Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


Bab 12
Keesokan hari Abang Izwan menyampaikan satu berita yang amat mengecewakanku. Dalam tempoh dua minggu lagi ia akan pergi meninggalkan aku selama sebulan. Dia terpaksa menghadiri satu kursus di United Kingdom. Tugasnya sebagai seorang pegawai penyelidik di sebuah institusi penyelidikan terkemuka, memaksanya mempelajari pelbagai teknik baru yang perlu digunakan dalam melaksanakan tugasnya.
Aku yang masih lagi lemah, mendengarnya dengan hati yang sungguh sayu. Kami baru sahaja berkahwin kurang lebih  sebulan setengah ketika itu nanti, namun aku akan ditinggalkannya. Mana mungkin aku mampu gembira mendengarkan berita ini. Namun demi untuk menghalangnya dari menolak peluang ini, aku pamerkan senyuman di wajah. Walaupun saat itu hatiku merasa hampa yang amat sangat.  
“Abang mohon kursus ni empat bulan lepas, sebelum Unie decide nak kahwin dengan abang. Kalau abang tau kita akan kahwin masa tu, mesti abang tak minta kursus ni. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan Unie,”
“Pergilah bang... kursus tu penting bagi abang kan? Kenapa pula nak tolak. Insyaallah Unie kat sini tak apa-apa. Kak Reen ... dah tahu?” kataku sambil menahan batuk.
Aku bagaikan dapat merasakan keresahannya. Patutlah semalam, dia membisikkan rasa resahnya untuk meninggalkan aku. Rupa-rupa berita ini yang akan disampaikannya. Dia mengeluh sambil memandang padaku. Mungkin risau melihatkan keadaanku.  Demam  yang aku alami semalam pula sudah sedikit lega. Cuma tubuhku masih lemah dan kepalaku masih pening.
Tekak pula terasa sakit sekali. Aku mula batuk dan bila aku  banyak berkata-kata, batukku menjadi-jadi. Terlintas dalam hati kecilku bahawa kemungkinan besar aku tidak mengandung. Semua ini mungkin disebabkan kesihatanku yang terganggu akibat demam dan selsema. Keadaan ini membuatkan makin bertambah rasa sayu di hatiku. Dalam keadaan aku lemah begini, dia akan meninggalkan aku keseorangan. Dan dalam tempoh yang begitu lama sekali. 
“Unie ni kan... cakap sikit... mesti tanya tentang Kak Reen...,”
“Mestilah... dia kan...,”
“Isteri abang....,” sampuknya pantas sebelum aku menghabiskan kata-kataku.
Tersentuh hatiku saat itu. Sungguh aku tidak mengerti mengapa perasaan itu harus hadir dalam hati. Aku redha dengan keadaan kami yang bermadu namun, bila ada kata-kata yang menyebut hakikat itu terutamanya dari bibir Abang Izwan, aku jadi tersentuh. Sungguh aku tersinggung dengan kenyataan itu.
Kalaulah begini yang aku rasakan, bayangkan perasaan Kak Reen. Pasti hatinya lebih terguris berbanding denganku tatkala ada seseorang  yang menyentuh tentang diriku di hadapannya.
Abang Izwan mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah seperti menadah doa. Sambil itu matanya menengadah sekilas ke atas. Dia mengeluh lagi. Kemudian perhatiannya kembali padaku. Dia menarik tubuhku yang sedang berbaring di sofa sehinggakan aku jatuh ke ribaannya yang sedang duduk di atas lantai di sisi sofa.
Tergamam aku dengan perlakuan sepontannya itu. Tubuh kecilku didakap erat. Terasa seluruh kasih sayangnya dicurahkan kepadaku. Alangkah bahagianya. Pasti... aku pasti aku akan merindui saat-saat begini bila perpisahan tiba nanti. Lantas, airmataku bergenang di tubir mata. Aku menelan air liur, menahan sebak yang aku rasakan bila mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku itu.
