Bab 14
‘Aku balik
kampung. Emak aku sakit. Kalau ada apa-apa telefon aku. Kat bawah ni nombor
aku.’
Mata Mai menatap pada nota kecil yang ditulis untuknya.
Biarpun tanpa nama, dia tahu nota itu adalah dari Syamsul. Tiba-tiba terasa
bagaikan terjerut hatinya. Airmata kembali merembes di tubir mata. Dalam sedu
yang tiba-tiba datang Mai duduk di sofa berhampiran. Terasa lemah lututnya, tak
mampu menanggung berat tubuhnya. Syamsul telah meninggalkannya. Dia telah pergi
dengan alasan yang sebegitu.
Matanya kembali menatap kertas kecil di tangannya. Nombor
telefon yang dicatit di atas nota itu dibaca satu persatu. Selama ini dia tidak
pernah ambil tahu tentang nombor telefon lelaki itu. Mereka tidak pernah
berhubung antara satu sama lain melalui alat telekomunikasi itu. Dan tiba-tiba
tanpa sedar airmatanya menitis di atas kertas kecil itu. Dia menangis. Dia
sendiri tidak pasti mengapa dia harus menangis.
Bukankah dia yang mahu semua ini cepat-cepat berakhir.
Bukankah pagi tadi dia yang nekad untuk mengakhiri semua ini dengan menurut
kata-kata Irfan supaya memberikan hak Syamsul? Bukankah dia yang bertindak
menggoda suaminya demi untuk kembali kepada Irfan? Kini Syamsul telah meninggalkannya. Pasti sengaja alasan
itu direka demi untuk meninggalkannya, sebagai tanda awal perpisahan ini akan
terjadi. Lebih cepat dari tempoh yang dimintanya dahulu.
Selepas sahaja Mai keluar dari bilik Syamsul pagi tadi dia terus menyembunyikan diri di
biliknya. Dia menangis semau-maunya.
Terasa amat malu dengan perbuatannya dan keliru dengan perasaannya. Dan kini
apakah yang dirasakan? Mengapa bila Syamsul
pergi begini dia merasa begitu sedih sekali? Bukankah sepatutnya dia
gembira? Bukankah sepatutnya dia merasa lega kerana sudah mampu meminta supaya
di lepaskan. Tapi mengapa kesal dan sedih sahaja yang ada dalam hatinya ketika
ini?
Dia tidak pasti bila masanya Syamsul meninggalkan rumah. Seribu persoalan bermain
di mindanya. Sambil menyapi airmata, dia mengambil telefon tangannya sambil
mendail nombor telefon Syamsul. Teragak-agak sekali untuk menekan butang hijau
di telefonnya. Namun dia perlu tahu tentang perkara ini dengan lebih lanjut.
“Helo....,” getar suara parau Syamsul dalam telefon sudah mempu membuatkan dia
menggeletar. Segera kenangan waktu bersama pagi tadi melintas di depan matanya,
membuatkan perasaan gementarnya makin
kuat. Mai menarik nafas panjang.
“Assalamualaikum...” sapanya perlahan.
“Waalaikumssalam...,”
“Emmm.... ini saya, ... Mai...,” separuh berbisik dia
memperkenalkan diri.
Diam seketika antara mereka. Mai pasti dia dengar seperti
Syamsul mengeluh, biarpun perlahan.
“Ya... ada apa?”
“Saya... baru dapat mesej awak... Awak... kat mana
sekarang?” tanya Mai teragak-agak.
“Kat stesen bas... malam baru ada bas...,” seperti hambar
sekali suara itu.
“Pukul berapa...?”
“ 10 malam...,”
Mata Mai beralih ke jam di dinding, sekarang baru jam
3.00 petang.
“Emmm... tiket dah beli?”
“Dah...,” jawab Syamsul
perlahan. Seolah-olah bosan dengan pertanyaan demi pertanyaan yang
ditanya. “Kau ni kenapa ni.... asyik bertanya aje... dah penat tau menjawab
soalan kau ni...,” sambung Syamsul lagi.
Terdiam Mai mendengarkan itu. Tidak sangka Syamsul akan berkata begitu. ‘Ah... sebenci itu kah
dia padaku...?’ hati Mai berdetik.
