Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


Bab 11
“Itulah engkau.... nak marahkan orang tu agak-agaklah sikit....,” rungut Suzana semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya petang itu.
Aku diam cuma. Fikiranku jauh melayang, mengenangkan lelaki itu. Sepanjang waktu makan dia terus memandangku dengan wajahnya yang begitu muram sekali. Hanya ketika dia berbicara dengan gadis sunti di hadapannya sahaja dia mempamerkan wajah ceria untuk gadis itu. Kemudian bila matanya kembali menatap wajahku, dia masam lagi. Perlakuan yang sungguh menggetarkan sukmaku.
“Kau ni kenapa hah... Sejak kahwin ni lain macam aje aku tengok. Emo sangatlah. Pagi tadi kau menangis sedih bila aku tanya tentang Abang Izwan kau tu. Petang ni pulak... tak pasal-pasal nak marahkan orang macam tadi tu,” rungutnya lagi.
Aku masih lagi tidak mengendahkan kata-katanya itu walaupun aku tahu ada kebenarannya. Entah mengapa wajah kacak lelaki tadi terus-terusan memenuhi ruang ingatanku. Memang dia kacak. Kalau dalam situasi berbeza mungkin aku boleh terpikat padanya. Hish... Unie, kau tu isteri orang. Macam mana pula kau boleh berfikiran begitu? Berdosa bila hati digoda syaitan sebegitu. Berdosa lagi jika aku melayan godaan itu.
Memikirkan tentang lelaki lain selain dari suami sendiri merupakan satu dosa besar. Salah satu zina hati yang akhirnya jika dilayan mampu untuk membawa diri seseorang itu ke arah perkara yang terlarang. Cepat-cepat aku beristighfar dan membetulkan semula bisik di hatiku. Namun kata-kata lelaki itu sewaktu melintasi meja kami saat dia berjalan keluar dari restoran, bagaikan terus menggamit memoriku untuk megingatinya.
You owe me an apology,” katanya dengan suara tegas. Melihatkan aku terdiam sambil memandang padanya dia menyambung kata-kata, “Anyhow... mata awak cantik sangat. Dan... tahi lalat kat tepi bibir tu, memikat sangat... Saya tak akan lupakan tahi lalat tu...,” katanya sambil mengenyitkan matanya kepadaku.
Kata-kata yang  membuatkan aku tergamam tanpa kata. Dia berlalu pergi meninggalkan aku yang terkedu. Mataku dan mata Suzana bersatu dalam diam. Ternyata temanku itu juga terkejut dengan kata-kata itu, sehinggakan dia turut tergamam.
Mengenangkan kata-kata itu, jejariku  terus menyentuh lembut pada tahilalat sebesar kepala mancis yang elok letak duduknya di sisi kiri bawah bibirku. Senyum kembali menguntum di bibirku. Jarang sekali ada yang memujiku sebegitu. Entah mengapa, timbul rasa bahagia di hatiku.
“Hah... tu dok beranganlah tu... Ingat kawan... kau tu dah ada suami. Berdosa tau ingatkan orang lain selain dari suami sendiri,”
Kata-kata Suzana mengambalikan aku dari lamunanku yang terlarang itu. Cepat-cepat aku buang jauh lamunan itu. Aku mengeluh perlahan, sedikit kecewa kerana terpaksa melepaskan kenangan itu pergi. Namun, aku terpaksa berbuat begitu. Tidak mahu terus digoda dek syaitan yang sering menyesatkan.
“Menyampah aku... ada ke patut dia puji engkau macam tu. Aku yang minta maaf dengan dia tau. Dia sikitpun tak tengok aku. Patutnya akulah yang dia kena puji.  Akukan kan anak dara lagi. Engkau tu dah jadi isteri orang tau....,” rungutnya lagi.
“Dah lah Su, manalah dia tahu aku ni dah kahwin. Kau pula kenapa tak pergi jumpa dia, berkenalan. Barulah dia tahu yang kau dah terpikat pada dia,”
“Dah, dia asyik dok tengok kat kau aje..., sampaikan ada orang tu perasan pulak,”
Aku mencebikkan bibirku.
“Aku...? Perasan...? Mengarutlah kau ni...,”
'”Habis tu... kalau tak namanya perasan... kenapa pula kau dok berangan ... Ingatkan dia ye.... Hoi.... Abang Izwan tu kau nak campak kat mana? Kau tu baru dua minggu kahwin tau.... Ingat tu....,”
“Mana ada aku ingatkan dia... kau ni mengarutlah...,” kataku cuba untuk menutup perasaanku sebentar tadi. Terlalu poloskah perlakuanku tadi hinggakan Suzana dapat mengesannya? Atau dia cuma mahu mendugaku?
Kami terdiam agak lama. Menikmati celoteh DJ dan juga irama lagu yang berkumandang dari corong radio di dalam keretanya. Masing-masing mula memasang angan-angan bila mendengarkan suara Jamal Abdillah mengalunkan lagu popularnya, Penghujung Rindu. Lantaran itu ingatanku kembali mengingati suami yang ku rindukan saat itu. Dalam hatiku, aku amat berharap agar Abang Izwan juga sedang memikarkan tentang aku seperti aku memikirkan tentang dia.
Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata
 Ah... kala itu, perasaan bahagia sejak aku  menemui kembali cintaku padanya tidak mampu untuk ku gambarkan dengan kata-kata...

