Bab 13
Perlahan jari jemari halus Mai
mengusap baju tidur nipis yang pernah dihadiahkan oleh Irfan pada hari jadinya
dua tahun yang lalu. Baju berwarna merah terang itu sering dipakainya ketika
bersama Irfan dahulu. Namun sejak mereka berpisah ia tersimpan kemas di dalam
almari. Tak pernah dikeluarkan lagi.
Namun hari ini dia mengeluarkannya
hanya untuk satu tujuan. Semalam Irfan begitu meyakinkan apabila menyatakan
hanya ini yang akan membuat mereka dapat kembali bersama. Irfan meyakinkan dia
jika dia dan Syamsul bersama, dia akan
mendesak lelaki itu melepaskan Mai. Maka dengan perasaan serba salah, dia
mengambil keputusan untuk menurut kata-kata Irfan. Biarlah apa juga yang akan
dikatakan oleh Syamsul. Biarlah kalau Syamsul
akan mengutuknya kerana sebelum ini dia yang nekad untuk tidak bersama
suaminya itu dalam masa terdekat ini. Memang dia yang pernah memberi tempoh
tiga bulan untuk mereka mengharungi hubungan ini. Namun desakan Irfan semalam
membuatkan dia akur. Untuk menyelesaikan
segalanya, dia terpaksa melakukan ini. Biarpun terasa hina bila terpaksa
melakukan ini semua. Semuanya hanya kerana Irfan.
Dengan hati-bati Mai menyarungkan baju
nipis itu ke tubuhnya. Dia tahu, sebentar sahaja lagi Syamsul akan pulang dari solat Subuh di masjid. Dia perlu
berada di tingkat bawah rumahnya untuk memastikan Syamsul dapat melihat tubuhnya dalam keadaan yang
menggiurkan begitu. Dia mesti menggoda Syamsul
supaya mereka akan bersama. Lebih cepat Syamsul terpikat dengan
godaannya, lebih cepatlah dia dapat keluar dari belanggu ini. Dan cepat jugalah
dia dapat kembali kepada Irfan. Dia nekad.
Mai menyembur minyak wangi ke
tubuhnya, dan cepat-cepat turun ke bawah untuk menunggu Syamsul. Biasanya jam
7.00 pagi begini Syamsul akan sampai.
Agak lewat sedikit dari hari-hari lain kerana di pagi Sabtu dan Ahad ada
ceramah agama yang diberikan selesai solat Subuh. Pernah sekali Syamsul mengajaknya untuk turut sama bersolat di
masjid pada hari minggu begini, tetapi tidak diendahkannya. Cuma dia berjanji
kepada Syamsul untuk solat di awal waktu.
Dan selalunya selepas bersolat dia akan kembali tidur hinggalah ke lewat pagi.
Rutin hari minggunya itu sedikitpun tidak berubah biarpun kini dia sudah punya
tanggungjawab terhadap suami. Ah... peduli apa, bukankah dia tidak akan kekal
lama dengan Syamsul. Jadi untuk apa dia melayan Syamsul seperti yang sepatutnya. Mungkin dengan itu
Syamsul akan cepat bosan dengan sikapnya
dan akan tidak akan teragak-agak untuk melepaskannya bila sampai masanya nanti.
Dalam dua minggu tempoh perkahwinan mereka, telah menyaksikan ketegangan demi ketegangan dalam hubungan
mereka. Mai cuba sedaya mungkin mengelakkan diri dari terserempak dengan
Syamsul. Pulang dari sekolah selewat mungkin, sehinggalah dia pasti
Syamsul sudah meninggalkan rumah untuk
ke restoren. Selalunya dia hanya menyediakan sarapan pagi yang cukup ringkas
untuk Syamsul dan meninggalkan rumah
seawal mungkin sebelum Syamsul pulang
dari masjid. Ah... sungguh dia tahu semua ini tidak sepatutnya dilakukan. tapi
jika ini mampu membuat Syamsul benci
padanya, biarkanlah.
