ...,” katanya kembali setelah lama diam berfikir. 

“Dia perlukan duit tu bang.... lagipun dia suami Mai. Tak salah Mai cuba ringankan beban suami Mai,” jawab Mai sinis.

Jawapan yang membuatkan hati Irfan bagaikan terhiris bila mendengarkannya. Untuk meringankan beban di hatinya itu dia cuba meraih jemari Mai yang duduk di sebelahnya dalam kereta yang terparkir di kawasan parkir Taman Tasik Shah Alam. Cepat-cepat Mai melarikan tangannya dari diraih oleh Irfan. Membuatkan Irfan sedikit terkejut dengan perlakuan sepontan Mai itu. Selama ini Mai tidak pernah menolak jika dia ingin memegang jari jemari bekas isterinya itu. Malah dia tahu kalau dia ingin memeluk Mai pun, pasti wanita itu tidak akan menolak. Namun selama ini dia terus mengelak dari melakukan sebegitu kerana dia tahu, jika itu yang dilakukan, pastinya dia dan Mai akan terjebak ke dalam sesuatu yang akan mereka sama-sama kesali nanti.

Mai cuba untuk menangkis debar di dadanya. Entah mengapa dia merasakan tidak mahu disentuh oleh Irfan. Tidak seperti hari-hari lalu sewaktu mereka bertemu untuk berbicara. Entah mengapa semua itu dirasakan tidak kena baginya kini. Terasa bagaikan sepatutnya ada jurang yang memisahkan mereka.

Sebaik sahaja Mai  keluar dari kawasan sekolahnya tadi, Irfan menahan dan terus menaiki keretanya. Lantas mengarahkan dia untuk memandu ke sini. Ingin berbicara katanya. Dan dia cukup terkajut sekali bila mendengar Irfan memarahinya kerana menghilangkan diri selama dua hari untuk melawat emak mertuanya yang sedang sakit. Dan bila dia membuka cerita tentang  masalah Syamsul  untuk menjelaskan mengapa dia pergi ke sana, dia dimahari lagi. Sungguh dia merasakan tidak adil baginya dimarah sebegini oleh Irfan.

“Mai... tolong  jangan cakap...  yang Mai... dah jatuh cinta... pada dia...,” tersekat-sekat suara Irfan menduga hati bekas isterinya. Kata-kata yang buat Mai terkedu seketika. Tidak pernah terlintas sedikit pun di hatinya akan kemungkinan itu. Mana mungkin dia jatuh cinta pada lelaki itu dalam tempoh yang begitu singkat. Bukan... bukan cinta yang dirasakan. Hanya satu perasaan memiliki dan dimiliki sahaja. Ia, itu yang sebenarnya. Dan untuk mengesahkan semua itu dia menggelengkan kepalanya. Cuba untuk meyakinkan Irfan dan dirinya sendiri.

“Abang... dia baik bang. Dia sanggup tolong kita... dia jaga diri Mai, maruah Mai. Dia hormati kehendak Mai untuk tidak bersama walaupun dah lebih sebulan bulan kami tinggal sebumbung...,” ucap Mai perlahan. Cuba untuk tidak memperkatakan lagi soal ini. Dia tidak sanggup untuk memberitahu bahawa dia dan Syamsul  sudah pernah bersama. Entah mengapa dia merasakan Irfan tidak perlu tahu itu semua.

“Dia  tak pernah usik Mai ...?  Sampai hari ni..?” perlahan Irfan bertanya.

Hati Irfan berdebar-debar menantikan jawapan dari Mai. Tetapi Mai tetap diam, membuatkan terasa ada ragu di hatinya terhadap sikap Mai itu.

“Mai...,”

“Bang... nanti kalau semua dah selesai, Mai akan cakap pada abang,” cepat sekali Mai memotong apa sahaja kata-kata yang mungkin akan keluar dari mulut Irfan. Tidak lagi mahu membicarakan hal itu.

“Bila Mai? Bila semua ni akan selesai? Abang dah tak sanggup tunggu lagi,” bisik Irfan. Untuk seketika Mai bagaikan terkedu. Hatinya tertanya-tanya mengapa kini dia tidak lagi merasakan seperti apa yang Irfan rasakan?  Sudah berubah hatikah dia?. Ah ... sungguh dia keliru....

