Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


Bab 13
Perlahan jari jemari halus Mai mengusap baju tidur nipis yang pernah dihadiahkan oleh Irfan pada hari jadinya dua tahun yang lalu. Baju berwarna merah terang itu sering dipakainya ketika bersama Irfan dahulu. Namun sejak mereka berpisah ia tersimpan kemas di dalam almari. Tak pernah dikeluarkan lagi.
Namun hari ini dia mengeluarkannya hanya untuk satu tujuan. Semalam Irfan begitu meyakinkan apabila menyatakan hanya ini yang akan membuat mereka dapat kembali bersama. Irfan meyakinkan dia jika dia dan Syamsul  bersama, dia akan mendesak lelaki itu melepaskan Mai. Maka dengan perasaan serba salah, dia mengambil keputusan untuk menurut kata-kata Irfan. Biarlah apa juga yang akan dikatakan oleh Syamsul. Biarlah kalau Syamsul  akan mengutuknya kerana sebelum ini dia yang nekad untuk tidak bersama suaminya itu dalam masa terdekat ini. Memang dia yang pernah memberi tempoh tiga bulan untuk mereka mengharungi hubungan ini. Namun desakan Irfan semalam membuatkan dia akur. Untuk  menyelesaikan segalanya, dia terpaksa melakukan ini. Biarpun terasa hina bila terpaksa melakukan ini semua. Semuanya hanya kerana Irfan.
Dengan hati-bati Mai menyarungkan baju nipis itu ke tubuhnya. Dia tahu, sebentar sahaja lagi Syamsul  akan pulang dari solat Subuh di masjid. Dia perlu berada di tingkat bawah rumahnya untuk memastikan Syamsul  dapat melihat tubuhnya dalam keadaan yang menggiurkan begitu. Dia mesti menggoda Syamsul  supaya mereka akan bersama. Lebih cepat Syamsul terpikat dengan godaannya, lebih cepatlah dia dapat keluar dari belanggu ini. Dan cepat jugalah dia dapat kembali kepada Irfan. Dia nekad.
Mai menyembur minyak wangi ke tubuhnya, dan cepat-cepat turun ke bawah untuk menunggu Syamsul. Biasanya jam 7.00 pagi begini Syamsul  akan sampai. Agak lewat sedikit dari hari-hari lain kerana di pagi Sabtu dan Ahad ada ceramah agama yang diberikan selesai solat Subuh. Pernah sekali Syamsul  mengajaknya untuk turut sama bersolat di masjid pada hari minggu begini, tetapi tidak diendahkannya. Cuma dia berjanji kepada Syamsul  untuk solat di awal waktu. Dan selalunya selepas bersolat dia akan kembali tidur hinggalah ke lewat pagi. Rutin hari minggunya itu sedikitpun tidak berubah biarpun kini dia sudah punya tanggungjawab terhadap suami. Ah... peduli apa, bukankah dia tidak akan kekal lama dengan Syamsul. Jadi untuk apa dia melayan Syamsul  seperti yang sepatutnya. Mungkin dengan itu Syamsul  akan cepat bosan dengan sikapnya dan akan tidak akan teragak-agak untuk melepaskannya bila sampai masanya nanti. Dalam dua minggu tempoh perkahwinan mereka, telah menyaksikan  ketegangan demi ketegangan dalam hubungan mereka. Mai cuba sedaya mungkin mengelakkan diri dari terserempak dengan Syamsul. Pulang dari sekolah selewat mungkin, sehinggalah dia pasti Syamsul  sudah meninggalkan rumah untuk ke restoren. Selalunya dia hanya menyediakan sarapan pagi yang cukup ringkas untuk Syamsul  dan meninggalkan rumah seawal mungkin sebelum Syamsul  pulang dari masjid. Ah... sungguh dia tahu semua ini tidak sepatutnya dilakukan. tapi jika ini mampu membuat Syamsul  benci padanya, biarkanlah.
Apabila Mai mendengar bunyi motosikal buruk Syamsul  masuk ke perkarangan rumah, dia cepat-cepat ke dapur untuk pura-pura mengambil air minuman. Dia menunggu seketika sehingga dia yakin Syamsul  sudah memasukki rumah. Dengan gelas di tangan dia keluar perlahan dari ruang dapur menuju ke ruang tamu, cuba pura-pura tidak menyedari kehadiran suaminya di situ. Suasana suram ruang tamu yang hanya disinari dek lampu tangga ke tingkat atas membantunya untuk berpura-pura tidak menyedari kehadiran lelaki itu. Sengaja dia membiarkan lampu di dapur terpasang untuk memberikan efek yang lebih mengghairah apabila dia keluar dengan pakaian yang begitu menggiurkan.