Apabila Mai mendengar bunyi
motosikal buruk Syamsul masuk ke
perkarangan rumah, dia cepat-cepat ke dapur untuk pura-pura mengambil air
minuman. Dia menunggu seketika sehingga dia yakin Syamsul sudah memasukki rumah. Dengan gelas di tangan
dia keluar perlahan dari ruang dapur menuju ke ruang tamu, cuba pura-pura tidak
menyedari kehadiran suaminya di situ. Suasana suram ruang tamu yang hanya
disinari dek lampu tangga ke tingkat atas membantunya untuk berpura-pura tidak
menyedari kehadiran lelaki itu. Sengaja dia membiarkan lampu di dapur terpasang
untuk memberikan efek yang lebih mengghairah apabila dia keluar dengan pakaian
yang begitu menggiurkan.
Apabila berhadapan dengan
Syamsul yang kelihatan terpaku sedang
memandang kepadanya dalam keadaan begitu, Mai berpura-pura terkejut. Air di
dalam gelas dikocaknya perlahan bagi meyakinkan lelaki itu yang dia benar-benar
terkejut. Dia merenung ke dalam mata Syamsul. Entah mengapa pada saat itu
hatinya tiba-tiba berkocak pantas. Menggeletar tubuhnya saat memandang mata
yang begitu tajam merenungnyanya. Perasaan takut yang dirasakan saat pertama
kali mereka bertemu dahulu kembali menyelinap masuk ke ruang hatinya. Dia
hampir lupa pada renungan itu dek kerana sudah hampir seminggu mereka tidak
bertemu sejak peristiwa di bilik tidur Syamsul
tempohari. Kekuatan yang dirasakan dek kata-kata Irfan semalam terbang
melayang begitu sahaja. Di hadapan nya kini adalah suaminya, yang sedang
memandangnya dengan penuh ghairah.
***
Mata Syamsul mengelus ke segenap inci tubuh Mai. Keindahan tubuh yang terserlah indah itu langsung tidak
mampu dilepaskan dari pandangannya. Matanya
menyelinap ke seluruh ruang di tubuh yang kecil molek itu. Dia menelan air
liur. Dia tidak sedar bahawa selama ini dia dalam keadaan yang dahaga dengan
kerinduan terhadap belaian seorang wanita. Sungguh dia tidak sedar betapa
selama ini nalurinya sedahaga itu. Sungguh selama ini dia terlalu leka dengan
kerjanya hinggakan tidak sedikitpun menghiraukan gadis-gadis yang sering bertandang di
restoren. Ada yang cantik, malah ada yang cukup menggoda. Namun semuanya tidak
dihiraukan. Semuanya kerana ingatannya terhadap Suhaila. Namun hari ini,
bagaikan kucing yang disajikan dengan
ikan bakar di hadapan mata, dia menelan air liurnya lagi.
Sudahkah Mai bersedia untuknya?
Bukankah dua minggu lalu Mai mengatakan dia masih belum bersedia? Mungkinkah
Mai sudah mengubah fikiran. Seminggu mereka tak bertemu, hanya kelibat Mai
sahaja yang sering dilihatnya ketika dia mengintai samada isterinya itu sudah bangun
di waktu pagi sebelum dia ke masjid untuk solat Subuh. Mai bagaikan cuba
mengelakkan diri darinya. Membuatkan dia tertanya-tanya mengapa itu berlaku.
Mungkin Mai takut, dia menduga sendiri. Memandangkan kata-katanya tempohari bagaikan
menduga isterinya itu. Ketika dia menduga kemungkinan Mai akan terus ingin menjadi isterinya nanti.
Dia tidak mengerti mengapa Mai
berani turun ke tingkat bawah rumah itu dengan berpakaian begitu. Kalau setakat
di tingkat atas, dia tidak peduli kerana memang jarang sekali dia naik ke sana.
Dia hanya memerhatikan sahaja samada Mai sudah bangun untuk solat subuh. Selain
dari itu tidak pernah dia cuba untuk mendekati Mai. Dia juga bimbang dia
mungkin tidak mampu menahan hatinya apabila melihat Mai.
Sebagai lelaki, suami mana yang
mampu menahan hatinya dari keinginan terhadap isteri yang sesungguhnya menjadi
haknya. Siapa kata dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap isterinya itu.