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia
Ya, selama ini perasaan itu hanya terkubur nun jauh di sudut hati. Dan syukur sekali aku rasakan kerana dia mampu mengembalikan perasaan ini di hatiku...

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Kasih yang mampu membuatkan aku sanggup berkorban, demi menzahirkan harapan semua yang disekelilingku, Kak Reen, Mak Ngah dan yang istimewa sekali Abang Izwan...

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita
Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seiklas hati aku berkorban demi cintaku untuk semuanya...

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu
Dan akhirnya... aku dan dia.. bertemu di penghujung rindu. Semuga bahagia kini milikku...
Namun, saat itu wajah Kak Reen melintas di depan mata. Ah... sering rasa bahagia yang bertandang di hati akan dikocakkan oleh realiti. Aku tidak mampu membuang hakikat ini. Mana mungkin bahagia ini menjadi milikku secara total. Mana mungkin aku hindari wajah itu dari menghantui kebahagiaan yang aku dambakan ini. Tidak mungkin... 
“Kau tau Unie, aku rasa peliklah tengok kau dengan Abang Izwan ni,” suara Suzana mengganggu lamunanku.
“Pelik apa pula,”
“Kau cakap, kau terima Abang Izwan  sebab Kak Reen. Tapi, aku rasa kau sebenarnya masih ada hati lagikan pada dia. Itu sebabnya kau terima dia kan?”
Sebelum sempat aku berkata apa-apa Suzana mengangkat jari telunjuknya kepadaku.
“Kau jangan nak bohong pada aku ...,” katanya bagaikan memberi amaran.
Aku terdiam. Sesuatu yang selama ini hanya disebut dalam hatiku, kini ditimbulkan olehnya. Ah... pandai sungguh dia menduga. Apa yang boleh aku katakan untuk menafikannya.
“Kau ni... sengaja nak cari masalah tau. Kalau kau tunggu sekejap aje... hah dua minggu aje dari tarikh kau kahwin, kan kau jumpa dengan mamat tu tadi. Entahkan dia tu pun jodoh kau kalau kau tunggu. Ini tidak, asal aje ada orang approach, kau terima aje. Tak fikir panjang. Kau tu muda lagi. Umur baru 24 tahun, dah jadi isteri muda orang,”
“Su... kau ni jangan nak mengarut, dah jodoh aku dengan Abang Izwan. Apa aku nak buat. Mungkin bila aku kahwin dengan dia ni... aku dapat bahagiakan ramai orang. Kak Reen dan Mak Ngah pun boleh tumpang gembira, kalau aku dapat bagi mereka anak kan?”
“Dan kau sendiri macamana? Boleh bahagia ke engkau tu. Yang aku nampak macam tak bahagia aje. Terpaksa cari kawan kat luar rumah,”
Terdiam aku seketika. Ah... benar katanya itu. Aku mengeluh seketika kemudian.
“Aku bahagia Su, janganlah kau risau pula. Aku cukup bahagia sekarang.... mungkin dengan caraku sendiri... Tak payahlah kau risau ye...,”
Entah mengapa, kata-kata yang keluar dari bibirku itu bagaikan tidak mampu untuk meyakinkan diriku sendiri.    
****
Malam itu aku terlena di sofa di hadapan televisyen. Keletihan dek terlalu banyak berjalan hari ini. Seawal jam sembilan aku sudah ghaib ke alam mimpi. Entah mengapa aku merasa begitu penat sekali. Selalunya aku mampu untuk meronda seharian dengan Suzana di Mid Valley tanpa rasa penat. Kepalaku juga terasa amat pening sekali. Mungkin tanda-tanda awal aku akan diserang demam atau selsema. Ah, biarlah... mungkin jika aku berehat, penyakit itu akan dapat aku hindari.
Namun, keesokkan paginya aku masih lagi mengalami pening kepala. Malah keadaanku lebih teruk dari semalam. Aku muntah sebaik sahaja bangun dari tidur. Tubuhku lemah tidak bermaya. Akhirnya aku terpaksa ke klinik untuk mendapatkan cuti sakit. Perkara pertama yang ditanya oleh doktor semasa merawatku ialah adakah aku sudah berkahwin dan adakah berkemungkinan aku hamil. Terkejut bukan kepalang bila mendengarkan kata-katanya itu. Mungkinkah? Mungkinkah secepat itu? Baru sahaja dua minggu aku bernikah dengan Abang Izwan. Ah... perasaan gembira di hatiku tidak mampu aku gambarkan. Kalaulah aku mengandung, alangkah bahagianya Abang Izwan dan semastinya Kak Reen juga.
Namun menurut doktor, terlalu awal untuk dia mengesahkan perkara itu. Aku diminta untuk datang semula selepas tiga minggu untuk mengesahkannya. Tanda-tanda penat, pening kepala, bertambah selera makan malah mual dan muntah-muntah adalah tanda-tanda kehamilan. Ia boleh berlaku terutamanya di awal kehamilan. Dan dalam kes-kes tertentu ada wanita yang hamil mengalaminya seawal lima minggu  kehamilan. Dalam hati aku berdoa sekiranya aku hamil, diharap aku tidak akan mengalami alahan yang teruk. Memandangkan aku akan tinggal sendirian ketika Abang Izwan memenuhi giliran Kak Reen. Aku tidak mahu ada apa-apa masalah yang akan timbul pula akibat dari kehamilanku ini nanti. 