“Abang bukannya apa Unie, bila abang terpaksa pergi ke mana-mana, abang risaukan Unie. Kalau jadi apa-apa pada Unie, siapa yang nak tengokkan Unie. Kak Reen lain, dia ada Mak Ngah dan adik beradiknya. Unie, tak ada siapa-siapa kan?” keluhnya perlahan.
Makin sebak rasanya hati ini mendengarkan kata-katanya itu. Hakikat  yang memang aku tak mampu hindari sejak aku berkahwin dengannya. Sememangnya kini aku terasa semakin dipinggirkan. Bukan saja dari keluargaku sendiri, malah juga dari teman-teman sekerja. Cuma Suzana sahaja yang masih ada untukku, melayan kerenahku.
“Abang... Unie boleh jaga dirilah... umur Unie dah 24 tahun tau, bukan budak kecil. Selama ni pun, Unie boleh survive sendiri,” ucapku untuk melegakan hatinya dan yang lebih penting lagi, untuk melegakan hatiku sendiri.
“Bila kita kahwin, abang ingat keluarga abang boleh terima Unie. Tapi, nampaknya mak abang masih lagi belum boleh nak terima Unie. Keluarga Reen pun macam nak jauhkan diri dari Unie. Unie sekarang ni macam keseorangan, tak ada tempat mengadu selain dari abangkan?”
Airmata yang bergenang di tubir mata tadi mula memberat sehinggalah mula menitis satu-persatu dipipiku. Selama ini aku tidak menyangka dia sedar akan keadaan itu. Sangkaku semua itu tidak pernah difikirkannya. Sangkaku aku menghadapi semua ini sendirian, tanpa ada yang mengerti akan resahku.
“Abang... selama ni Unie dah biasa hidup sendiri. Dah biasa buat keputusan sendiri. Dan... sekarang kan Unie dah ada abang...,” jawabku dalam keadaan lemahku. Batukku datang lagi. Abang Izwan mengurut dadaku untuk membantu melegakannya. Sungguh aku terharu dengan perhatiannya itu.
“Sebab tu abang rasa berat sangat nak tinggalkan Unie,” katanya sambil mengangkat daguku supaya mata kami bertentangan. Disekanya airmataku yang mengalir perlahan. “Sebab sunyilah Unie minta izin habiskan hari minggu Unie dengan Suzana semalamkan? Unie tentu  sedih bila abang tinggalkan Unie sorang-sorang,”
“Bang... selama ni pun Unie seorang-seorang juga...,” ulangku lagi.
“Dulu lain... Unie ada kawan serumah yang sewa dengan Unie. Dulu Unie tak dipinggirkan. Tapi sekarang...,” dia mengeluh perlahan. Kemudian dia menyambung, “Abang tak sangka pula macam ni jadinya. Bila kahwin dengan abang, Unie makin sedih... Bukan abang tak perasan selama kita kahwin ni, Unie selalu nampak sedih,”
Makin lebat airmata yang berlinangan di pipiku. Terharu kerana sekurang-kurangnya dia sedar dengan keadaanku ini. Dia mengusap lagi pipiku. Menyeka airmataku. Matanya merenung ke dalam mataku.
“Unie ikut abang...,” katanya tiba-tiba setelah sekian lama membisu.
“Ke mana...?” tanyaku hairan.                                
“UK...,” katanya sepatah.
“Eh... mana boleh, Unie kan kerja. Takkanlah Unie nak cuti lama macam tu,”
Dia diam lagi. Mungkin memikirkan benar apa yang aku katakan tadi.
“Abang carikan orang gaji untuk temankan Unie nak?”
“Alah... tak payahlah bang... Unie kan kerja... sekejap aje kat rumah. Tak guna pun ada orang gaji. Lainlah kalau kita ada anak,” jawabku pantas.
