Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


 

Kisah yang dipaparkan di dalam TMC adalah tentang kesetiaan dan kekuatan diri Fazila untuk membuat pilihan. Apabila kedua-dua ibu dan bapanya menerima peminangan anak kawan lama mereka untuk dirinya, Fazila menerima pertunangan itu dengan tangan terbuka. Dia begitu mengharapkan perhubungan ini akan membawa  sesuatu yang lebih baik untuk kedua-dua keluarga. Tanpa rasa cinta dia mengharapkan tunangannya, Abang Faris, untuk memulakan perhubungan mereka sehingga membawa ke jinjang pelamin. Namun hari demi hari sikap dingin Abang Faris membuatkan dia kecewa.

Terlalu banyak misteri dalam hidup Abang Faris yang tidak dia ketahui. Tanpa dia sedari misteri itu mula menggugah kekuatannya untuk bertahan dengan cinta yang cuba dia semaikan buat tunangannya. Sikap dingin Abang Faris yang menyebabkan dia terus kecewa. Kenangan lama dalam hidup tunangannya itu rupa-rupanya telah membelenggu diri lelaki itu. Dalam masa yang sama, hatinya mula disapa dengan sebuah perasaan yang tidak dimengertikannya. Amir Hamzah datang dalam hidupnya dan mula menduduki ruang kosong di hatinya. Dia cuba melawan perasaan tersebut, namun perlahan-lahan, keadaan bagaikan begitu kuat mendekatkan mereka, sehingga dia tidak mampu untuk menolak perasaan tersebut.

Namun hubungan akrab mereka terhidu oleh abahnya, Encik Dahlan. Demi untuk memastikan Fazila tidak terus terbawa-bawa dengan perasaannya itu, Fazila dan Abang Faris dinikahkan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Dalam keadaan terpaksa, Fazila memutuskan perhubungannya dengan Amir Hamzah. Namun kehadiran seorang wanita yang bernama Auni dalam hidup Abang Faris membuatkan timbul tandatanya di dalam hati Fazila.

Perkahwinan Abang Faris yang lalu juga membuatkan Fazila merasa hairan dan  merasakan dirinya terpinggir. Setelah jiwanya penat dengan segala pergolakan yang tidak mampu dia fahami, akhirnya sikap berterus terang Abang Faris kembali membuatkan dia sedar hakikat sebuah perkahwinan. Hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?

3 comments:

sharifah muda said...

dah beli dn dh baca ..terbaikkk karya kak laila !!

Sihat Semulajadi said...

Saya pun dh beli.
Mmg x dpt agk lgsg rahsia Faris tu.
Lain dr yg lain.

aishah nin said...

salam ukhuwah dari saya sis :)

Post a Comment

Popular Posts