“Emak dia sakit bang.., dan dia terpaksa jaga mak dia tu. Nanti bila lepas operate, things will be back to normal. Jadi, masa tu nanti Mai akan selesaikan semuanya dengan dia,” akhirnya Mai menjawab kata-kata Irfan demi untuk menyenangkan hati lelaki itu. Walaupun di hatinya sendiri terhimpun sejuta keraguan dengan apa yang dirasakan saat itu.

****

Pagi itu awal-awal lagi Mai telah siap dan bertolak ke sekolah pada kira-kira jam 6.45 pagi. Setengah jam kemudian dia telah berada di sekolah. Seperti biasa dialah yang pertama tiba di bilik guru. Selepas meletakkan beg kerjanya di mejanya dalam bilik guru, dia bergegas ke bilik pusat sumber. Hari ini dia tidak bertugas mengawal peperiksaan, maka dia berhajat untuk menyiapkan tugas pusat sumber yang sememangnya sentiasa berlambakan. Minggu lepas dia telah menerima penghantaran beberapa buah alat pandang dengar yang telah dibeli oleh pihak sekolah.  Peralatan itu perlu direkodkan terlebih dahulu sebelum ia boleh di letakkan di bilik pandang dengar untuk kegunaan pelajar. Walaupun dia boleh melakukan tugas merekod peralatan-peralatan tersebut semasa cuti sekolah akhir tahun nanti, dia tidak suka menangguhkan kerja. Jadi sementara ada masa terluang, dia ingin menyelesaikan segala tugas-tugas yang masih belum selesai.

Dalam dia begitu asyik melaksanakan tugasnya itu, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Dia menatap skrin telefonnya dan di situ terpapar nama sipemanggil iaitu Syamsul. Dan saat itu juga hatinya berdetak laju. Debar yang datang tiba-tiba itu bagaikan  membuat lututnya terasa lemah dan longlai. Aduhai... penangan aura lelaki ini begitu kuat dirasakan. Tiap kali mengenangnya kini, bagaikan terhenti detik dan waktu.

“Halo...,” dalam debar dia menjawab telefon. Menanti suara itu menyahut sapaannya.

“Assalamualaikum kak..,” sepatah kedengaran suara riang seorang perempuan memberikan salam. Shuhaida rupanya. Dan entah mengapa sedikit rasa kecewa singgah di pinggir hati Mai. Bukan suara ini yang diharapkannya sebentar tadi.

“Waalaikummusssalam Ida...,” sedaya mungkin dia cuba untuk menceriakan suaranya. Tidak ingin rasa kecewa sebentar tadi dapat dikesan oleh Shuhaida.

“Apa khabar kak?”

“Baik... macam mana semua kat sana..? Mak ok ke?”

“Ok kak.. semuanya ok... pasal mak la Ida telefon ni. Doktor dah putuskan nak bedah dia  petang ni.. pukul dua petang katanya,”

“Ia? Alhamdulillah... baguslah kalau macam tu. Harap semua akan selamat nanti,”

“Insyaallah kak... doktor dah jamin . Kalau tak ada masalah lain, selalunya semua pesakitnya akan ok dalam masa dua tiga hari. Tapi kak, ada satu lagi berita baik kak..,”

“Apa tu Ida...?”

Mendengarkan kata Shuhaida, hatinya turut berdebar. Bagaikan sangat teruja untuk mendengar apa yang ingin disampaikan kepadanya.

“Orang  dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tu baru aje telefon abang sekejap tadi... Dia cakap permohonan bantuan rawatan mak tu dah lulus. Jadi tak ada masalah la tentang bayaran tu...,”

“Ia? Alhamdulillah.... ,” jawabnya dengan nada gembira.

“Abang cakap, duit Kak Mai tu nanti dia akan bagi  balik pada akak. Dia minta akak SMSkan nombor akaun akak...,”

Terperanjat deengan kata-kata Shuhaida itu, membuatkan Mai terdiam seketika. Ah, begitu cepat Syamsul  cuba untuk menyelesaikan urusan antara mereka. Mungkinkah begitu cepat dia akan melepaskannya nanti. Entah mengapa bagai ada sedikit rasa terjerut di hati.

“Ida... biarlah dulu hal duit tu. yang penting sekarang mak sihat. Pasal duit tu nantilah kita bincang semula ok? Lepas semua dah selesai nanti,”

“Tapi kak... abang minta akak bagi nombor akaun akak tu dulu..,”

“Dia ke mana ni Ida? Kenapa pulak Ida yang telefon akak?”