Terbayang wajah Syamsul
yang menatapnya dengan pandangan yang cukup syahdu pagi tadi. Teringat
riak wajah Syamsul yang kebimbangan
terhadapnya selepas mereka bersama pagi tadi. Mengingatkan itu, hatinya
terjerut lagi. Menyesal dengan apa yang dilakukan. Biarpun dia tahu dia sendiri
turut sama menikmati sepenuhnya detik-detik bersama yang mereka lalui pagi
tadi. Namun, hakikat mengapa dia melakukan itulah yang menjerut perasaannya.
Buat dia rasa bersalah pada Syamsul. Patutlah kalau Syamsul marah atau benci padanya. Dia memang selayaknya
dibenci begitu.
“Ada apa ni Mai ...?” tanya Syamsul setelah lama Mai mendiamkan diri.
“A... serius ke sakit mak awak?”
“Adik aku kata dia kena serangan jantung.”
“Serius ke?”
“Manalah aku tahu... ni nak pergi tengoklah ni...,”
“Awak nak balik sekarang?”
“Maksud engkau?
“Kalau awak nak balik sekarang, saya ambil awak kat
stesen bas. Awak pandu kereta saya. Mmmm .... saya temankan awak balik...,”
perlahan Mai menawarkan.
Suara Syamsul yang
tiba-tiba tertawa kuat buat Mai terperanjat. Mengapa dia tertawa sekuat itu?
Mungkinkah menyindir?
“Kau ni.... mengarut ke? Kau nak permainkan aku macam
pagi tadi?”
“Kenapa awak cakap
macam tu?”
“Ialah.... bukannya dekat kampung aku tu. Tujuh lapan jam baru sampai. Itupun kalau aku pandu
laju. Kalau balik sekarang tengah malam baru sampai. Esok belum tentu boleh
balik sini semula. Mak aku pun bukannya boleh cepat sembuh. Hari Isnin kan kau
dah kerja balik... Tak payah nak tunjuk baiklah Mai.... Atau kau semata-mata
nak tunjuk yang kau ni isteri solehah.... temankan suaminya sepanjang masa....
tak payahlah Mai ...”
Kata-kata Syamsul
itu bagaikan belati tajam yang menghiris hatinya. Dia menutup matanya,
menyerap pedih setiap patah dari kata-kata Syamsul sebentar tadi.
‘Sampai hati awak cakap macam tu kat saya...,” katanya
separuh merajuk.
“Habis... bukan ke begitu?”
“Tak ada niat pun macam tu... saya cuma nak tolong
awak...,”
“Baiknya hati engkau...,” sindir Syamsul. Kata-kata yang
mengguris lagi hati Mai.
“Tak apalah.... kalau tak mau... saya cuma berniat nak
membantu... Lagipun, saya belum jumpa lagi emak awak. Nanti apa katanya kalau
awak balik sorang. Nanti mesti teruk orang kampung awak mangata saya... sebab
tak ambil berat,”
“Hahaha........ itu sebenarnya kan? Bukannya ikhlas niat
nak tolong... sebenarnya kau takut orang pandang serong kat engkau kan? Bukan
ke engkau memang macam tu? Tak pernah
ambil berat perasaan orang lain....,”
Masyaallah... Mai mengeluh lagi. Dia tersilap cakapkah?
Bukan itu yang dimaksudkannya. Ah... lelaki ini sudah salah anggap dengan keikhlasan
hatinya untuk membantu. Tapi patutkah dia menyalahkan Syamsul? Tidak ....
bukankah selama ini dia yang bersikap begitu? Dia sendiri yang meletakkan
dirinya dalam keadaan begitu. Sehingga Syamsul
berperasangka sebegitu kepadanya.
“Saya..... saya....,”
“Sudahlah Mai ... kau pergilah mengadu kat Irfan, cakap
kau dah boleh mintak cerai. Lepas aku balik nanti kita selesaikan hal kita
ni....,”
“Syam..... sampai hati awak kata macam tu....,” kata Mai
dengan suara yang bergetar akibat tangis yang tiba-tiba datang. Kata-kata yang
membuatkan Syamsul terdiam seketika.
Mungkin terperanjat mendengarkan getar suara Mai itu.
“Kenapa menangis.... bukan ke itu yang engkau nak...?”
sindirnya setelah lama membisu.