Apabila berhadapan dengan Syamsul  yang kelihatan terpaku sedang memandang kepadanya dalam keadaan begitu, Mai berpura-pura terkejut. Air di dalam gelas dikocaknya perlahan bagi meyakinkan lelaki itu yang dia benar-benar terkejut. Dia merenung ke dalam mata Syamsul. Entah mengapa pada saat itu hatinya tiba-tiba berkocak pantas. Menggeletar tubuhnya saat memandang mata yang begitu tajam merenungnyanya. Perasaan takut yang dirasakan saat pertama kali mereka bertemu dahulu kembali menyelinap masuk ke ruang hatinya. Dia hampir lupa pada renungan itu dek kerana sudah hampir seminggu mereka tidak bertemu sejak peristiwa di bilik tidur Syamsul  tempohari. Kekuatan yang dirasakan dek kata-kata Irfan semalam terbang melayang begitu sahaja. Di hadapan nya kini adalah suaminya, yang sedang memandangnya dengan penuh ghairah.
***
Mata Syamsul  mengelus ke segenap inci tubuh Mai. Keindahan  tubuh yang terserlah indah itu langsung tidak mampu dilepaskan dari pandangannya.  Matanya menyelinap ke seluruh ruang di tubuh yang kecil molek itu. Dia menelan air liur. Dia tidak sedar bahawa selama ini dia dalam keadaan yang dahaga dengan kerinduan terhadap belaian seorang wanita. Sungguh dia tidak sedar betapa selama ini nalurinya sedahaga itu. Sungguh selama ini dia terlalu leka dengan kerjanya hinggakan tidak sedikitpun menghiraukan  gadis-gadis yang sering bertandang di restoren. Ada yang cantik, malah ada yang cukup menggoda. Namun semuanya tidak dihiraukan. Semuanya kerana ingatannya terhadap Suhaila. Namun hari ini, bagaikan kucing  yang disajikan dengan ikan bakar di hadapan mata, dia menelan air liurnya lagi.
Sudahkah Mai bersedia untuknya? Bukankah dua minggu lalu Mai mengatakan dia masih belum bersedia? Mungkinkah Mai sudah mengubah fikiran. Seminggu mereka tak bertemu, hanya kelibat Mai sahaja yang sering dilihatnya ketika dia mengintai samada isterinya itu sudah bangun di waktu pagi sebelum dia ke masjid untuk solat Subuh. Mai bagaikan cuba mengelakkan diri darinya. Membuatkan dia tertanya-tanya mengapa itu berlaku. Mungkin Mai takut, dia menduga sendiri. Memandangkan kata-katanya tempohari bagaikan menduga isterinya itu. Ketika dia menduga kemungkinan Mai akan  terus ingin menjadi isterinya nanti.
Dia tidak mengerti mengapa Mai berani turun ke tingkat bawah rumah itu dengan berpakaian begitu. Kalau setakat di tingkat atas, dia tidak peduli kerana memang jarang sekali dia naik ke sana. Dia hanya memerhatikan sahaja samada Mai sudah bangun untuk solat subuh. Selain dari itu tidak pernah dia cuba untuk mendekati Mai. Dia juga bimbang dia mungkin tidak mampu menahan hatinya apabila melihat Mai.
Sebagai lelaki, suami mana yang mampu menahan hatinya dari keinginan terhadap isteri yang sesungguhnya menjadi haknya. Siapa kata dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap isterinya itu. Cinta mungkin tidak, kerana bukan atas dasar itu mereka berkahwin. Tetapi naluri lelakinya memang perlu dilunasi. Apa tah lagi bila mereka telah halal menjadi suami isteri. Dia punya hak ke atas Mai. Jika mahu, dia berhak memaksa Mai melayannya. Tetapi tidak mungkin dia akan memaksa begitu. Dia menghormati permintaan Mai yang telah isterinya itu jelaskan di malam pengantin mereka tempohari. Dan dengan sabar dia menunggu.
Melihatkan keresahan Mai, Syamsul  tahu isterinya itu serba salah. Dengan perlahan dia mengatur langkah pincangnya menghampiri Mai. Dia yakin, Mai pasti sudah bersedia. Jika tidak, mana mungkin dia sanggup turun ke bawah dengan pakaian sebegitu. Pasti... ya pasti dia ingin menggoda, namun cukup malu untuk menyatakan hasratnya. Dia tersenyum perlahan. Cuba untuk memberikan kayakinan untuk isterinya.