Cinta mungkin tidak, kerana bukan atas dasar itu mereka berkahwin. Tetapi
naluri lelakinya memang perlu dilunasi. Apa tah lagi bila mereka telah halal
menjadi suami isteri. Dia punya hak ke atas Mai. Jika mahu, dia berhak memaksa
Mai melayannya. Tetapi tidak mungkin dia akan memaksa begitu. Dia menghormati
permintaan Mai yang telah isterinya itu jelaskan di malam pengantin mereka
tempohari. Dan dengan sabar dia menunggu.
Melihatkan keresahan Mai,
Syamsul tahu isterinya itu serba salah.
Dengan perlahan dia mengatur langkah pincangnya menghampiri Mai. Dia yakin, Mai
pasti sudah bersedia. Jika tidak, mana mungkin dia sanggup turun ke bawah
dengan pakaian sebegitu. Pasti... ya pasti dia ingin menggoda, namun cukup malu
untuk menyatakan hasratnya. Dia tersenyum perlahan. Cuba untuk memberikan
kayakinan untuk isterinya.
Apabila jarinya menyentuh jari Mai,
dapat dilihatnya keadaan Mai yang sedang menggeletar. Perlahan sekali dia
mengambil air di tangan Mai dan meletakkan gelas itu di atas meja yang
berdekatan. Semerbak haruman pewangi yang dipakai oleh Mai meyakinkan lagi
Syamsul bahawa dia membuat telahan yang
tepat. Mai sedang menggodanya. Terselit lagi senyum di bibirnya melihatkan
betapa naifnya wanita muda di hadapannya ini. Mungkin dia sendiri tidak sedar
betapa telusnya dia. Dalam berpura-pura, nekadnya itu masih lagi tidak mampu menyelindungi
hasrat hati.
Perlahan sekali Syamsul menarik Mai ke dalam dakapannya. Hangat tubuh
kecil itu bagaikan memberikan sedikit tenang di jasadnya, di hatinya dan di
mindanya. Tubuhnya yang agak sejuk dek kerana mengharungi gerimis semasa dalam
perjalanan pulang dari masjid tadi turut sama hangat kini.
“Kau dah sedia...?” bisiknya lembut
ke telinga Mai.
Bila dia melihatkan Mai hanya diam
dalam gementarnya, Syamsul terus menarik
tangan Mai ke dalam bilik tidurnya. Dan Mai yang tak mampu berkata apa-apa,
hanya menurut langkah suaminya itu. Dia sendiri tidak mengerti perasaan yang
bergolak dalam hatinya. Hanya Allah sahaja yang mengerti.
****
Mai tidak tahu mengapa dia harus
menangis. Bukankah ini semua yang dia inginkan. Tadi dia nekad untuk menyelesaikan semua ini demi
untuk melepaskan dari belenggu ini. Dia lakukan semua ini demi untuk kembali
bersama Irfan. Namun kini entah mengapa dia merasa dirinya begitu hina kerana
sanggup melakukan semua ini hanya untuk kembali bersama Irfan.
Siapa kata pengalaman bersama
Syamsul ini tidak indah? Selepas begitu lama dia merindui Irfan, terasa amat
bersalah kerana dia turut sama larut dalam keindahan itu. Dan yang nyata indah yang
dirasakan sebentar tadi bukan kerana Irfan, tetapi kerana kelembutan belaian suaminya
Syamsul. Hakikat itu membuatkan dia terus merasa bersalah.
Apabila tangan Syamsul meraih tubuhnya kembali ke dalam dakapan
lelaki itu, dia jadi serba salah lagi. Jelas sekali Syamsul kelihatan ingin meneruskan keindahan tadi
bila bibir lelaki itu mengucup lembut di telinga. Makin kuat tangisannya
hinggakan tersedu dia di dalam dakapan Syamsul.
Menyedari Mai sedang menangis,
Syamsul segera memalingkan tubuh kecil
itu untuk menghadapinya. Menolaknya
sehingga terbaring di atas katil bujangnya yang menyaksikan segalanya sebentar
tadi. Mai memejamkan matanya, terasa
terlalu bersalah untuk memandang ke dalam mata Syamsul yang begitu dekat sekali jaraknya. “Mai ....
kenapa ni.....,”
Kelembuatan suara Syamsul yang kedengaran begitu bimbang itu
menyebabkan dia makin rasa bersalah.