“Syam... dah... tolong jangan salah anggap pada saya...,”
“La... salah anggap apa pulak. Itu yang kau nak kan?”
“Tapi... tapi bukan dalam situasi macam ni...,”
“Situasi macam mana Mai? Cakap ......,”
“A...,” teragak-agak Mai untuk berkata-kata. Dia sendiri
pun tidak pasti, keliru, buntu untuk terus berkata-kata.
“Sudahlah Mai .... sudahlah...,”
Terdiam Mai di situ. Tak mampu berkata apa-apa untuk
membela dirinya. Lagipun segala apa yang Syamsul katakan itu benar semuanya. Sikap buruk yang
ditunjukkannya selama ini membuktikan semua itu.
“Sudahlah... aku tak ada masa nak layan orang yang
pentingkan diri macam engkau....,”
Kata-kata Syamsul
itu sekali lagi buat airmatanya menitis lagi. Sedunya pasti didengar
oleh Syamsul kerana kedengaran lelaki
itu mengeluh di hujung talian.
“Sudahlah menangis tu.... lepas aku balik nanti, kita
selesaikan semuanya...,” kata Syamsul
seakan memujuk.
Makin laju airmata yang mengalir di pipinya.
“Oklah... kita berhenti kat sini... bye...., assalamualaikum,”
Talian diputuskan tanpa sempat Mai berkata apa-apa.
Sedunya dan tangisnya makin kuat. Dia hanya mampu merenung telefonnya itu.
Sedikit pun tidak menyangka Syamsul akan
jadi semarah itu. Dan sungguh keliru mengapa dia sendiri merasa begitu sedih.
****
Mata Syamsul
merenung di kegelapan malam. Bas yang dinaikinya meluncur laju
meninggalkan bandaraya Shah Alam menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Ingatannya
sedikitpun tidak mampu dilarikan dari mengingati isterinya. Serba salah
dirasakan, namun itulah yang terbaik bagi mereka berdua. Jika sememangnya Mai
ingin kembali kepada Irfan, dia tidak punya pilihan lain. Walaupun terasa kini
wajah wanita manis itu sudah mula mengambil tempat di hatinya, dia perlu akur
pada hakikat sebenar parkahwinan mereka. Masih terasa lagi kemarahannya pagi
tadi. Masih terasa lagi bagaimana Mai mencalarkan keegoannya sebagai lelaki
apabila dia mengatakan semua yang berlaku tadi adalah kerana Irfan. Tidak
pernah dia merasakan terhina sebegitu sejak 35 tahun kehidupannya. Sewaktu dia
dibenci oleh keluarga mertuanya apabila arwah Suhaila menunggal dunia duhulu pun
dia tidak merasa kecewa sebegini. Sungguh dia tidak mengerti mengapa dia jadi
marah seperti tadi sedangkan sejak mula lagi dia mengetahui sebab utama mereka
menikah. Ya... sekembalinya nanti, dia akan menyelesaikan semua ini secepat
mungkin. Dalam keluhan, dia menutup matanya untuk membuang ingatannya terhadap
Mai. Namun, mana mungkin...
****
Bas ekspress Mutiara yang dinaiki Syamsul itu perlahan-lahan memasuki ruang menurunkan
pelanggan di stesen bas Kota Bharu. Sebaik sahaja berhenti, dan pintu bas terbuka,
pemandu teksi yang sedang menanti pelanggan terus berkerumun di hadapa pintu
bas. Menyebabkan sukar sekali penumpang bas untuk turun meninggalkan bas
tersebut. Syamsul hanya menggelengkan kepalanya. Keadaan masih belum
berubah, bisiknya dalam hati.
Cepat-cepar Syamsul
meninggalkan bas. Dia tidak suka keadaan yang agak kelam kabut begini.
Lantas dia menghampiri seorang pemandu teksi yang duduk agak jauh dari pemandu
lain. Segera dia meminta untuk dihantar ke Hospital Univesiti Sains Malaysia di
mana emaknya ditahan di Cardiac Care Unit (CCU). Dia telah menghubungi adiknya
Shuhaida sebentar tadi dan mereka berjanji untuk bertemu di wad tersebut.