Aku nekad, keadaanku itu tidak akan aku ceritakan kepada Abang Izwan. Sekurang-kurangnya tidak sehinggalah doktor mengesahkannya nanti. Aku tidak mahu dia terlalu berharap. Mungkin kesihatanku ini terganggu bukan kerana hamil. Tetapi hanya kerana aku mengalami demam  ataupun selsema. Sekurang-kurangnya dia tidak akan kecewa lagi jika ini semua hanya tanda-tanda palsu. Doktor juga sudah berpesan supaya aku mengelakkan diri dari mengambil apa-apa ubat yang mungkin boleh memudharatkan kandunganku sekiranya aku benar-benar hamil. Beliau hanya mencadangkan supaya aku berehat dan mengambil beberapa jenis permakanan tambahan yang boleh  menyegarkanku.
Seharian aku hanya mampu tidur sahaja. Kalau tidak di bilik, aku lena di sofa ruang tamu. Suhu badanku yang semakin meningkat mengesahkan bahawa aku mengalami demam panas. Terasa sakit seluruh tubuhku. Semua urat sarafku  terasa begitu lenguh sekali. Ketika Abang Izwan pulang dari kerjanya kira-kira jam enam petang terkejut sekali dia melihatkan keadaanku.
“Kenapa tak beritahu abang Unie demam ni?” katanya sambil meletakkan tangannya ke dahiku. Kain tuala kecil yang kubasahkan tadi sudah hampir kering. Lantas dia membasahkan semula kain itu dan meletakkan di atas kepalaku.
“Dah makan ubat?”
Aku hanya mengangguk, membohonginya. Tidak mahu lagi memberitahunya keadaan yang belum pasti itu. Nasib baiklah doktor telah membekalkan ubat demam kepadaku. Dia mengatakan bahawa ubat itu cukup selamat untuk dimakan oleh wanita baru hamil. Tetapi aku telah mengambil keputusan untuk tidak memakan ubatku selagi belum perlu. Selagi aku mampu untuk bangun ke bilik air, selagi itulah aku nekad untuk tidak memakan ubat tersebut. Bimbang sekiranya ubat itu memberi kesan sampingan kepada kehamilanku, sekiranya ia berlaku. 
“Bang, maaf ye...,”
“Kenapa sayang?”
“Unie tak larat nak masak,”
“Tak apa, nanti abang masak. Unie dah makan ke belum? Tengahari tadi makan apa? Kenapa tak telefon abang? At least abang boleh balik hantarkan makanan,” soalnya bertubi-tubi. Belum sempat aku menjawab satu soalan, dia sudah bertanyakan soalan yang lain.
“Tak lalu..., tak ada selera,” bisikku lemah.
Abang Izwan memandangku dengan penuh rasa simpati. Mungkin simpati melihatkan keadaanku yang amat lemah itu. Lantas dia bangun ke dapur. Seketika kemudian dia keluar dengan menatang dulang yang berisi segelas susu suam dan sepiring biskut. Dia membantu aku duduk dan mula menyuapkan makanan tersebut ku mulutku. Bila aku enggan membuka mulutku, dia lantas memujukku. Mengucup dahiku, mataku dan bibirku sehinggalah aku membuka mulut.
Ah... dalam kesakitanku tu, terselit rasa bahagia dilayan begitu. Kalaulah dia mampu sentiasa berada di sampingku begini, alangkah bahagianya.  Saat itu aku merasa cukup terharu. Beginikah layanannya terhadap Kak Reen ketika dia sakit. Terlintas rasa cemburu di hati ini dengan kemungkinan itu.  Rasa yang menjeruk perasan hinggakan aku mengeluh perlahan. Sedih kerana aku terpaksa berkongsi rasa ini dengan orang lain.
Setelah habis tiga keping biskut dan segelas susu, dia meletakkan kembali gelas ke atas dulang. Lantas dia duduk di sampingku dan memelukku bahuku erat sekali.
“Panas sangat badan Unie ni. Betul ke Unie dah makan ubat?”
“Dah... ,” jawabku perlahan.
“Unie rindu abang ye? Tengok tu, tiga hari tak jumpa dah demam. Demam rindukan?”
Ah... dalam keadaanku begini masih lagi dia mampu bergurau. Aku hanya senyum sekilas. Hendak tersenyum pun malas sekali rasanya. Cuma kini terasa amat bahagia berada di dalam pelukannya.
“Abang rindu sangat pada Unie ..., kalau boleh tak nak rasanya abang tinggalkan Unie,” kataya lembut.
“Tak boleh macam tu bang...,” kataku lemah.
“Habis... Unie tengah demam ni,”
“Insyaallah esok oklah...,”
“Kalau tak ok?”
“OK... Unie kan dah ada ubat...,”
“Unie ni... sakit macam ni pun masih nak ingatkan orang lain...,”
“Kak Reen sihat ke?”
“Sihat... dia kirim salam pada Unie, Unie tak usah risaukan mereka,”
“Waalaikummussalam,”
“Esok abang cuti, boleh jaga Unie,”
“Abang ... Unie ok...,”
“Not another word ok?”              
Dalam engganku terselit rasa bahagia.