“Aku menyakiti kau ke?”
Mai terus diam dalam sedunya.
“Mai .... buka mata ni...,” desak
Syamsul dengan nada yang sedikit tegas.
Membuatkan Mai menjadi lebih takut. Perasaan serba salah terus menghantuinya.
“Buka Mai .... Cakap... kenapa
ni....,” desak Syamsul lagi.
Perlahan Mai membuka matanya. Dia tidak mampu memandang ke dalam mata Syamsul.
Apabila jejari Syamsul mengangkat dagunya supaya mata mereka berpandangan, Mai tahu
yang dia tidak mampu untuk menyembunyikan segalanya. Lantas perlahan dengan
perasaan yang goyah dia membuka matanya. Cuba kuat untuk menghadapi renungan
Syamsul yang ternyata penuh dengan riak
bimbang.
“Aku sakiti kau ke...?”
Pertanyaan itu menambahkan lagi kepiluan
Mai, apatah lagi dapat dilihatnya kebimbangan ke atas dirinya di mata
Syamsul. Ah... mengapa lelaki ini cukup
ambil berat atas apa yang dirasakan olehnya? Mereka hanya tinggal sebumbung dalam
masa dua minggu. Malah dia langsung tidak pernah menghiraukan kebajikan
suaminya itu. Tapi mengapa dia begitu mengambil berat. Rasa bersalah itu datang
lagi.
Bila mata Syamsul memandangnya penuh syahdu, ada satu perasaan
menyelinap masuk ke dalam hatinya. Bila bibir Syamsul mula mendekati, mencari bibirnya, Mai jadi
serba salah lagi. Dia mahukan itu... tetapi... tidak.... dia tidak rela
membiarkan itu berlaku.... Lantas dia memalingkan wajahnya. Dengan kuat dia
menolak tubuh Syamsul yang kemas
menindih tubuhnya. Membuatkan Syamsul
terpaku. Tersentak, terkajut....
“Mai ...?”
“Jangan.... Mai ... tak rela...,”
Syamsul menjauhkan dirinya dari Mai. Matanya memandang
wajah manis itu dengan perasaan yang amat terkejut.
“Apa maksud engkau...?”
“Mai tak rela...,” bisik Mai dalam
tangis.
Diam melingkari suasana. Mentari pagi yang makin cerah itu menyelinap masuk
melalui celah-celah langsir jendela yang
sedikit terkuak. Namun suram suasana bilik itu menggambarkan kesuaraman
hati-hati mereka berdua.
“Tak rela...? Tak rela selepas
semuanya ni terjadi?” kata Syamsul dengan
nada terkejut. Seribu persoalan bermain di mindanya. Mengapa? Mengapa....?
Tangisan Mai makin kuat. Dia tidak tahu apa
yang patut dilakukannya. Hanya menangis dan terus menangis.
“Kalau tak rela kenapa kau buat
macam ni? Kenapa kau sengaja goda aku sampaikan kita buat ini semua? Lepas ini
berlaku, kau kata tak rela... Apa semua ni Mai?” suara Syamsul kedengaran begitu marah di telinga Mai.
Mai terus juga diam. Perlukah dia
berterus terang mengapa dia melakukan ini semua. Perlukah dia menceritakan bahawa
semua ini adalah permintaan Irfan? Perlukah dia terus memalukan dirinya demi
sebuah ketulusan?
Syamsul bangun dari perbaringan. Matanya melilau
mencari pakaiannya. Apabila ditemui, dia menyarungkan kembali kain pelikatnya.
Lantas duduk di birai katil sambil memegang kepalanya, menyeseli segala yang
berlaku. Tangis Mai membuatkan dia makin marah.
“Apa semua ni Mai?” katanya lagi
menuntut penjelasan.
Makin kuat Mai menangis.
“Mai ...,” gertaknya dengan nada
yang tegas.
“Saya... saya.... buat ni.....kerana...,”
Mai terdiam kembali. Tidak mampu meneruskan kata-kata.
“Kerana apa....,” kata Syamsul menuntut jawapan. Entah mengapa dia bagaikan
tahu penyebab Mai melakukan semua ini. dalam diam dia berharap tanggapannya itu
salah.