Setiba di wad CCU, HUSM, dia mendapati Shuhaida sudah ada
menunggunya di sana. Selepas bersalaman dan bertanyakan khabar, Syamsul
meminta izin dari jururawat yang bertugas untuk menjengah emaknya
sebentar. Namun, dia di minta untuk datang semula pada waktu melawat tengahari
nanti kerana pada waktu pagi begini adalah waktu untuk doktor membuat pemeriksaan
rutin untk mengenalpasti keadaan pesakit. Lantas Shuhaida mengajaknya ke kantin
hospital untuk sarapan pagi.
“Wawa dengan Nabil macam mana Ida?”
“Sihat bang, sekarang mereka kat rumah Kak Yah. Senang
Wawa nak ke sekolah,”
Syamsul mengeluh
perlahan.
“Abang jangan risaukan mereka. Insyaallah semuanya baik.
Kak Yah pun tak kisah mereka tinggal dengan dia sementara ni. Tapi Ida rasa
macam tak sedap juga nak biarkan mereka tinggal lama dengan Kak Yah. Nabil
tu...asyik menangis aje malam-malam. Cari Tok Wan dia,” rungut Shuhaida.
“Itulah... Abang buntu
juga bila fikir tentang mereka tu. Ida kena jaga mak kat sini. Abang dah
balik ni, rasanya legalah sikit. Bolehlah Ida balik tengokkan mereka...,”
“Isteri abang apa khabar?” perlahan Shuhaida bertanya.
Menatap wajah Syamsul untuk mencari
riaksi wajah abangnya apabila nama isterinya itu disebut.
“Baik... dia kirim salam...,” bohong Syamsul.
Semasa Syamsul
memberitahu dia dan emaknya yang dia akan berkahwin, mereka jadi agak
tertanya-tanya tentang wanita itu. Tambahan lagi apabila mereka tidak pulang ke
kampung untuk diperkenalkan seperti yang dijanjikan oleh Syamsul tempohari. Apabila di tanya, abangnya itu
memberikan alasan bahawa Mai tak dapat mengambil cuti. Suatu alasan yang agak
kurang munasabah dirasakan oleh Shuhaida. Terlalu sibukkah dia sehinggakan
untuk pulang di hari minggu pun mereka tidak mampu. Alasan itu membuatkan
Shuhaida dapat menghidu adanya sedikit keganjilan dalam pernikahan abangnya
itu. Dia pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu kepada emak mereka.
Namun emaknya telah memarahinya dan meminta supaya dia bersangka baik dengan
perihal abangnya itu.
Dan bila menyaksikan sendiri raut wajah Syamsul yang tidak ceria begitu, dia mensyakki bahawa
abangnya tidak bahagia. Syamsul juga
bagaikan tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang perempuan itu.
Menyebabkan Shuhaida bagaikan dapat menghidu bahawa ada masalah yang dihadapi
oleh abangnya. Dia tidak pasti puncanya, tetapi dia pasti akan mengetahuinya
selepas ini. Syamsul adalah seorang yang
suka memendam perasaannya dan jarang sekali berkongsi masalah dan juga
kegembiraannya. Tetapi sebagai seorang adik bongsu yang agak rapat, dia pasti
Syamsul tidak akan marah jika dia
bertanya nanti. Tetapi di saat ini, ada masalah lain yang harus mereka tangani terlebih
dahulu. Soal rumah tangga abangnya itu perlu ditangguhkan dahulu buat masa
sekarang.
“Lepas tengok mak tengahari nanti abang nak balik jenguk
mereka sekejap. Motosikal Ida adakan? Abang pinjam sekejap ye?”
“La abang ni.... kan itu motosikal abang... abang yang
belikan motosikal tu kan?”
Syamsul hanya
senyum sekilas. Sememangnya dialah yang membelikan motosikal itu untuk
kemudahan Shuhaida dan emaknya di kampung. Tambahan lagi, anak-anaknya tinggal
bersama emaknya.
“Abang tak penat ke?” tanya Shuhaida penuh cakna.
“Penat juga...,” keluh Syamsul. Sememangnya dia cukup
penat. Penat kerana tidak mampu tidur semalaman di dalam bas akibat kerana risau
tentang keadaan emaknya. Ditambah lagi
dengan ingatannya terhadap Mai.