Ada senyum mula terukir di bibirnya. Tentunya bahagia bila disebut tentang anak. Sesuatu yang telah dinantikannya sejak sekian lama. Dia memandang ke dalam mataku dengan pandangan penuh bermakna. Tiba-tiba terasa panas bahang di mukaku. Kata-kataku itu mencetus sesuatu perasaan yang membuatkan aku merasa cukup tidak selesa.
Malu terasa di hati kerana menimbulkan perkara itu. Aku kalih pandang. Mula membelek-belek jejariku. Cuba untuk menenangkan hatiku yang berdebar kencang setiap kali direnung begitu. Tapi, bukankah itu yang kami inginkan selama ini? Aku dapat merasakan senyumannya makin mekar ketika itu.
“Ha’ahkan... kalau Unie sihat... sekarangpun kita boleh proseskan?”
“Proses apa ?” tanyaku kehairanan.
“Anak...,”
Kata-katanya itu menghangatkan lagi bahang di pipiku.
“Abang ni....,”
“Tengok tu... mesti malu tu. Dah merah pipi tu...,”
Aku memeluknya saat itu. Membenamkan wajahku ke lehernya. Menghidu bau haruman tubuhnya yang sudah cukup aku kenali saat ini. Namun tiba-tiba bau harum itu membuatkan aku terasa mual. Uwek.... Hampir muntah aku di situ. Cepat-cepat aku meninggalkannya dan berlari ke bilik mandi. Membuatkan dia termanggu-manggu dengan perlakuanku. Dan di bilik mandi... isi perutku aku muntahkan semuanya.
****
Aku tidak mampu untuk menyembunyikan lagi keadaanku selepas itu. Satu-persatu soalannya bertubi-tubi menampar di gegendang telingaku. Dia mengsyaki aku hamil. Pada mulanya aku memberikan pelbagai dalih yang tidak logik kedengarannya, walaupun di telingaku. Namun akhirnya aku terpaksa beralah.
Satu persatu penerangan yang doktor berikan kepadaku semalam terpaksa aku ulangkan ke telinganya. Aku tidak mahu dia terlalu mengharap. Perasaan gembira langsung tidak disembunyikan olehnya. Berkali-kali bibirnya meneroka di  segenap ruang di wajahku. Membawa damai ke tasik hatiku. Melayang jauh seketika resahku sebentar tadi.
Berkali-kali dia mengucapkan kata cintanya kepadaku. Bagaikan irama lagu yang berdendang lembut ke telingaku. Berkali-kali juga dia membayangkan saat bahagia yang bakal tiba bila anak itu lahir ke dunia nanti. Dan berkali-kali juga aku mengingatkannya bahawa semuanya masih belum disahkan kebenarannya lagi.
“Abang, janganlah terlalu mengharap. Nanti kalau tak jadi, abang jugak yang kecewa nanti...,”
“Abang tak kesah. Kalau tak jadi, kita cuba lagi sampai jadi. Tapi, abang yakin sangat tau... yang Unie mengandung. Memang abang dah terasa tau sebab hati abang ni ayik berdebar-debar aje dua tiga hari ni. Rupanya nak terima berita gembira,”
“Abang... belum confirm lagi... Janganlah confident sangat....,” tegasku lagi.
“Apa kata... kalau .. kita tambahkan tahap confidence abang ni...,”
“Hah?” aku tidak mengerti.
“Jom...,” katanya sambil dia menarik tanganku ke bilik tidur kami.
Petang itu kami tidak keluar dari bilik sehinggalah ke esokkan paginya demi untuk menambahkan lagi tahap confidence Abang Izwan tentang kehamilanku. Mmm... malu sungguh untuk aku menceritakannya.
****
Setelah mengetahui keadaanku, Abang Izwan nekad untuk tidak menghadiri kursus yang dinyatakan padaku sebelum ini. Aku jadi serba-salah. Tidak ingin aku dijadikan punca untuk dia menolak tawaran kursus itu. Tidak juga aku ingin mencetuskan  apa-apa keadaan yang akan menyusahkan dirinya akibat menolak tawaran itu. Puas aku memujuk tetapi dia sedikit pun tidak mengendahkannya.