“Abang Irfan.....,”
Terkedu Syamsul mendengarkan itu. Persoalan di kepalanya
sebentar tadi terjawab kini. Dia meramas jejarinya dalam genggaman yang kuat
demi untuk menyembunyikan kemarahannya. Memejamkan matanya akibat rasa yang
amat marah. Terasa diperdayakan. Terasa diperalatkan. Terasa maruahnya sebagai
lelaki tercabar. Terasa egonya tercalar.
“Jadi semua ni kerana dia?” katanya
dengan nada hambar. Namun Mai mampu membaca kekecewaan dan kemarahan yang
tersembunyi dari kata-kata itu. Membuatkan dia terus menangis.
“Cakap Mai ...!” gertak Syamsul.
Kata-kata itu membuatkan Mai
terkejut.
“Ya....,” sepontan dia menjawabnya.
Dan ketika itu, dia menyesali
dirinya lagi. Mengapa dia sedikit pun tidak mampu untuk kuat menghadapi semua
ini. Mengapa dia perlu menangis kerana semua ini?
Syamsul bangun dari katil dan berdiri memandang ke
luar jendela melalui langsir yang sedikit terselak. Dia mengetap bibirnya
marah. Tagisan Mai makin menduga hatinya.
“Aku nak kau keluar sekarang...”
katanya perlahan.
Makin kuat tangisan Mai, makin marah
jadinya dia.
“Keluar sekarang....!” herdiknya
lagi.
Kata-kata yang cukup menghinakan itu
membuatkan Mai bangun, menarik bersama selimut yang membaluti tubuhnya, lantas
berlari keluar dari bilik. Tidak pernah merasa dirinya dimalukan seteruk itu.
10 comments:
betapa bodohnya Mai... kenapa bt smua ini hnya kerana Irfan. boleh janji ka Irfan takkan ulangi ksilapan lalu andai mereka bersama semula. skrg dia bukan sj menjatuhkan maruah diri dia dia juga menjatuhkan maruah samsul. tak berkat hidup mai bt samsul marah. pdhal samsul dah cukup baik buat Mai. mengambil berat ttg tuntutan agama. bukan kah ini yg lebih utama dr cinta pd manusia. aduhai Mai... betul2x bengong. apapun kak hanni... plz sambung lg. ;D
ntah.. kesian kat syamsul!
n3 ni membuktikan yg cinta je tak cukup dlm perkahwinan... too obsessed.
memang patut mai rase dimalukan sb mai punca semua ni terjadi...kenapa nak goda syamsul klu diri x sedia dgn semua kemungkinan...kejam nye mai...sian kat syamsul...irfan hanya sejarah dan kenangan dlm edup you mai...hakikatnye syamsul skrg your husband...myb mai masih keliru dgn perasaan die yg sebenarnye...mesti pasni syamsul akan dingin dgn mai je, kan? sabar lah syamsul...kak, sambung lagi kak...
Harap semuanya akan kembali normal dan Mai akan sedar kesilapan yang dia buat.. harap jugak Syamsul tidak cepat melatah.. x sabar nak baca sambungannya...
Aigooo.....Mai oh mai...why?...doshite?....ottoke?....sakit dado den baco.....apapun...Kak Laila.....terbaeekkkkkk.....
From : Rozie
Argghhh.. Mai ni.. naper buat Syamsul macam tu??? naperlah masih nak ikut kata-kata Irfan tu... bengangnya dgn tindakan Mai ni... huhu.. :-(
Mai bersangka... x penah dirinya dimalukan seteruk ini,... tp Mai x sedar.. dirinya sendiri dh memalukan suami dia sendiri... bersama semata2 kerana Irfan... dr situ perbuatan dia dh salah dan berdosa... klau Mai nk pujuk suami dia semula memang hadapi dugaan dan cabaran selepas nii....
kak mane entry terbaru? x saba nak tau ni
dah lama betul tunggu en3 baru citer ni...kak laila mana akak bertapa...lama betul takde en3 baru..jalan citer yg baik..tak sabar nk tau citer seterusya..apa jadi kat mai dngan syamsul...
Post a Comment