Apabila jarinya menyentuh jari Mai, dapat dilihatnya keadaan Mai yang sedang menggeletar. Perlahan sekali dia mengambil air di tangan Mai dan meletakkan gelas itu di atas meja yang berdekatan. Semerbak haruman pewangi yang dipakai oleh Mai meyakinkan lagi Syamsul  bahawa dia membuat telahan yang tepat. Mai sedang menggodanya. Terselit lagi senyum di bibirnya melihatkan betapa naifnya wanita muda di hadapannya ini. Mungkin dia sendiri tidak sedar betapa telusnya dia. Dalam berpura-pura, nekadnya itu masih lagi tidak mampu menyelindungi hasrat hati.
Perlahan sekali Syamsul  menarik Mai ke dalam dakapannya. Hangat tubuh kecil itu bagaikan memberikan sedikit tenang di jasadnya, di hatinya dan di mindanya. Tubuhnya yang agak sejuk dek kerana mengharungi gerimis semasa dalam perjalanan pulang dari masjid tadi turut sama hangat kini.
“Kau dah sedia...?” bisiknya lembut ke telinga Mai.
Bila dia melihatkan Mai hanya diam dalam gementarnya, Syamsul  terus menarik tangan Mai ke dalam bilik tidurnya. Dan Mai yang tak mampu berkata apa-apa, hanya menurut langkah suaminya itu. Dia sendiri tidak mengerti perasaan yang bergolak dalam hatinya.  Hanya  Allah sahaja yang mengerti.
****
Mai tidak tahu mengapa dia harus menangis. Bukankah ini semua yang dia inginkan. Tadi  dia nekad untuk menyelesaikan semua ini demi untuk melepaskan dari belenggu ini. Dia lakukan semua ini demi untuk kembali bersama Irfan. Namun kini entah mengapa dia merasa dirinya begitu hina kerana sanggup melakukan semua ini hanya untuk kembali bersama Irfan.
Siapa kata pengalaman bersama Syamsul ini tidak indah? Selepas begitu lama dia merindui Irfan, terasa amat bersalah kerana dia turut sama larut dalam keindahan itu. Dan yang nyata indah yang dirasakan sebentar tadi bukan kerana Irfan, tetapi kerana kelembutan belaian suaminya Syamsul. Hakikat itu membuatkan dia terus merasa bersalah.
Apabila tangan Syamsul  meraih tubuhnya kembali ke dalam dakapan lelaki itu, dia jadi serba salah lagi. Jelas sekali Syamsul  kelihatan ingin meneruskan keindahan tadi bila bibir lelaki itu mengucup lembut di telinga. Makin kuat tangisannya hinggakan tersedu dia di dalam dakapan Syamsul.
Menyedari Mai sedang menangis, Syamsul  segera memalingkan tubuh kecil itu untuk  menghadapinya. Menolaknya sehingga terbaring di atas katil bujangnya yang menyaksikan segalanya sebentar tadi.  Mai memejamkan matanya, terasa terlalu bersalah untuk memandang ke dalam mata Syamsul  yang begitu dekat sekali jaraknya. “Mai .... kenapa ni.....,”
Kelembuatan suara Syamsul  yang kedengaran begitu bimbang itu menyebabkan dia makin rasa bersalah.
“Aku menyakiti  kau ke?”
Mai terus diam dalam sedunya.
“Mai .... buka mata ni...,” desak Syamsul  dengan nada yang sedikit tegas. Membuatkan Mai menjadi lebih takut. Perasaan serba salah terus menghantuinya.
“Buka Mai .... Cakap... kenapa ni....,” desak Syamsul  lagi.
Perlahan Mai membuka matanya. Dia  tidak mampu memandang ke dalam mata Syamsul. Apabila jejari Syamsul mengangkat dagunya supaya mata mereka berpandangan, Mai tahu yang dia tidak mampu untuk menyembunyikan segalanya. Lantas perlahan dengan perasaan yang goyah dia membuka matanya. Cuba kuat untuk menghadapi renungan Syamsul  yang ternyata penuh dengan riak bimbang.
“Aku sakiti kau ke...?”
Pertanyaan itu menambahkan lagi kepiluan Mai, apatah lagi dapat dilihatnya kebimbangan ke atas dirinya di mata Syamsul.  Ah... mengapa lelaki ini cukup ambil berat atas apa yang dirasakan olehnya? Mereka hanya tinggal sebumbung dalam masa dua minggu. Malah dia langsung tidak pernah menghiraukan kebajikan suaminya itu. Tapi mengapa dia begitu mengambil berat. Rasa bersalah itu datang lagi.
