Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's

Perhatian kepada semua pembaca e- novel Syurga Diwajahmu,

Buat masa ini E-Novel SDW sedang berada dalam proses editing oleh  pihak penerbit Kaki Novel untuk dicetak. Sehubungan dengan  itu, penghantarannya ke blog terpaksa diberhentikan. Kak Laila merasa amat sedih kerana tidak lagi mampu untuk menghantar bab-bab seterusnya ke blog. Di harapkan pembaca sekelian  bersabar menanti versi cetaknya yang dijangkakan akan diterbitkan pada tahun 2011.

Buat masa ini, bila novel ini akan dikeluarkan masih lagi belum diketahui. Insyaallah apabila akan dikeluarkan nanti Kak Laila akan war-warkan di sini dan juga dalam Fb. Harap sabar menanti ye, kesinambungan cinta Engku Lokman dan Aida Idayu. Cinta indah yang terlahir dek rasa cinta pada Allah. Cinta indah yang tak terlafaz dek kata-kata. Cinta indah yang hanya mampu dizahirkan dari lembut tutur bicaranya dan sopan tingkah lakunya. 

Sementara waktu terbitnya novel itu di pasaran, sudi-sudikanlah pembaca sekalian untuk menghayati  e-novel lain yang masih lagi dihantar ke sini. SYKT dan SCB diharapkan mampu untuk menghiburkan pembaca sekelian. Hayatilah kisah masyarakat yang sering kali berlaku ini. Jadikan iktibar dalam menjalani kehidupan. Sesungguhnya ssgala sesuatu itu datangnya dari Allah. Allah telah mengurniakan salah satu nikmat terbesar kepada kita iaitu akal fikiran. Maka bagaimana cara untuk kita menangani kemelut kehidupan ini , adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk kita mimikirkannya. Semuga kita akan sentiasa berada di atas landasan keredhaanNya.

Salam sayang dari Kak Laila untuk pembaca semua....

2 comments:

Fahimah Mahayuddin said...

Alhamdulillah..dah nak dicetakkan novel ni.Bestnya!Confirm saya beli nanti.Untuk kak laila,Tahniah!

aqilah said...

tahniah!!!!!!!!!!!akhirnya....tercapai gak cita2 akak. All the best!!!!!!!!!yg pasti, sy pasti beli SDW ni

Post a Comment

Popular Posts