“Abang dah cakap kan... abang tak akan pergi,”
“Tak apa ke bang.. kan abang yang minta kursus tu. Kalau tolak sekarang, tidak ke nanti timbul apa-apa masalah pulak?”
“Tak kan lah abang nak tinggalkan Unie pulak, dalam keadaan Unie macam ni...,”
“Unie tak apa-apa bang... Lagipun belum confirm lagi... abang ni... berapa kali Unie nak cakap,”
“Eh... semalam kan kita dah confirmkan,” katanya sambil senyum meleret.
Aku lantas menumbuk lembut dadanya tanda malu. Dia ketawa penuh rasa bahagia. Pelukannya dan ciumannya membuatkan aku terdiam dari menuturkan kata-kata yang ingin aku ucapkan.
“Bang..., tak bolehlah macam tu. Kalau tak pergi mungkin nanti abang kena senarai hitam sebab abang tolak peluang. Lagipun dulu abang yang mohon kursus itu,”  berbuih bibirku memberikan sebab-sebab mengapa perlu dia pergi.
Dan berbuih juga mulutnya memberikan seribu alasan mengapa dia tidak mahu pergi. Semua alasan-alasan itu berkisar kepada diriku. Hakikat yang sungguh membawa bahagia jauh di sudut hati ini. Sungguh dia menganggap aku istimewa dalam hidupnya. Dapat aku rasakan keistimewaan itu. Bukan hanya dari kata-katanya sahaja, malah dari perlakuannya juga. Sungguh... sungguh aku bahagia.
Namun akhirnya setelah hampir dua hari beralasan, aku berjaya memujuknya. Dikuatkan lagi dengan nasihat yang diberikan oleh ketua jabatan tempat dia bekerja. Katanya Doktor Daud menyatakan kebimbangan yang sama seperti apa yang aku katakan. Bimbang nanti dirinya akan disenarai hitamkan sekiranya dia menolak tawaran tersebut. Ini mungkin akan menutup peluangnya untuk mengikuti apa-apa kursus di luar negara di masa akan datang.
Namun persetujuannya itu diiringi dengan syarat. Aku tidak dibenarkannya tinggal di rumah ini sendirian. Syaratnya adalah, aku perlu tinggal di rumah emaknya. Sesuatu yang tidak mungkin akan aku lakukan. Aku kemudian mencadangkan supaya dia membenarkan aku menumpang di rumah Suzana.
Walau pun agak jauh rumahnya dari tempat kerjaku, aku lebih rela  tinggal dengan Suzana berbanding dengan menumpang di rumah emak mertuaku seperti yang dicadangkan oleh Abang Izwan. Setelah penat memujuk akhirnya Abang Izwan bersetuju. Dia sempat berbual dengan Suzana di telefon untuk meminta izin temanku itu supaya aku boleh menumpang di rumahnya. Dan pastinya Suzana bersetuju. Dia teman masa senang dan masa susahku.

4 comments:

Anonymous said...

romantis sguh..tp z xuka izwan..ksian gn unie...
akak laila..jgn bersedih kalo xde ore komen cz kite org suka jd silent reader..suka sgt2 gn karya akak..

laila hanni said...

Thanks to u all my silent readers.

Bukan akak sedih sebab tak ada orng comment my work. cuma, akak perlukan sedikit feedback tentang cara akak menulis. Lebih baik ada penilai lain selain dari kita menilai diri kita sendirikan? Ia juga boleh memberi idea untuk akak terus menulis. jika tak ada yang komen, akak rasa macam lost tau. So as a beginner, I need you all to help me. Let us give and take. biar sama2 dapat manafaat darinya. Akak, dapat menulis dan you all terhibur dgn tulisan akak ni. Thanks... love u all...

Chenta Eyfa Latieyfa said...

bab ni sgt menarik..padat pengisiannye..best la..touching

laila said...

tq Chenta.. :)

Post a Comment

Popular Posts