Bila mata Syamsul  memandangnya penuh syahdu, ada satu perasaan menyelinap masuk ke dalam hatinya. Bila bibir Syamsul  mula mendekati, mencari bibirnya, Mai jadi serba salah lagi. Dia mahukan itu... tetapi... tidak.... dia tidak rela membiarkan itu berlaku.... Lantas dia memalingkan wajahnya. Dengan kuat dia menolak tubuh Syamsul  yang kemas menindih tubuhnya. Membuatkan Syamsul  terpaku. Tersentak, terkajut....
“Mai ...?”
“Jangan.... Mai ... tak rela...,”
Syamsul  menjauhkan dirinya dari Mai. Matanya memandang wajah manis itu dengan perasaan yang amat terkejut.
“Apa maksud engkau...?”
“Mai tak rela...,” bisik Mai dalam tangis.
Diam melingkari suasana. Mentari  pagi yang makin cerah itu menyelinap masuk melalui  celah-celah langsir jendela yang sedikit terkuak. Namun suram suasana bilik itu menggambarkan kesuaraman hati-hati mereka berdua.
“Tak rela...? Tak rela selepas semuanya ni terjadi?” kata Syamsul  dengan nada terkejut. Seribu persoalan bermain di mindanya. Mengapa? Mengapa....?
 Tangisan Mai makin kuat. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Hanya menangis dan terus menangis.
“Kalau tak rela kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sengaja goda aku sampaikan kita buat ini semua? Lepas ini berlaku, kau kata tak rela... Apa semua ni Mai?” suara Syamsul  kedengaran begitu marah di telinga Mai.
Mai terus juga diam. Perlukah dia berterus terang mengapa dia melakukan ini semua. Perlukah dia menceritakan bahawa semua ini adalah permintaan Irfan? Perlukah dia terus memalukan dirinya demi sebuah ketulusan?
Syamsul  bangun dari perbaringan. Matanya melilau mencari pakaiannya. Apabila ditemui, dia menyarungkan kembali kain pelikatnya. Lantas duduk di birai katil sambil memegang kepalanya, menyeseli segala yang berlaku. Tangis Mai membuatkan dia makin marah.
“Apa semua ni Mai?” katanya lagi menuntut penjelasan.
Makin kuat Mai menangis.
“Mai ...,” gertaknya dengan nada yang tegas.
“Saya... saya.... buat ni.....kerana...,” Mai terdiam kembali. Tidak mampu meneruskan kata-kata.
“Kerana apa....,” kata Syamsul  menuntut jawapan. Entah mengapa dia bagaikan tahu penyebab Mai melakukan semua ini. dalam diam dia berharap tanggapannya itu salah.
“Abang Irfan.....,”
Terkedu Syamsul  mendengarkan itu. Persoalan di kepalanya sebentar tadi terjawab kini. Dia meramas jejarinya dalam genggaman yang kuat demi untuk menyembunyikan kemarahannya. Memejamkan matanya akibat rasa yang amat marah. Terasa diperdayakan. Terasa diperalatkan. Terasa maruahnya sebagai lelaki tercabar. Terasa egonya tercalar.
“Jadi semua ni kerana dia?” katanya dengan nada hambar. Namun Mai mampu membaca kekecewaan dan kemarahan yang tersembunyi dari kata-kata itu. Membuatkan dia terus menangis.
“Cakap Mai ...!” gertak Syamsul.
Kata-kata itu membuatkan Mai terkejut.
“Ya....,” sepontan dia menjawabnya.
Dan ketika itu, dia menyesali dirinya lagi. Mengapa dia sedikit pun tidak mampu untuk kuat menghadapi semua ini. Mengapa dia perlu menangis kerana semua ini?
Syamsul  bangun dari katil dan berdiri memandang ke luar jendela melalui langsir yang sedikit terselak. Dia mengetap bibirnya marah. Tagisan Mai makin menduga hatinya.
“Aku nak kau keluar sekarang...” katanya perlahan.
Makin kuat tangisan Mai, makin marah jadinya dia.
“Keluar sekarang....!” herdiknya lagi.
Kata-kata yang cukup menghinakan itu membuatkan Mai bangun, menarik bersama selimut yang membaluti tubuhnya, lantas berlari keluar dari bilik. Tidak pernah merasa dirinya dimalukan seteruk itu.