8 comments:

Laila Hanni said...

Salam pada semua yang membaca,

e-novel Semalam yang Kutinggalkan ni nampaknya kurang menrik minat pembaca. Kak Laila masih lagi mencari kelemahan dalam enovel SYKT ini. mungkin jalan ceritanya lembab, atau bahasanya kurang menarik atau apa-apa sahaja. Kak laila sedia menerima komen tersebut. sekiranya ada pendapat yang ingin diberikan untuk memperbaikinya, silalah komen di sini supaya kita dapat kongsi bersama dan seterusnya kak laila dapat memperbaikinya.

thanks... kerana sudi mengikuti blog ini. semuga terhibur dan boleh mengambil iktibar darinya...

komen ye, bantu akak yang tengah buntu macam mana nak meneruskan cerita ni.

Anonymous said...

bg saya cerita ni cukup rasa, ada cemburu, sedih dan romantik, menarik ape...teruskan ake k. i follow....

Anonymous said...

Cerita ni interesting. Cuma kisah bermadu ni macam sakit sikitlah nak baca. Harap-harap unie tu jumpalah someone else yang lagi baik. Apa-apa pun cerita ni ditulis dengan baik sekali.

Anonymous said...

e-novel ini amat menarik hati utk dibaca..harap akak dpt teruskan berkarya yup... :)

IVORYGINGER said...

akak pedulikan org yg xminat ceta sal bmadu ni.
pd saya elok akak singkap ceta sbalik bmadu ni. xramai penulis nk singkap ceta camni. biasanya penulis muda2 hnya ceta kisah pcintaan muda mudi. apasalah bt gren lebih dewasa utk singkap perihal hidup sebenar. xsemua kisah hidup bmadu xbahagia. asal pasangan tahu camna nk adil. tahu urus rumah tangga ngan baik tanpa campur tgn org ln. kekuatan iman jgk dperlukan.
sy still hope unie leh sama abg izwan.
xsalah sy mmg abg izwan cintakan unie dr kak reen. huhuhu...

IVORYGINGER said...

akak sy ada comment kat post2 sblm ni. cuba lak akak tgk mntau ada yg bantu cetus idea tuk akak. he... ;D
maaf la klu ada teguran yg rs agk kasar sbb sy mmg xpandia bt coretan. pandai comment ja. ahaks... ;D

AQ Eyfa said...

wah best lak part nih

AQ Eyfa said...

bagi sye ok jek kak..cuma cikit2 tu adatlah.cuma kene lebih emosi la.

Post a Comment

Popular Posts