“Lepas ni, sementara tunggu masa melawat, abang pergilah
tidur di surau. Petang nanti, abang
baliklah jenguk Wawa dan Nabil. Dia orang pun rindu sangat pada abang tu. Nabil
tu asyik dok bertanya tentang emak baru dia...,”
Syamsul terdiam
mendengarkan kata-kata Shuhaida. Satu
lagi masaalah yang harus di tanganinya bila dia dan Mai akan berpisah nanti.
Tiba-tiba dia menyesal dengan keputusnnya untuk membantu Irfan dan Mai. Sesuatu
yang sepatutnya dielakkan dari berlaku. Namun, dia tidak pernah menyangka semua
ini akan berlaku sebegini. Kalaulah dulu dia mengahwini Mai dan terus
melepaskan wanita itu, tanpa pengetahuan emaknya, bukankah lebih mudah? Tetapi
dia tidak sanggup berbuat begitu. Tidak sanggup merahsiakan perkara seperti itu
dari emaknya. Biarpun emaknya tidak tahu hakikat sebenar pernikahannya.
12 comments:
agaknya mai dah mula rasa sayang pada syamsul begitu juga dengan syamsul...moga ikatan perkahwinan mereka akan kekal hendaknya...
hanni cepat2 bagi n3 baru ya...terima kasih.
hah ! syamsul ada anak, bila selak bab yng awal2 tak dek pon,
aku terlepas pandang ke
aku suka baca e-novel ni, penulis teruskan, bakat anugerah ini datangnya dari Allah.
-seripagi-
Alaaa... pendeknya.. tak puas bacer.. he3x btw, thanks K.Laila.. duk tunggu sambungan SCB ni.
Baguslah Mai dah rasa bersalah, hopefully dia ambil keputusan untuk stay dgn Syamsul..
Sama macam seripagi, tak sangka pulak Syamsul ni ada anak.. Mai pun mesti tak tau, kan? Hopefully Syamsul akan fikir panjang sebelum ambil keputusan...
aduhai mai...fikirla masak2, lelaki sebaik shamsul amatlah satu kerugian kalu dilepaskan begtu aja...cite ni besttttt sgt tapi rasa nak nangessss meraung-raung sbb lamaaaaaaaa sgt baru ada hapdet...huwaaaaaaaaa
suke2...syamsul ade anak??hope mai pikir betul2...syamsul pun, jgn lah garang sgt dgn mai..
hahaha... smua dah lupa ya plot ceta ni. mmg syamsul tu duda ank 2. Mai pun dah pernah tgk gambar budak berdua ni n mai tertarik dgn pemandangan kampung syamsul. aduh sian syamsul sbb mai perasaan dia terluka n sian jgk mai yg masih tak tau apa yg dia nak. keliru akan cinta yg lalu yg masih ada atau rasa tu dah btukar ke syamsul. rasanya mmg ia. klu mai dah sedar, p la kejar syamsul blik kg. pujuk hati suami yg terluka jgn lupa syurga org isteri dibawah tapak kaki suami. so p la minta maaf klu nk dpt keberkatan sambil tu boleh kenal dgn keluarga syamsul termasuk ank2x dia.
salam seripagi....
syamsul memang ada ank... ada mention dalam bab awal2 dulu.. masa syamsul bgtau majikannya Kak Ros yang dia nak kahwin... bab 6 kut... kalau tak silap..
TQ... untuk support ni... :)
Ivory...
tunggu tau next chapter.... hehehe..
Nora....
hehehe... sowie... cibuk cikit skrg nih.... adoila....
salam.
bestnyer dpt bace en3 bru SCB..
tiap hari sy tgu update bru SCB kak hanni
lame sgt tgu smpai trlupe jln cite SCB..
hrp2 mai x brcerai ngan syamsul..
x nak mai dgn irfan..
kalo mai ngan syamsul, xde anak pon xpe sbb dh ade anak segera..heehehe..
sy jatuh cinta ngan novel kak hanni, SYURGA DI WAJAHMU..
x sbr nk tggu SCB dipublishkan...
Suka sgt dgn Syamsul..
biarkan Mai mengandung..hehehe..x boleh la cerai lps tu..
kalau boleh nak baca tentang syamsul & Mai jek plus Irfan sikit2..
sian...
betul. siyes suka novel ni, xlaa stereotaip je. cpat la msuk n3 bru XD
Post a Comment