“Dia tengah bercakap dengan doktor tu. Dia yang minta Ida telefon akak. Ida tak ada telefon... jadi Ida gunakanlah telefon dia ni.”

“Ok... tak apalah kalau macam tu. Ida kirim salam ye pada abang Syam,” perlahan dia menyebut nama itu. Entah mengapa dia tidak mengerti, terasa ingin sekali dia memanggil lelaki itu begitu. Dan terasa bagaikan terbelai hatinya bila menyebut nama itu.

“Ok... nanti Ida sampaikan. Istimewa dari akak. Kenapa akak tak telefon dia sendiri... cakap rindu... ,” usik Shuhaida sambil ketawa. Usikan yang membuat wajah Mai terasa panas disebabkan rasa malu.

“Ida ni...,” ucapnya perlahan sambil turut sama ketawa. Kalaulah Shuhaida berada di hadapannya, pasti akan dapat melihat rona merah di pipinya.

“Nanti petang akak telefonla dia, cakap rindu... ,” kata Mai, cuba untuk menyakinkan dirinya sendiri bahawa dia cukup berani untuk berbuat begitu. Dan pecah lagi tawa Shuhaida di hujung talian.

“Ok... nanti Ida bagitau abang, suruh dia tunggu..,”

“Hish.. Ida ni... jangan la...,”

“La... kenapa pulak? Akak malu ya..?’ usik Shuhaida lagi.

“Tak... Cuma nak bagi.. emm.... kejutan... pada dia,” kata Mai teragak-agak. Buat pecah lagi tawa di bibir Shuhaida. Dan dia sungguh merasa bersyukur kerana mereka hanya berbicara dalam telefon. Jika tidak, pasti Shuhaida dapat mengesan kekalutan yang dirasakannya saat itu.

Petang itu ketika Mai menelefon Syamsul  untuk bertanyakan khabar, dia sememangnya memberikan kejutan kepada suaminya itu apabila dia memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung hari minggu akan datang. Rasa gembira yang menyelubungi hati anak muda itu bagaikan tidak mampu rasanya untuk dibendung. Sudahlah emaknya telah selamat menjalani rawatan angioplastinya. Dan kini isterinya akan kembali lagi untuk menjenguk orang tua itu. Biarpun Syamsul  tahu kehadiran Mai ini hanyalah untuk mengaburi mata semua tentang betapa perihatinnya dia sebagai seorang menantu, namun rasa gembiranya itu tetap terasa. Membawa senyum yang tak lepas dari bbir lelaki itu.

“Wah... abang.. gembiranya lepas dengar suara kak Mai. Rindu ye? Itulah... pagi tadi Ida suruh cakap sendiri dengan Kak Mai, abang tak nak...,” usik Ida bila melihatkan abangnya itu tersenyum sendirian selepas mematikan talian telefonnya. Dia tahu abangnya pasti sedang merasa cukup gembira kerana amat jarang sekali dia kelihatan tersenyum sendirian begitu. Selama ini hidupnya sering dibaluti dengan kesedihan, hinggakan terlalu jarang sekali dia tersenyum bahagia. Dan Shuhaida tahu, sekali abangnya itu tersenyum, menunjukkan dia sememangnya sedang bahagia. Buat dia juga turut merasakan amat teruja sekali.

“Dia nak balik lagi hujung minggu ni..,” kata Syamsul  sambil senyum.

“Ia...?” ucap Shuhaida dengan nada yang cukup teruja.

Syamsul  hanya menganggukkan kepalanya. Suara Mai yang didengarnya melalui telefon sebentar tadi terasa bagaikan air yang mengelus nyaman di hatinya. Baru sahaja lima hari mereka berpisah, terasa seperti sudah bertahun tidak bersua. Setiap detik yang dilalui bagaikan tak mampu untuk dihitung lagi. Setiap kali nama Mai terlintas di hatinya ada getar rindu yang dirasakan. Buat dia yakin dengan perasaannya terhadap isterinya itu. Namun, segala itu bagai hanya satu anganan. Tidak  mungkin Mai akan membalas rasanya itu.  Pun begitu, masih dia merasakan ingin terus melayani rasa rindu yang bergetar di dada. Mungkin buat seketika  ini, cukup bagi dia berpegang kepada apa adanya. Mungkin untuk seketika ini biarlah dia dibuai oleh angan yang dicipta dalam mindanya. Dan bila sampai waktu perpisahan itu nanti, sekurang-kurangnya dia ada sesuatu yang indah untuk dikenang. Dan, tanpa dia sedari, perlahan dia menyebut nama Mai. Mengharapkan Mai turut sama sedang mengingatkannya. Biarpun untuk sesaat cuma.