10 comments:

IVORYGINGER said...

betapa bodohnya Mai... kenapa bt smua ini hnya kerana Irfan. boleh janji ka Irfan takkan ulangi ksilapan lalu andai mereka bersama semula. skrg dia bukan sj menjatuhkan maruah diri dia dia juga menjatuhkan maruah samsul. tak berkat hidup mai bt samsul marah. pdhal samsul dah cukup baik buat Mai. mengambil berat ttg tuntutan agama. bukan kah ini yg lebih utama dr cinta pd manusia. aduhai Mai... betul2x bengong. apapun kak hanni... plz sambung lg. ;D

fasha faris said...

ntah.. kesian kat syamsul!

alfa syamimi said...

n3 ni membuktikan yg cinta je tak cukup dlm perkahwinan... too obsessed.

blinkalltheday said...

memang patut mai rase dimalukan sb mai punca semua ni terjadi...kenapa nak goda syamsul klu diri x sedia dgn semua kemungkinan...kejam nye mai...sian kat syamsul...irfan hanya sejarah dan kenangan dlm edup you mai...hakikatnye syamsul skrg your husband...myb mai masih keliru dgn perasaan die yg sebenarnye...mesti pasni syamsul akan dingin dgn mai je, kan? sabar lah syamsul...kak, sambung lagi kak...

Anonymous said...

Harap semuanya akan kembali normal dan Mai akan sedar kesilapan yang dia buat.. harap jugak Syamsul tidak cepat melatah.. x sabar nak baca sambungannya...

Anonymous said...

Aigooo.....Mai oh mai...why?...doshite?....ottoke?....sakit dado den baco.....apapun...Kak Laila.....terbaeekkkkkk.....


From : Rozie

Seorg Wanita said...

Argghhh.. Mai ni.. naper buat Syamsul macam tu??? naperlah masih nak ikut kata-kata Irfan tu... bengangnya dgn tindakan Mai ni... huhu.. :-(

Hanim69 said...

Mai bersangka... x penah dirinya dimalukan seteruk ini,... tp Mai x sedar.. dirinya sendiri dh memalukan suami dia sendiri... bersama semata2 kerana Irfan... dr situ perbuatan dia dh salah dan berdosa... klau Mai nk pujuk suami dia semula memang hadapi dugaan dan cabaran selepas nii....

nad said...

kak mane entry terbaru? x saba nak tau ni

Anonymous said...

dah lama betul tunggu en3 baru citer ni...kak laila mana akak bertapa...lama betul takde en3 baru..jalan citer yg baik..tak sabar nk tau citer seterusya..apa jadi kat mai dngan syamsul...

Post a Comment

Popular Posts