19 comments:

Kk Zen said...

nampaknya hubungan syamsul dan mai semakin kukuh..
ada perasaan rindu yang bertamu.ada getar cinta dalam hati masing2 hehe..best kak Hanni..

roza mamat said...

Bestnye sabar nk tgu mai blik kg...bila tu yer...jgn lama sgt yer...

Anonymous said...

agak pendek..tp cukup untuk melerai rindu
sy menantikan momen cinta mai n syam, ahaks!
-che`leen-

kak na said...

biar la mereka berdua bahagia....ignore irfan tu

nzlyna'im said...

kak ....bergetar jiwa bile bace part nie
syam n mai semoga bahagia milik kamu

Anonymous said...

aaaa..rindu jgk kat syam...hahaha..

awt pndek sgttt...

abaikan sj irfan tu..biarlah mai bhgia dgn syam..harp2 mai prgnant nti..hehe..mloponglah irfan..pdn muka..haha..

::TR::

Anonymous said...

Walau bagai pungguk merindukan bulan yang kerap dilitupi awan gelap persis di musim tengkujuh, namun bila ianya berlalu, bulan bercahaya indah sekali buat si pungguk mampu melerai rindu yang bertamu walau seketika, begitulah umpamanya menanti Laila menyambung n3nya... menuntut kesabaran yang bukan sedikit namun hasilnya amat mengagumkan... Laila.............. jangalah 1 bulan 1 entri.. parah Rosy tunggu.. publish jelah... ;-)

Miss FF said...

thank akak... terubat rasa rindu kat syam dan mai.... (^_^).... waiting for the next episode~

Anonymous said...

Terdapat perbezaan fakta Mai berada di Kampung Syam.. 2 minggu atau 2 hari sekiranya dibaca di perenggan 3 dan 12..

Anor said...

Harap sgtlh Mai dh jatuh cinta dgn Syamsul. Usalah Mai balik
semula pada Irfan biarlah dia terus menjadi isteri Syamsul
hingga keakhir hayat ye penulis... cepatlah sambung lagi rasa
tak sabar nak tunggu n3 baru pula....

Anonymous said...

nak Mai dengan Syamsul..abaikan Irfan...kak Laila walaupun lama menunggu n3 baru..tapi memang berbaloi-baloi...bestttt...

laila said...

emmm... dua minggu tu merujuk pada masa irfan out station. sorry atas silap tu.. nanti akan diperbaiki... thanks pada komennya ye... ^_^

erica71 said...

sy juga suka la mai gan sham....satu pengajaran wat lelaki cam Irfan...gila talak!!

has_1309 said...

Akhirnya, ada juga n3 baru. dah lama saya tunggu kisah mereka berdua. Tapi kenapa sikit sangat, x puas rasanya. X sabar nk tgk Irfan gila talak sebab Mai dah jatuh cintan kat Syam.

Seorg Wanita said...

Ala, pendek jer entry ni.. Belum sempat melepaskan rindu pada Mai & Syam ni.. :-)

Tak suka Mai gi jumper Irfan, tapi moga-moga lepas ni dia sedar Irfan dah tak ada dlm hati dia...

Tak sabar nak baca entry Mai gi jumper Syam lagi kat kampung... mungkin kali ni dah boleh jumper mak mertua... :-)

Thanks, K.Laila

Anonymous said...

bestnyer... walaupun pendek ajer citernyer..
hope syamsul & mai will be happy together forever..
lepas tu ada anak and family and hopefully anak2 syamsul can accept mai as their stepmom to replace their mom..

k.mimi said...

terujenye akak baca cite laila kali ini lain dari cerite yg lain2 tu walau bagaimana pun cerite2 laila memang sentiasa akak tunggu. Ape kata kite ikat Mai dgn Syam dengan kehadiran orang baru dalam rahim Mai hasil sentuhan pertama dulu tentu kalut si Irfan nanti....

fauziah said...

Laila, bila nak smbg ni. Dah puas baca dr bab 1 hingga ke bab 19. Best sgt citer ni. Cara olahan pun teratur.

roza mamat said...

Saya suka.idea ni...bestkn...hehhehe biar mai terus bsma ngan shamsil...lantak la ngan irfan tu heheheh

Post a Comment

Popular Posts